Tabayyun Sebelum Menyebarkan Berita | Assalamualaikum & salam sejahtera. Salam Jumaat dan hari ni merupakan Jumaat pertama bagi pembukaan tahun 2016. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Pada hari Jumaat yang mulia ni, Murni nak kongsikan mengenai tabayyun sebelum menyebarkan berita, dalam erti kata yang lain siasat sebelum menyebarkan sesuatu berita sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran surah al-Nisa', 4:83.

Tabayyun Sebelum Menyebarkan Berita
Gambar sekadar hiasan via google image

Tabayyun Sebelum Menyebarkan Berita


Ayat ini menjelaskan tentang larangan dalam menyebarkan berita bohong dan menolak siapa pun yang membawa berita sebelum diselidik terlebih dahulu kebenarannya. Imam Muslim dalam Muqadimah Sahihnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda, Seseorang dikatakan penipu apabila mengatakan setiap apa yang didengarnya. Hadis Riwayat Muslim

Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a, Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang menyebarkan berita bohong yang bersumber "katanya dan katanya" iaitu mengatakan sesuatu yang belum tentu kebenarannya dan belum diselidik terlebih dahulu. Hadis Riwayat Bukhari Muslim

Daripada Umar bin Khattab r.a, Ketika Nabi SAW menjauhi isteri-isterinya, Umar bin Khattab masuk ke masjid. Ketika itu orang-orang kebingungan kerana tersebar cerita bahawa Rasulullah SAW telah menceraikan isteri-isterinya. Dia pun tidak sabar, lalu menemani Rasulullah dan bertanya, "Wahai Rasullah, apakah engkau menceraikan isteri-isteri kamu?" Rasul pun menjawab, "Tidak" Kemudian Umar mengucapkan takbir. 

Dalam riwayat Muslim, Umar berdiri di pintu masjid dan memekik, "Rasulullah tidak menceraikan isteri-isterinya! Aku telah bertanya kepadanya!" Lalu turunlah ayat ini sebagai peringatan untuk tidak menyebarkan berita yang belum diselidiki kebenarannya. (Ibnu Kasir, Tafsir Al-Quran Al-'Azim, Jilid 1, 1996: 542-543)

Berbohong merupakan perkara yang diharamkan dan termasuk dosa besar. Orang memberikan peluang kepada dirinya untuk berbohong sekali sahaja, tentu tidak akan tahan untuk kedua, ketiga, keempat kalinya dan seterusnya sehingga akhirnya perkara itu menjadi amalan sehariannya.

Dibolehkan berbohong dalam tiga perkara, iaitu ketika berperang, melerai yang berselisih, berbohong kepada isterinya. Para ulama mengatakan maksudnya bukan berbohong, tetapi tauriyyah iaitu menyembunyikan hakikat sesungguhnya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, "Nabi Ibrahim tidak berbohong kecuali dalam tiga perkara, dua perkara berkaitan dengan ZAT Allah, yakni firmannya Surah al-Saffat, 37:89, Surah al-Anbiya', 21:63 dan satu lagi tentang Sarah. Nabi Ibrahim melakukan tauriyyah." (Muhammad Ibnu Salih Al-Utsaimin, Syarh Riyadis Salihin, Jilid 1, 2001: 195-196)

Sumber: Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah [Tema Akidah - Akhlak, m/s 92]