image via www.linkedin.com

Peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Anda dipanggil untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41 pada 19 Januari 2016?. Tahniah Murni ucapkan.

Pengenalan Pegawai Tadbir & Diplomatik

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji:

Gaji Minimum
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,253.000
RM8,731.00
RM225.00

Sumber: Edaran Umum SPA

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Bagi membantu calon-calon yang layak, di sini Murni kongsikan serba sedikit kepada anda panduan ringkas exam PTD. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kefahaman dan gambaran kepada anda sebelum menjawab soalan.

Panduan Ringkas Peperiksaan PTD M41

Untuk pengetahuan anda, format peperiksaan PTD M41 mempunyai dua seksyen iaitu:-

1. Seksyen A - Pengetahuan Am

  • 8.00 pm - 8.40 pm
  • 40 miniy
  • 50 soalan
2. Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • 8.55 pm - 9.40 pm
  • 45 minit
  • 40 soalan

Seksyen A - Pengetahuan Am


Seksyen ini menguji samada calon peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling, khususnya di Malaysia dan amnya dunia. Sebagai contoh calon perlu tahu mengenai pengurusan sumber manusia, pengurusan sumber ekonomi atau kewangan, hubungan antarabangsa dan lain-lain perkembangan.

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya calon dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan item-item yang mempunyai konsep seperti Kemahiran Menggunakan Logik, kemahiran Menginterpretasikan Data, dan Konsep Matematik

I. Kemahiran Menggunakan Logik
Calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir dan mengaplikasi maklumat.

II. Kemahiran Menginterpretasikan Data
Penyelesaian masalah adalah berdasarkan data dan perangkaan yang mana calon perlu menganalisa data-data tersebut.

III. Konsep Matematik
Konsep ini termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan lebih kepada asas-asas matematik sukatan SPM.


Anda perlukan panduan dan rujukan pantas? Dapatkan ebook Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41 daripada Tim Infokerjaya dengan klik butang "Dapatkan Sekarang".

Tim Infokerjaya merupakan sumber rujukan kerjaya utama di Malaysia. Mempunyai rekod yang baik sejak tahun 2009 dan telah membantu lebih 68,000 orang graduan sepanjang tempoh ini melalui pakej-pakej rujukan mereka. 

Testimoni Pengguna EBOOK Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41.


Nota Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41



Semoga anda berjaya!