Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera.Hi, korang! Phewww dah masuk 2 bulan Murni tak update blog, hari ni baru rasa bernafas sikit bolehlah sambung entri hiking yang tertangguh sejak penghujung tahun lepas 😅 Memandangkan dah masuk bulan puasa & Sandakan dikenakan PKP3.0 semua aktiviti sosial & outdoor terpaksa tangguh dulu. Bosan duduk terperap dalam bilik marilah mengulang kembali memori daun pisang semasa hiking.

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan

Murni pergi hiking di Bukit Leila ni hujung tahun lepas 13/12/2020. Jarak pendakian 8.44km dengan masa 06:18:47. Entah kali keberapa dah Murni hiking di Bukit Leila ni. Kalau sebelum ni kami hiking ikut trail yang biasa saja, tapi hiking kali ni bagi Murni agak mencabar sikit menuju ke Gua Batu Kapur, Bukit Ketam, Tower Station, & Pencawang Trig Hill.

Menuju ke gua batu kapur dah mulalah kejang otot di bahagian paha, pewai, muntah semuanyalah 😅Murni dengan pewai berpisah tiada siap pakej muntah & pening-pening lagi. Mungkin disebabkan lapar haha. Momen yang Murni tak boleh lupa insiden kepala terlanggar dahan pokok haha. Fokus sangat pandang ke bawah saja, kalau boleh tak nak pandang depan sebab pacak rasa jauh pula nak sampai haha

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan
Gua batu kapur Bukit Leila

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan
Gua batu kapur Bukit Leila

Kami singgah ke gua batu kapur ni tak lama, usai bergambar kami menunju ke Bukit Ketam pula. Bukit ni dinamakan sebagai Bukit Ketam disebabkan oleh bentuk bukit ni yang seakan-akan bentuk ketam. Pemandangan dari atas Bukit Ketam ni hanya boleh nampak pokok-pokok yang menghijau dan bukit saja.

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan
Bukit Ketam

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan
Puteri Bukit Hikers

Beristirahat sekejap di bawah pokok sambil menghirup udara segar sebelum meneruskan pendakian ke Tower Station.

Tower Station Bukit Leila

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan
Hammocking in the jungle

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan
Tower Station Bukit Leila

Tower Station ni best sebabnya boleh layan view laut & Pulau Berhala. Kalau korang berkesempatan hiking ke Tower Station jangan lupa bawa hammock, dapat lelapkan mata sekejap pun dah rasa nikmatnya. Tempat ni juga jadi tumpuan hikers Sandakan untuk berkhemah.

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan
Pencawang Trig Hill

Kami teruskan lagi pendakian kami ke puncak pencawang Trig Hill. Sampai di atas puncak matahari dah terpacak atas kepala, panas yakmat haha.

Hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan
Pencawang Trig Hill

Usai merakam momen di atas puncak, maka pulanglah kami ke jalan yang benar hihi. Menuruni bukit di pencawang Trig Hill ni, Murni terjatuh pijak batu yang berlumut. Mana dengan panas terik time nak keluar dari hutan, laju kaki menapak ke depan haha.


Baiklah, sampai di sini saja Murni kongskikan mengenai aktiviti hiking di Bukit Leila Xtrail Sandakan. Aktiviti hiking yang seterusnya Murni akan konsikan Loop Trail Bukit Sundang ke Mont Walker & dari Mont Walker ke Bukit Sundang. Tunggu update yang akan datang. Terima kasih sudi baca entri ini 😘