Hiking di Mont Walker, Cecily Road, Sandakan

Hiking di Mont Walker, Cecily Road, Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Hari ni dah masuk bulan terakhir bagi tahun 2019, jadi Murni pun semangat sikitlah nak kemaskini blog. Kalau ikutkan Murni nak kemaskini blog berkaitan hiking ni bulan lepas lagi, memandangkan mood menulis ke laut dengan kekangan masa terpaksalah peram dulu entri Hiking di Mont Walker, Cecily Road Sandakan.

Hiking di Mont Walker, Cecily Road, Sandakan 

Kami pergi hiking di Mont Walker, Cecily Road, Sandakan pada 10/11/2019 & sudah semestinya wajib ada guide sekali. Mont Walker 229m/752 ft. dengan jarak 7km. Hiking kali ni rasa best yakmat sebab ada jurugambar pro yang join sekali. Semua gambar yang Murni gunakan dalam entri ni adalah hasil air tangan beliau. Terima kasih Cikgu Awing gambarnya.


Puteri-puteri bukit sedang berarak menuju kehatimu, eh! haha. Suka sangat tengok gambar di atas ni. Lawa aihhh gambar ni 😍


Sebelum memumalakan aktiviti hiking wajib ada briefing & bacaan doa sebelum masuk ke hutan.


Laluan hiking untuk permulaan ni agak santai, sesekali boleh tercungap-cungap juga dibuatnya kalau tak cukup stamina haha. 


1st checkpoint tempat yang mana viewnya cantik yakmat. Ya Allah gigihnya seorang Murni ambil gambar. Sejenis yang taboleh nampak panorama alam yang cantik confirmed nak snap gambar sekeping dua 😁.







2nd checkpoint, kami berhenti di sini semata-mata nak ambil gambar di atas batu ni. Kalau pergi Mont Walker tak sah kalau korang tak singgah sini untuk ambil gambar. View dia sumpah lawa namatey. 


Fefeling kejap jadi puteri bukit haha. Kalaulah ada sikit sifat berani dalam diri ni confirmed Murni berdiri atas batu tu, mampu duduk ja weyh takut jatuh haha. Hikers yang lelaki beranilah buat, sis tak mampu 😂



Sambung lagi perjalanan ke puncak Mont Walker. Ya Allah penat yakmat masa ni, tapi gigih jugaklah nak habiskan. Semangat sikit sebab ada photog. pro hihi, jadi penat tu pun pandai hilang haha.



Maaflah ya gambar di puncak Mont Walker tak sempat nak ambil sebab Murni dah rasa penat & malas nak ambil gambar, ada pun gambar di atas ni Cikgu  Awing tolong snapkan hihi. Tercungap-cungap jugaklah nak naik ke atas, nasib baik ada tali boleh berpaut.



Sebelum kami pergi ke kawasan air terjun Mont Walker, sempat lah ambil gambar di celah-celah rimbunan pokok sepanjang sungai ni. Comel kan kami puteri-puteri bukit haha.



Sayang sangat bila sampai di kawasan air terjun Mont Walker ni, air terjun dia tak adalah deras mana. Timing dia kalau nak nampak view air terjun kena pergi selepas hujan dalah sehari dua macam tu. Tapi tak apa next time boleh repeat lagi Mont Walker, eh! haha





Usai berehat & ambil gambar di kawasan air terjun ni, kami pun balik. Laluan nak balik sumpah sangat memenatkan haha. 





Ni dah tak boleh tahan dah, nak duduk juga 😅 

View di Mont Walker tak mengecewakan langsung, cantik yakmat. Walaupun rasa penat, puas hati sangat. Kalau boleh Murni nak repeat lagi hiking di Mont Walker. Balik dari hiking terus pergi pekena Coffee Milo Shaved Ice di Fruity World Sandakan. Destinasi hiking yang seterusnya Murni akan kongsikan bila ada masa terluang okeyh.