Hiking di Bukit POIC Ulu Sibuga Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Macam mana kehidupan seharian korang sejak PKP 2.0 dilaksanakan? Murni harap semuanya baik-baik saja. Hari ni Murni nak kemaskini entri berkaitan hiking bulan 12 tahun lepas yang tertangguh dek kerana tiada mood nak 'menulis' hihi . Murni nak kongsi sikit pengalaman hiking di Bukit POIC Ulu Sibuga Sandakan.
Hiking di Bukit POIC Ulu Sibuga Sandakan
Actually dari awal tahun lepas lagi Murni teringin nak pergi hiking di Bukit POIC Ulu Sibuga; tapi tak pergi pergi juga disebabkan covid ni. Alhamdulillah penghujung tahun 2020 tertunai juga hasrat dihati etchinggg haha. Macam biasa plan menjadi pergi hiking di hujung minggu pada 06/12/2020 bersama-sama dengan team Puteri Bukit Hikers.
Macam biasa rutin sebelum pergi hiking, kena cari makan dulu isi perut yang kosong. Sampai ke destinasi yang dituju jalan masuk Bukit POIC Ulu Sibuga, parking kereta tepi jalan saja. Actually jalan menuju ke bukit ni sama arah kalau nak pergi hiking ke Bukit Seguntor atau lebih dikenali sebagai IOI Peak; korang boleh lalu dari bulatan Jabatan Air masuk simpang POIC kemudian jalan terus korang akan nampak bulatan kecil dihadapan, laluan masuk sebelah kiri.
Masa kami sampai, ada team hikers lain yang sedang menunggu, kami pun bergerak bersama-sama mereka. Sebelum memulakan pendakian, kami buat sesi meregangkan otot terlebih dahulu & bacaan doa sebelum masuk ke hutan. Guide kami adalah Pak Cik Arka yang menetap & menjaga kawasan sekitar Bukit POIC Ulu Sibuga ni.
Puteri Bukit Hikers |
Hiking di Bukit POIC Ulu Sibuga ni, kami melalui kawasan ladang kelapa sawit dahulu sebelum meniti anak sungai kecil kemudian pendakian di kawasan berbatu dan berbukit. Mula pendakian di kawasan berbukit Murni pewai siap pakej muntah, nasib tak teruk haha. Kesilapan Murni masa ni, tak bawa hiking stick. Pacak jugalah bukit POIC ni haha. Nampak kan gambar di atas, kawan siap potong buluh rotan, Murni apa lagi nak pinjamlah kejap kunun haha sampai ke akhir pendakian diguna. Ketinggian Bukit POIC Ulu Sibuga ni 230/755ft. Kalau Murni tak silap ada 4 puncak bukit kesemuanya.
Puteri Bukit Hikers |
Kalau diikutkan kawasan tempat kami bergambar di atas ni kawasannya penuh dengan mossy grass, mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu maka berkuranglah pertumbuhan mossy grass di kawasan ni. Mesti cantik kalau bergambar, kan? Jom layan beberapa gambar & video pendek sepanjang pendakian di Bukit POIC Ulu Sibuga.
Layan trail 7km, kalau korang hiking di Bukit POIC ni bawalah air yang secukupnya, segala jenis ubat yang diperlukan, hiking stick, & topi. Menyesal tak bawa topi, turun dari puncak bukit POIC matahari dah terpacak atas kepala. Kalau nak bersantai sekejap di peak boleh bawa hammock hihi. Kami keluar dari trail ni sebelum masuk waktu solat Zohor. Sebelum balik ke rumah masing-masing, singgah dulu ke restoran untuk makan tengah hari.
Baiklah sampi di sini saja perkongsian Murni berkaitan dengan aktiviti hiking di Bukit POIC Ulu Sibuga Sandakan. In Sha Allah, Murni akan kemaskini entri terbaru bila ada masa terluang. Kalau diikutkan ada lagi aktiviti hiking bulan lepas yang Murni sertai dengan team hikers Semangat Hutan. Korang tunggu tau catatan entri hiking terbaru dari Murni. Terima kasih sudi baca entri ni 😘
Tiada ulasan
Catat Ulasan