Hiking di Bukit Nenas - Bukit LMD - Air Terjun Makiau - Air Terjun Bukit Nenas Sandakan | Assalamualikum & salam sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Murni akan kongsikan aktiviti hiking di Bukit Nenas menuju ke Bukit LMD (Lupak Meluas Darat), kemudian menuju ke kawasa air terjun Makiau & akhir sekali ke kawasan air terjun Bukit Nenas. Aktiviti hiking ni dijalankan pada 14/03/2021. Jarak pendakian dalam 13km dengan mengambil masa hampir 6 jam termasuklah waktu kami beristirahat.
Hiking di Bukit Nenas - Bukit LMD - Air Terjun Makiau - Air Terjun Bukit Nenas
Actually ni merupakan pengalaman pertama kali Murni hiking di Bukit Nenas. Bukit ni dah termasuk dalam senarai bukit yang wajib di tawan di Sandakan haha. Trail menuju ke puncak Bukit Nenas sangat santai. Tapi bila tak cukup stamina, kapus-kapus juga dibuatnya haha. Kami mulakan pendakian dalam jam 08:15 pagi.
Puncak Bukit Nenas |
Kalau ikut phase Murni, ambil masa dalam setengah jam jugalah untuk sampai ke puncak Bukit Nenas. Sampai di puncak kami berehat seketika, sambil bergambar untuk dijadikan sebagai memori daun pisang hihi. Comel sangat dekorasi & papan tanda di Bukit Nenas siap dihiasi dengan sepasang kasut adidas kampung bertali warna pink.
Trail menuju ke Bukit LMD |
Usai berehat seketika di Bukit Nenas, kami teruskan pendakian ke Bukit LMD pula. Rasa macam tak terdaya langsung nak teruskan pendakian ke Bukit LMD haha mana taknya cuaca panas terik atas kepala. Bila sampai puncak Bukit LMD, laju ja kaki menapak mencari pokok untuk berteduh. Hilang terus mood untuk ambil view sekitar Bukit LMD. Murni ni lemah sangat kalau hiking dalam cuaca yang panas terik haha. Kami tak ambil masa yang lama beristirahat di Bukit LMD disebabkan faktor cuaca yang panas & kawasannya pun agak terbuka kurang kawasan untuk berteduh.
Kawasan Air Terjun Makiau |
Kami teruskan perjalanan menuju ke kawasan Air Terjun Makiau. Murni terpaksa tinggalkan beg di atas bagi memudahkan masa nak naik bukit nanti haha. Kena berhati-hati bila hendak melalui kawasan berbatu di atas, agak licin kalau tersilap langkap boleh terjatuh.
Kawasan Air Terjun Makiau |
Kecewa sikitlah bila sampai ke kawasan air terjun Makiau ni sebab airnya tak berapa deras. Tak apalah yang penting dah menjejakkan kaki ke sini & luangkan masa bersahabat dengan alam tu yang buatkan diri rasa puas. Sekarang ni pun dah rindu dengan bau hutan, hanya mampu mengulang kenangan masa lalu saja 😢
Penat dia lain macam haha |
Rehat sekejap sebelum memulakan pendakian ke destinasi terakhir iaitu Air Terjun Bukit Nenas. Murni boleh katakan Bukit Nenas ni kaya dengan tumbuhan pokok keladi viral.
Pokok Keladi |
Air Terjun Bukit Nenas |
Kami sampai di kawasan air terjun Bukit Nenas dalam jam 12 lebih, macam biasa ikut phase Murni haha. Bukan nasib kamilah pada masa ni nak jumpa air terjun yang mengalir deras. Tak mengapa sebab itu bukanlah tujuan utama Murni hiking ke sini. Hanya mahu menikmati tumbuhan yang menghijau & suara alam di dalam hutan sambil melayan penat cukuplah buat terapi jiwa.
Hammocking |
Nikmatnya lahai bila dapat lelapkan mata sekejap di atas hammock. Macam dah jadi kebiasaan bagi Murni kalau masuk hutan, wajib tidur sekejap. Nasiblah membawa hammock sendiri, kadang tu Murni pinjam hammock orang lain juga haha.
Kami keluar dari kawasan air terjun pun agak lewat sikit. Selesai aktiviti hiking, kami putuskan untuk makan tengah hari di Bukit Konoha (bukit ni sebelah Bukit Nenas saja). Kami beli makanan di pasar malam berdepan dengan Pejabat Pos Sandakan. Sampai ke petang jugaklah kami di atas Bukit Konoha.
Sampai sini saja Murni berkongsi mengenai aktiviti hiking di Bukit Nenas - Bukit LMD - Air Terjun Makiau - Air Terjun Bukit Nenas Sandakan. Aktiviti hiking seterusnya bertempat di Tawai Telupid, tunggu kemas kini blog yang terbaru. Terima kasih sudi baca entri ni 😘
Hello bole saya tau naik bukit Tu perlukn map lgi ke
BalasPadam