Short Trip to Suan Lamba Kinabatangan

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Murni nak kongsi short trip ke Kg Suan Lamba Kinabatangan bersama-sama dengan sahabat Murni. 

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan 


Short trip 2 hari 1 malam bertempat di Suan Lamba Kinabatangan, 20-21/03/2021. Penginapan kami di Bambarong Kito Lodge, Kampung Lanut Suan Lamba. Alhamdulillah dapat juga merasa suasana kampung, almaklumlah pada masa tu tak boleh merentas daerah lagi, hanya merentas zon sahaja yang dibenarkan. Sedih sangat dah lama tak boleh balik kampung. 

Kami bertolak ke Suan Lamba pada 20/03/2021 jam 2 petang berkumpul di Petron batu 8. Gerakan berjemaah kunun. Kami singgah makan di batu 28 untuk makan tengah hari yang lambat haha.  

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan

Kami tiba di Bambarong Kito Lodge dalam jam 5 lebih. Rumah kampung yang tersergam indah ni, cukup fasilitisnya. Setiap bilik dilengkapi dengan tandas & aircond. Lena tidur malam sejuk² aihhh. Sesuai sangat kalau korang nak bercuti-cuti menikmati suasana kampung. 

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan

Terpesona dengan suasana kampung. Seronok dapat lari dari kesibukan bandar, boleh kurangkan stress sebentar & yang paling utama dapat meluangkan masa dengan sahabat.

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan

Dalam jam 6 lebih set up pemanggang untuk bakar-bakar 🤤 Menu kami malam tu; nasi putih, daging bakar, ayam bakar & ikan bakar. Sumpah sedap yakmat. 

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan

Sambil-sambil tengok kawan yang lain membakar, kami berkaraoke haha hentamlah labu suara sumbang. Yang penting semuanya bergumbira. Stay sini boleh barbeku gais, bahan korang sedia siap-siap. 

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan

21/03/2021

Bangun-bangun pagi, tengok matahari terbit sayu ja hati teringat kampung halaman. Rutin awal pagi Murni wajib minum Old Town White Coffee Classic, siap bawa ke Suan Lamba lagi haha. Sarapan yang ringan dulu. 

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan

Actually pagi tu, Murni tak tahu pun kami semua kena pergi memancing. Murni ingatkan lelaki saja yang pergi, yang perempuan ni bolehlah buat sarapan kunun. Last² terpaksalah ikut sekali biarpun ada mabuk-mabuk sikit. Takut kena tinggal sendirian 😂

Iklan kejap, kalau korang stay di Bambarong Kito Lodge ni mereka ada sediakan servis sewa bot untuk memancing juga. Yang seronoknya, river cruise waktu pagi & senja pun ada disediakan. Kalau korang bernasib baik, boleh nampak monyet belanda (Proboscis Monkey). Balik dari memancing, kami ada nampak kelibat monyet belanda ni 😁

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan

Dalam perjalanan menuju ke kawasan untuk memancing, hujan turun pula. Kami yang perempuan ni terpaksa turun di kawasan perkampungan...(nama kampung Murni lupa haha). Kawan yang lelaki saja yang pergi memancing. 

Tiba di kawasan perkampungan, kami singgah makan di sebuah rumah kedai yang ada menjual gado-gado. Bila hujan dah berhenti, kami minta kawan lelaki patah balik ambil kami yang tersadai haha Teringin juga sebenarnya memancing. 

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan

Seronok yakmat bila dapat tangkap seekor ikan haha. Murni jadi orang yang pertama dapat tangkap ikan, guna tali tangsi tanpa joran haha. Usai memancing, kami pun balik ke tempat penginapan. 

Kalau ikutkan plan asal, kami akan bergerak balik ke Sandakan waktu pagi. Memandangkan semuanya penat, petang jugaklah baru kami bertolak dalam jam 4 lebih. Singgah lagi makan di batu 25 haha

Trip to Kg Suan Lamba Kinabatangan

Nah video pendek yang Murni sempat rakam sepanjang trip kami di Suan Lamba 


Terima kasih semuanya untuk memori daun pisang yang tercipta. Semoga ukhwah persahabatan kita berpanjangan sampai bila-bila. Sayang kamu semua 💗

Nanti Murni update contact penginapan Bambarong Kito Lodge. Terima kasih sudi baca entri short trip to Suan Lamba Kinabatangan 😘