Bukit Panchang Tawau Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Murni dah janji dalam entri sebelum ni untuk berkongsi pengalaman hiking di Taman Alam Tinagat Bukit Panchang Tawau, Sabah. Murni berpeluang sekali lagi untuk join trip hiking anjuran Tungku Hikers Club, sebelum ini Murni hiking di Sin Onn Tiku Waterfall.
Bukit Panchang Tawau Sabah
Aktiviti hiking ni berlangsung pada 10/12/2023. Hari ini barulah Murni ada masa untuk sambung penulisan di blog. Seperti sebelum ini juga, Murni ke Tawau bersama-sama dengan Kak Yati. Kami bertolak dari Lahad Datu dalam jam 5:30 pagi dan sampai di Tawau dalam jam 8:00 pagi. Kami memulakan pendakian dalam jam 9:00 pagi. Matahari dah panas terik masa ini, tetap semangat untuk sampai ke puncak.
Kredit gambar THC |
Sebelum pendakian bermula, sesi taklimat ringkas mengenai keselamatan semasa pendakian telah disampaikan oleh ketua guide disusuli dengan bacaan doa sebelum masuk hutan. Jumlah peserta Murni tak ingat berapa orang, dalam gambar di atas termasuklah peserta, organizer, & guide. Bukit Pancahang mempunyai ketinggian 398 (mdpl)/1.8KM.
Trail berbatu |
Semasa pendakian bermula, trail adalah berbatu & agak pacak juga. Tali juga ada disediakan untuk berpaut & perlu berhati-hati ketika memijak batu. Pemilihan kasut yang sesuai sangat penting bagi membolehkan kasut mencengkam di kawasan berbatu licin. Kawasan berbatu ni kalau tiba musim hujan menjadi laluan air & boleh jadi agak deras bila hujan lebat. Syukur alhamdulillah cuaca pada hari tersebut cantik panas terik lagi. Di kawasan ni jugalah masa Murni turun hampir pitam haha.
Kredit gambar THC |
100m ke puncak |
Setiap 100m pihak forest sediakan papan tanda jarak bagi membolehkan pendaki mengetahui jarak perjalanan & merancang masa pendakian. Macam biasalah Murni kalau tiada gambar pewai di trail, macam tak sah pendakiannya hahaha. 100m lagi menuju puncak tapi bahang panas matahari tu macam atas kepala dah. Syukurlah masa pendakian Murni tiada rasa macam nak muntah, masa turun yang bermasalah sikit dengan kaki sebelah kiri hampir cramp lain lagi rasa pitam bila tengok kawasan berbatu yang curam. Nasiblah semangatnya masih kuat untuk tamatkan pendakian.
Pelantar Bukit Panchang |
Murni sampai di puncak Bukit Panchang dalam jam 10:50 pagi, hikers yang lain ada yang sampai awal. Sampai puncak cuaca panas terik, Murni berteduh di bawah pelantar, rehat & makan dulu sebelum ambil gambar.
Pelantar Bukit Panchang |
@murnimohdyusof 10/12/2023 ๐๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ด๐ข๐ช ๐ฉ๐ช๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ช ๐๐ถ๐ฌ๐ช๐ต ๐๐ข๐ฏ๐ค๐ฉ๐ข๐ฏ๐จ, ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ต ๐ด๐ช๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฉ ๐๐๐ข๐๐ฃ ๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ ๐๐ช๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐ข๐ฅ๐๐ฃ ๐๐๐ข๐๐๐ก๐ช๐ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ข๐ญ๐ช๐ฌ ๐๐ . . . . . . ๐๐ข๐ฎ๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ต๐ถ๐ญ ๐ด๐ฅ๐ฉ ๐ฏ๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ข๐ช๐ฏ ๐ต๐ถ ๐๐ญ๐บ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฐ๐น, ๐ถ๐ฃ๐ข๐ต ๐ฌ๐ข๐ด๐ช ๐ฉ๐ช๐ญ๐ข๐ฏ๐จ ๐ณ๐ข๐ด๐ข ๐ต๐ข๐ฌ๐ถ๐ต ๐ด๐ข๐ฎ๐ข ๐จ๐ข๐บ๐ข๐ต ๐ฌ๐ถ๐ฏ๐ถ๐ฌ ๐คฃ๐คฃ๐คฃ #flyingfox #fyp ♬ original sound - ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ฅ
Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai pengalaman hiking di Bukit Panchang Tawau Sabah. Entri seterusnya nanti Murni kongsikan aktiviti healing di Sandakan pula. Terima kasih kirang yang sudi baca entri Bukit Panchang ni ๐
Tiada ulasan
Catat Ulasan