Ahad, November 06, 2016

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood


Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hujung minggu macam ni baru Murni ada masa update blog mereput dalam bilik mengadap laptop hihi. Dah lama janji dekat IG @murnimohdyusof_mmy nak update blog pasai dinner bulan lepas. Tunggu punya tunggu gambar dari photog tak dak jugak, kecewa. Solusinya Murni gunakan jelah gambar ihsan dari kawan Murni biar berseri banyakkk entri kali ni haha.

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Murni berpeluang untuk sertai Majlis Makan Malam KWSP Sabah pada 08/10/2016 bertempat di Le Méridien Kota Kinabalu Sabah. Majlis makan malam ni bertemakan bollywood fefiling macam Karisma Kapoor jap haha. Semua kos perbelanjaan beli baju, transport, dan tempat tinggal adalah Sendirian Berhad. Cuba teka berapa jumlah kos yang terlibat hihi Even poket rabak sekalipun, memori daun pisang yang tercipta tu yang tak boleh dilupakan. Rasa macam tak boleh move on lagi haha melampau sungguh.

Kami bertolak dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu menaiki bas pada waktu malam, 07/10/2016. Naik bas boleh jimat banyak tambang bas pun RM45 ja. Kalau diikutkan 8 jam masa perjalanan, tapi kan driver bas tu drive kemain laju serupa macam koboi boleh dia ambil masa 6 jam ja. Serius weyhh Murni pun tak boleh tidoq dengan tenang. Tobat tak mau dah naik bas tu. Matahari dah naik, kami pun gerak dari Terminal Bas Inanam ke Hotel Le Méridien Kota Kinabalu Sabah. 

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Sampai hotel ja kami tak boleh check in lagi, so kami decide pi cari aksesori dulu. Then kami ada rehearsal tarian before check in. Semua cawangan kena buat persembahan tau time dinner ni dan Murni pun tak terkecuali kena juga menari. Baru tahu ada bakat terpendam, boleh menari rupanya haha. 

Ok tak mau cerita panjang lebar, siap awal mekap pun main hentam saja asal nampak comel sudah hihi. Ok jemput tengok gambaq kami na. 
Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Heading to Grand Ballroom Le Meridien Hotel

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Tarian Say Shava Shava. Maaf video tak boleh upload sebab kita malu

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood
Cabutan bertuah, semua dapat hadiah

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Majlis Makan Malam Bertemakan Bollywood

Majlis makan malam ni tamat dalam jam 12 tengah malam. Balik bilik kemas barang, tidoq. Hari minggu ingatkan ada bas gerak jam 9 or 10 pagi, kena ambil bas jam 2 ptg. Terpaksa jugaklah naik bas double decker. Even driver bas ni drive bas agak slow, rasa lebih selamat lagi dan part  yang paling best dapat menikmati view Gunung Kinabalu. Subhanallah cantik sangat. Sampai rumah kalau tak silap dalam jam 11 malam then esoknya kena pi keja haha

Ok tu ja memori daun pisang yang Murni nak share dekat hang pa semua. Alahai keluaq pulak bahasa utara, maaf tau ni kes sebab Murni rindu dengan tempat belajaq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan