Result Latihan Industri

Result Latihan Industri | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri ni kalau nak diikutkan hati, Murni nak taip semalam lagi. Tapi apakan daya dek kerana terlalu letih niat nak update blog pun hilang macam tu je. hihi tapi untuk result Latihan Industri ni Murni sempat update di FB je. Agak-agak Murni dapat grad apa? 

Result Latihan Industri


Murni dapat tahu result praktikum dah keluar daripada kawan Murni yang pernah sama-sama dengan Murni buat Latihan Industri di Pejabat Daerah Lahad Datu. Kalau kawan tak inform dekat Murni, confirm sampai tak kesudah Murni tahu result dah keluar, btw thanks ya gg :)  hihi Murni ni jenis yang malas sikit nak bukak portal student. Tapi bila dapat tahu result dah keluar laju je tangan ni tekan keyboard...haha

Alhamdulillah rasa syukur sangat kepada Allah SWT sebabnya Murni tak sangka langsung result praktikum boleh dapat A+(4.00). Murni yakin sangat  setiap ujian yg Allah turunkan sebelum, semasa & selepas menjalani LAtihan Industri tu akan ada hikmahnya andai kita sabar dan sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik atas semua tanggungjawab yang dipikul. 

Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga Murni sebab banyak membantu beri sokongan moral dan kewangan sepanjang tempoh berpraktikal di PDLD. Tak lupa juga buat Supervisor Company, En. Juraimin sebab sudi terima Murni untuk menjalani Latihan Industri di PDLD. 

Buat warga PDLD terima kasih sebab layan kerenah kami, tunjuk ajar, ilmu yang dikongsi, nasihat & belanja makan. Akhir sekali terima kasih juga Murni ucapkan kepada Supervisor Practicum, Dr. Fais Bin Ahmad sebab sudi beri nasihat, tunjuk ajar & bagi Murni A+. hihi Semoga Allah membalas segala kebaikan orang-orang yang dah banyak bantu Murni.