Resipi Cendawan Enoki Goreng | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang! Dah lama Murni tak kemaskini blog berkaitan masakan, last Murni kongsi [+] Resipi Nasi Air Kelantan bulan november tahun lepas. Maka dengan ini Murni pun naklah berkongsi resipi mudah, cepat & yang pastinya sedap untuk dimakan. Resipi ni hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

Resipi Cendawan Enoki Goreng

    BAHAN-BAHAN
  1. Cendawan Enoki 100g
  2. Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna jenama Bestari (Spicy)
  3. Telur sebiji
  4. Minyak untuk menggoreng

    CARA-CARA 

Resipi Cendawan Enoki Goreng

  1. Bersihkan cendawan enoki, potong bahagian akar kemudian leraikan cendawan.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk berisi cendawan enoki kemudian gaul rata. 
  3. Sediakan pinggan yang berasingan untuk tepung Bestari (tepung tak perlu bancuh). Murni gunakan tepung Bestari Spicy sebab nak rasa pedas-pedas. Bagi korang yang tak makan pedas boleh pilih tepung Bestari yang original. Kalau guna tepung ni tak perlu dah letak garam.
  4. Cendawan enoki yang sudah bersalut telur bolehlah digolekkan dengan tepung Bestari
  5. Goreng di dalam minyak yang panas. Pastikan cendawan bertukar kekuningan barulah di angkat & toskan lebihan minyak.

Resipi Cendawan Enoki Goreng

 Selamat mencuba Resipi Cendawan Enoki Goreng!