Farewell Party | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kemain lagi tajuk omputih isi kandungan cerita tetap melayu, kadang tu jangan heran kalau keluaq bahasa utara, jangan marah na. Ni semua penangan sebab rindu dengan tempat belajaq dan sahabat sendiri kut.
Ok berbalik dengan farewell party tu, actually last week Murni menghadiri *cehhh ayat skema hihi jamuan perpisahan yang dibuat khas untuk Ketua Bahagian Perkhidmatan KWSP cawangan LD yang berpindah ke KK, kiranya penyelia aka bos Murni. Farewell party ni dibuat di dua lokasi berbeza iaitu bertempat di Restoran Saujana dan Khadijah Ikan Bakar.
Farewell party yang diadakan di Restoran Saujana ni bukan sahaja untuk meraikan bos Willon, tetapi dalam masa yang sama untuk meraikan dua orang staf baru sekaligus meraihkan hari jadi staf yang berkongsi bulan kelahiran yang sama.
Tak jadi nak tangkap muat menu yang dihidangkan sebab utama malas and perut dah lapaq kut. Murni kenyang makan kek Secret Recipe siap minta tambah lagi hihi, makanan hat yang lain tu makan ala kadar ja.
Farewell Party
Restoran Saujana, 05/09/2016Farewell party yang diadakan di Restoran Saujana ni bukan sahaja untuk meraikan bos Willon, tetapi dalam masa yang sama untuk meraikan dua orang staf baru sekaligus meraihkan hari jadi staf yang berkongsi bulan kelahiran yang sama.
Tak jadi nak tangkap muat menu yang dihidangkan sebab utama malas and perut dah lapaq kut. Murni kenyang makan kek Secret Recipe siap minta tambah lagi hihi, makanan hat yang lain tu makan ala kadar ja.
Selamat Hari Lahir, didoakan semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, murah rezeki dan berbahagia di samping keluarga terchenta |
Muka manyak senyum :D |
Khadijah Ikan Bakar, 07/09/2016
Kalau diikutkan kali ni merupakan kali ketiga Murni jejak tempat makan Khadijah Ikan Bakar. Menu yang disediakan tidak pernah mengecewakan Murni, semuanya sedap belaka. Sampaikan hari tu Murni siap langgar pantang, main hentam je makan tom yam. Even Murni alah kepada seafood, tapi nak juga makan, at the end merasa jugaklah kena cucuk jarum sampai 4 kali.
Farewell party yang diadakan di Khadijah Ikan Bakar ni Murni behave banyak tau. seafood Murni tak makan langsung, sentuh pinggan dia je sebab nak huluq ke orang lain haha. Di bawah ni ada tiga menu yang sempat di snap, banyak lagi hidangan yang disediakan. Yang pastinya puas hati sungguh and kenyang perut hihi
Hanya mampu memandang ketam yang cantik tersusun huhuhu |
Ikan terbang, eh! Murni tahu makan ja, tak tau ikan masak apa ntah hihi |
Ikan bakar pergghhh feveret Murni & boleh dikatakan Murni habiskan sepinggan |
Lastly, tahniah tahniah tahniah bos Willon dan selamat berkhidmat di tempat baru. Tak lupa terima kasih juga atas ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan especially time nak deal dengan member. I have learned something from the qualities of your leadership too. Thanks again!
Tiada ulasan
Catat Ulasan