Hiking di Mont Walker Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Setelah sebulan lebih tidak menjejakkan ke dalam hutan, akhirnya 29/11/2020 dapatlah lepaskan rindu dengan bau hutan hihi. Ni semua disebabkan PKPB, kami terpaksa akur dengan situasi semasa. Bila keluar SOP terbaru berkaitan dengan aktiviti outdoor mulalah hati berbunga-bunga, tak sabar nak melihat keindahan lukisan alam ciptaan Tuhan.
Hiking di Mont Walker Sandakan
Hiking kali ni gerakan berempat team Puteri Bukit Hikers. Kami memilih untuk hiking di Mont Walker. Dalam masa beberapa hari tu keadaan cuaca hujan, bila hujan air terjun Mont Walker pun deraslah. Ketinggian Mont Walker ni 229m/752 ft . Jarak pergi dan balik 7km, tapi hiking kali ni kami hanya menggunakan jalan alternatif menuju ke kawasan air terjun dan balik pun melalui trail yang sama juga dengan jarak keseluruhan lebih kurang 6km.
Pemandangan dari kawasan paku-pakis |
Starting point kami bermula berhampiran di kawasan loji penapis air jalan Cecily. Laluan pendakian akan melalui lereng bukit berpagar dan akan melalui kawasan tumbuhan paku-pakis.
Puteri Bukit Hikers |
Berehat sebentar sambil merakamkan detik-detik manis di dalam hutan haha. Bila tak bawa phone stand atau selfie stick terpaksalah jadi kreatif sikit bila bergambar. Sebelum melalui trail menuju ke kawasan air terjun, kami sempat bergambar di kawasan yang menjadi tumpuan Sandakan hikers untuk merakamkan memori daun pisang di Mont Walker. Lihatlah gambar dibawah, indah sangat weyh lukisan alam aummm 💗
Tebing Batu Mont Walker |
Tebing Batu Mont Walker |
Usai bergambar, kami patah balik ke kawasan lencongan untuk menuju ke air terjun Mont Walker. Masa pergi kemain semangat, laju langkah. Bila dah balik pewai, hilang manis di muka haha. Nasib baik ada Himalaya Salt Mint Candy boleh bagi tenaga.
Teringin sebenarnya nak main air, tapi sayang tak ada bawa baju lebih haha. Mampu tengok & bergambar sajalah jawabnya.
Asal membukit tak sah tu kalau tak tidur sekejap. Bila kumpulan hikers lain datang, kami pun beransur kembali ke pangkal jalan haha. Rutin kami lepas membukt mesti mencari makan. Orang lain pergi hiking berat makin turun, Murni pula sebaliknya haha. Biarlah yang penting bahagiakan hati sendiri dulu 😄
Baiklah, sampai sini saja perkongsian mengenai pengalaman aktiviti hiking hujung minggu di Mont Walker Sandakan. Nanti Murni akan kemaskini blog hiking di tempat yang sebelum ni Murni belum pernah jejak lagi. Terima kasih sudi baca 😘
Tiada ulasan
Catat Ulasan