5 Fokus Program Dalam Resume | Assalamualaikum & salam sejahtera. Dalam menghasilkan resume yang berkualiti, anda perlu masukkan komponen yang boleh menyerlahkan resume anda berbanding dengan resume orang lain.
Contoh yang paling mudah ialah kursus atau program yang pernah anda sertai di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan peringkat antarabangsa. Dalam artikel ini, kita mulakan dengan 5 fokus program dalam resume.
Contoh yang paling mudah ialah kursus atau program yang pernah anda sertai di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan peringkat antarabangsa. Dalam artikel ini, kita mulakan dengan 5 fokus program dalam resume.
Resume ialah tiket untuk ke temuduga kerja, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ebook [+] Rahsia Resume Kerja sekarang !!!
5 Fokus Program Dalam Resume
1. Program kemasyarakatan.
Di IPT misalnya, kerap dianjurkan program-program yang melibatkan masyarakat seperti program anak angkat, mahasiswa ke desa, berbasikal bersama penduduk dan sebagainya. Ambil inisiatif ini untuk menyertai program-program yang dianjurkan dan masukkan ia ke dalam resume.Bakal majikan akan melihat anda sebagai seorang yang boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai karenah dan keadaan.
2. Program kepimpinan.
Kepimpinan melalui teladan, itulah yang biasa kita dengar. Anda barangkali seorang yang pendiam, tetapi anda boleh mencorakkan kepimpinan dalam diri anda dengan menyertai persatuan atau kelab yang membentuk sahsiah diri dengan baik.Sekiranya anda seorang pengawas sekolah atau sekretariat dari majlis perwakilan mahasiswa, anda bakal mendapat perhatian oleh bakal majikan kerana anda adalah seorang pemimpin yang boleh membuat keputusan dengan bijak. Dengan adanya komponen ini, ia bakal menyerlahkan lagi resume anda.
3. Program kesukanan.
Anda minat dengan aktiviti sukan atau di luar rumah. Ini meletakkan posisi anda sebagai orang yang boleh menerima cabaran dan sedia menghadapi risiko. Lihat sahaja ahli sukan yang ada, mereka mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk menjalankan aktiviti kesukanan.Sukan bola sepak misalnya, ia nampak mudah tetapi penuh dengan strategi dan risiko untuk cedera. Selain itu, aktiviti ini menyihatkan, jadi bakal majikan pasti gembira jika anda boleh berkhidmat dengan sihat.
4. Program keusahawanan.
Anda mungkin bukan pelajar dalam bidang perniagaan tetapi anda mengambil inisiatif untuk menceburi kelab keusahawanan di sekolah atau IPT. Di situ anda belajar perkara asas dan selok-belok bidang keusahawanan.Salah satu ciri-ciri usahawan ialah menyelesaikan masalah. Jadi sebagai seorang kakitangan dalam syarikat, anda sudah pun menyerlahkan bakal sumbangan yang diberikan kepada majikan apabila diterima bekerja nanti.
5. Program bakat dan seni.
Bakat yang ada dalam diri anda tidak semestinya melukis. Barangkali anda boleh menyanyi, berpantun dan bermain alat muzik. Contohnya, anda oleh menyanyi sambil bermain gitar. Ia menggambarkan anda seorang yang boleh menyelesaikan banyak tugasan dalam sesuatu masa. Masukkan kelebihan ini ke dalam resume anda supaya permohonan anda berjaya menambat hati majikan.Kesimpulannya, anda harus memanfaatkan semua kelebihan yang ada dalam diri anda. 5 program yang anda sertai ini bukanlah untuk mendapatkan sijil semata-mata, tetapi untuk menambah nilai diri anda sebagai seorang individu yang bermotivasi dan berwawasan untuk sukses dalam kerjaya.
Usah berhenti berusaha untuk memenuhi 5 program ini, sebaliknya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan demi kejayaan dalam kerjaya anda.
Resume ialah tiket untuk ke temuduga kerja, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ebook [+] Rahsia Resume Kerja sekarang !!!
bagus entry ni :D
BalasPadamBlogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D
Alja no 28 (www.cahayapermata.my)
terima kasih alja sudi singgah ke sini :)
Padam