Perempuan dengan Kasut Tak Dapat Dipisahkan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Bila cakap bab mengenai kasut ni, confirm semua perempuan suka termasuklah Murni sendiri. Masing-masing ada cita rasa yang berlainan dalam memilih kasut yang sesuai dengan penampilan diri.
Perempuan dengan Kasut Tak Dapat Dipisahkan
Mesti ada di antara korang ni yang jadi pengumpul kasut yang tegar sehinggakan almari kasut korang pun dah tak muat. kan? Haaa baik ngaku cepat!
Katalah dalam kita ni sibuk beli kasut baru, korang tahu tak setiap kasut yang kita nampak di sebuah kedai dengan bentuk dan design yang pelbagai mempunyai nama tersendiri. Bagi pereka kasut sudah semestinya mereka cukup profesional mengetahui kesemua nama bagi jenis kasut yang berbeza.
Gambar di bawah ni merupakan nama bagi setiap koleksi kasut yang mana korang perlu tahu.
Koleksi Kasut |
Soalan Murni untuk korang jawab, kasut yang manakah menjadi pilihan hati korang? Kalau Murni suka kasut high heels like Lita, Slingbackss, wedge, chunky heel. Kasut Ballerina flats pun Murni suka pakai. Murni suka high heels pun sebab nak cover 'kependekan' je...haha
Buat masa ini, Murni hanya ada sepasang kasut wedge dan hanya
akan beli yang baru kalau kasut yang lama dah macam nyawa-nyawa ikan
means kasut tu rosak ataupun kalau ada keperluan lain. Walaupun
Murni ni pantang nampak kasut yang lawa-lawa, confirm terdetik jugaklah
di dalam hati nak beli tapi kan kenapa perlu membazir kalau yang lama
itu masih sedap mata memandang masih elok lagi.
Apa-apa pun bergantung
kepada keperluan masing-masing nak beli kasut baru tu untuk tujuan apa.
Kut-kutlah nak hadir ke majlis rasmi, kenalah bergaya sikit. Almaklumlah perempuan dengan kasut kan tak dapat dipisahkan. Hihi Ok, konvo Murni dah tak lama lagi, so kena cari kasut yang sesuailah untuk Hari Jubah nanti.
Hahaha..Mimi suka beli kasut pastu x pakai pun..Last2 kasut yg dh nywa2 ikan tu jgk selalu di pakai..Kiki
BalasPadamhaha mcm tulah perempuan
Padam