Daftar Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ni Murni nak berkongsi sesuatu yang bermanfaat berkaitan dengan pelaburan emas atas talian. Adakah anda merupakan salah seorang pemegang akaun di Maybank? Sekiranya ya, anda wajib baca perkongsian Murni sampai habis.
Daftar Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)
Tahukah anda pihak Maybank ada memperkenalkan produk Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA). Umum mengetahui emas merupakan komoditi perdagangan yang telah wujud sejak dahulu lagi. Emas juga dikaitkan dengan simbol kekayaan dan status.
Bagi anda yang baru berjinak dalam dunia pelaburan macam Murni sendiri, bolehlah buat pilihan untuk membuat pelaburan emas kerana emas boleh memberi perlindungan sekiranya berlaku inflasi. Bagi anda yang memilih untuk membuat pelaburan emas dalam tempoh 5-10 tahun atau lebih, anda boleh memilih samada ingin membeli atau melabur dalam dana emas yang mana kedua-duanya bergerak seiringan dengan harga emas semasa.
Bagi pengguna akaun Maybank, anda boleh memulakan pelaburan emas dengan mendaftar Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) secara mudah dan selamat. Akaun MIGA-i adalah Patuh Shariah. Akaun emas ini membolehkan anda untuk membuat pelaburan emas dengan ketulenan 99.9% yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA) . Pelaburan emas yang boleh dibuat adalah serendah RM10 sahaja mengikut harga emas semasa. Akaun ni juga membolehkan anda untuk membuat penukaran kepada emas fizikal (1g hingga 1,000g).
Cara Daftar Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)
- Login Maybank2u (laman web)
- Pilih 'Apply'
- Pilih 'Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)
- Selepas daftar MIGA-i, aktifkan akaun anda dengan membuat pelaburan pertama serendah RM10
Maklumat lanjut mengenai MIGA-i ni boleh rujuk laman web Maybank2u
Murni dah buat pendaftaran MIGA-i dan telah buat beberapa transaksi dan Alhamdulillah setakat ni Murni dah beli 1.262g emas. Kalau ada rezeki lebih bila-bila masa boleh buat pembelian.
Terima kasih sudi baca perkongsian Murni mengenai Daftar Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i).
Tiada ulasan
Catat Ulasan