Wellness Programs

Wellness ProgramsAssalamualaikum & salam sejahtera. Hari ni baru Murni ada kesempatan nak pegang laptop sendiri, baru nak jenguk blog yang dah terabai lama sangat. Maaf sangat lama menyepi sebab kekangan masa, letih, line internet yang slow dan kesannya mood menulis pun hilang entah ke mana. Tipulah kalau Murni cakap tak rindu nak menulis di blog. 

Hari ni Murni nak share mengenai program wellness yang diadakan di tempat kerja Murni. Pelaksanaan program ni melibatkan ceramah mengenai kesihatan (Hepatitis A & Hepatitis B dan Pengurusan Stress) dan juga aktiviti yang melibatkan fizikal (Berzumba). 

Wellness Programs


1. Ceramah Mengenai Hepatitis A & Hepatitis B

Ceramah ni diadakan pada hari selasa bersamaan dengan 16 Ogos 2016 bertempat di bilik mesyuarat. Seorang penceramah jemputan telah dijemput untuk memberikan perkongsian ilmu mengenai Hepatitis A & Hepatitis B. Maaf na Murni terlupa nama penceramah hihi

Ceramah Mengenai Hepatitis A & Hepatitis B


Bagi Murni, perkongsian ilmu yang dikongsikan sangat menarik perhatian Murni, bermanfaat dan yang pastinya tak kering gusi sepanjang ceramah berlangsung. Terima kasih puan. Apa yang Murni masih ingat sehinggalah sekarang ni mengenai Hepatitis A & B ialah

"Hepatitis A ni berkaitan dengan hygine atau kebersihan sekeliling kita, Hepatitis B ni boleh berjangkit melalui darah sekiranya terdapat luka antara kedua-dua pihak"

Ceramah Mengenai Hepatitis A & Hepatitis B

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai penyakit ni boleh search google na hihi

2. Aktiviti Fizikal (Zumba)

Next program adalah aktiviti berzumba yang diadakan pada 24 Ogos 2016 bertempat di lobi utama... Instructor daripada luar telah dijemput untuk menjayakan program ni. 

Aktiviti Fizikal (Zumba)

Tak pernah-pernahnya nak bakar lemak, akhirnya berzumba juga walaupun badan agak kayu haha. Tapi bila part poco-poco tetiba pandai pulak nak gerak sana sini. Melampau sungguh :p Apa pun enjoy sangat dengan program ni.

3. Ceramah Pengurusan Stress 

Ceramah pengurusan stress ni diadakan pada keesokan harinya selepas aktiviti berzumba, 25 Ogos 2016 bertempat di bilik mesyuarat. Penceramahnya hanyalah seorang pelatih yang baru kerja selama 6 bulan hihi. Tu haaa orang dia yang tengah berdiri *rujuk gambar bawah

Ceramah Pengurusan Stress

Ini merupakan pengalaman first Murni diberi tugas bagi ceramah kat staf.  Kalau tak silap Murni sesi ni ambil masa dalam 30 or 40 minit macam tu, aktiviti yang Murni sediakan ada dua which is menguji tahap tekanan dan satu aktiviti pengurusan tekanan. 

Ceramah Pengurusan Stress

Punyalah nervous sampai ketaq suara time nak mulakan sesi hihi. Almaklumlah ada darah gemuruh sikit bila berdepan dengan orang. Kalau ikutkan tak adanya sesi ceramah bagai, lebih kepada perkongsian ilmu berkaitan pengurusan stress, Murni buat style present baca slide je. haha melampau na, bukan apa sebab Murni tak bersedia lagi time ni, kengkonon nak buat 29 ogos hari tu tapi terpaksa diawalkan. 

Tak pa tugas yang dilaksanakan ni pun dah berlangsung dengan jayanya, eh! macam puji diri sendiri pula hihi. Tak ada makna ok! Alhamdulillah dapat feedback positif dari bos dan staf. Dah tahu kelemahan sendiri next time perbaiki.

Actually ada lagi aktiviti wellness yang diadakan, tapi cukuplah tiga aktiviti ni yang Murni kongsikan di blog. Ok!