Beli Case Valker Hiking Bag Backpack 50L di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni kemaskini entri terbaru mengenai personal review yang ma Murni buat pembelian Case Valker Hiking Backpack 50L di Shopee Malaysia, 'kedai online berhantu' haha. kalau diikutkan entri ni Murni nak kongsi tahun lepas, tapi tertangguh disebabkan oleh kekangan masa. Bagi yang meminati aktiviti hiking, mesti korang dah rindu dengan bau-bau hutan kan? 💔 Semoga cepat sembuh bumi dari Covid19.
Beli Case Valker Hiking Bag Backpack 50L di Shopee Malaysia
Bila dah masuk tahun baru, berharap sangat dapat jejakkan kaki ke Gunung Kinabalu. Kecewa sangat bilamana plan tu tak menjadi disebabkan peningkatan kes covid & PKP 2.0 pun dilanjutkan. Barang -barang hiking ada yang dah siap beli macam beli beg hiking 50L ni huhu. In Sha Allah kalau ada rezeki Gunung Kinabalu akan ditawan juga.
Berbalik pada cerita beli beg hiking 50L di Shopee, Murni buat pembelian beg ni pada 27/10/2020. Harga asal beg ni RM99.00. Diskaun 54% . Harga selepas diskaun RM46.00 saja. Kos Penghantaran RM12.72 dengan menggunakan kurier J&T. Murni apply juga shop voucher bernilai RM3.68. Jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM55.04.
Case Valker Hiking Bag Backpack 50L |
Description:
- Weight: 1kg
- Size: 35CM X 50CM X 20CM (Fully Expand)
- Air comfort ventillation system
- Padded hip belt
- Anatomically shaped, compact hip belt with spacious pocket for valuables or smartphone / camera
- Pull-forward closure for quick and precise hip belt adjustment straps
- Side bellow pockets
- Lid pocket
- Stetch side pockets
- Internal valuables poket
Kredit imej : Shopee Malaysia |
Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan Case Valker Hiking Bag Backpack 50L ni dari segi kualiti beg, harga siap ada diskaun, servis penghantaran. Tak sabar nak bawa naik Gunung Kinabalu. Baiklah sampai sini saja perkongsian dari Murni, korang yang nak beli beg hiking 50L macam ni boleh terjah Shopee Mall Case Valker Official Store, ni shop link : shopee.com.my/casevalker . Terima kasih sudi baca entri ni 😘
*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.
Wah menarik ni...sis suppose naik Kinabalu bulan 9 tapi memandangkan PKP ni maybe plan tu kena postpone dulu sementara waktu...latihan kami tergendala..
BalasPadamNasib kita sama kak SA, In Sha Allah satu hari nnt kita akan tawan juga Gunung Kinabalu 💪
Padam