Ahad, September 25, 2016

Tawaran Yang Tak Disangka-sangka

Tawaran Yang Tak Disangka-sangka | Assalamualaikum & salam sejahtera. Disebabkan terlalu rindu nak menulis, mana taknya last update blog 13/09/2016 hari tu. Time cuti hujung minggu ni lah Murni dapat luangkan masa berkongsi rasa senang hati bila dapat jemputan untuk berkolaborasi dengan one of the fastest growing online retailer in Southeast Asia, ZALORA Malaysia.

Tawaran Yang Tak Disangka-sangka


Punyalah rasa gumbira bila baca email time tu, actually jemputan kali ni merupakan kali ke-4 Murni terima. Syukur alhamdulillah rezeki datang tak di sangka-sangka. Tak perlu Murni huraikan lebih lanjut mengenai tawaran tu sebab ianya adalah sulit. For those bloggers yang pernah terima offer ni sudah semestinya dah tahu, kan? 

Bagi korang yang nak baca artikel terbaru mengenai kecantikan, korang boleh klik [+] Best Beauty Hacks a Woman Should Know. Bila kerja semua dah diselesaikan dengan jayanya, sebagai ganjarannya Murni pun berpeluang untuk shopping sehelai blouse muslimah & cincin di website ZALORA Malaysia dengan berbekalkan voucher seratuih. Last Murni beli barang di ZALORA beberapa bulan lepas tu pun sebab nak penuhi keinginan mak Murni yang nakkan purse baru.

Memandangkan hari tu Murni dah janji di instagram Murni, @mawarmeedina nak berikan details mengenai dua item yang menjadi pilihan hati Murni, korang boleh rujuk caption bagi setiap gambar.

1. Red's Revenge Half Round 2 Diamond Cuff Ring (RM9.90)

cincin diamond, ring diamond,
Think extravagance when subtlety is not an option for the OOTD, the Red's Revenge ring speaks for fancy with a bold appeal. Embellished with faux diamond to deliver statement and character for your glamorous presence. - Metall alloy, open band, faux diamond embellishment, non-adjustable length

Murni tak pernah terfikir pun nak beli cincin ni, rasa sayang sangat kut kalau tak beli. Mana taknya banyak sangat baki voucher kalau Murni beli sehelai blouse. Itu pun bila checkout ada lagi baki RM10.20. It's ok Murni halal kan ja, lagipun cincin ni lawaaaa hihi

2. BYN Muslimah Blouuse (RM79.90)




blouse muslimah, baju muslimah, blouse fishtail
Sometimes it is best to keep things simple. BYN proves this statement right by presenting this wonderfully laid-back, classic design. It boasts clean lines and trimmings that place emphasis on its prim and proper personality. - Polyester, round neckline, long sleeves, zip fastening, relaxed fit, unlined.

Murni suka sangat pakai blouse yang labuh bahagian belakang like fishtail gitu, Murni pi kerja memang kebanyakan baju Murni macam ni lah fesyennya. Murni pilih warna brown sebab boleh suai padankan dengan skirt dan tudung warna navy kepunyaan Murni. Sangat menjimatkan tak perlu lagi keluarkan duit nak beli skirt tudung bagai.

If korang berminat nak beli juga, nanti bolehlah usha website ZALORA Malaysia na banyak sangat pilihan boleh rambang mata dibuatnya.

Ok itu ja yang Murni nak kongsikan, sebelum tu Murni nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak ZALORA Malaysia sebab sudi berikan peluang untuk jalinkan kerjasama. Semoga terus sukses. Minta maaf juga kalau ada yang terkurang dari Murni. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan