Hiking di Bukit IOI Sandakan

Hiking di Bukit IOI Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Memandangkan Murni dah mula bercuti, jadi aura nak 'menulis' di blog pun lain macam. Semangat gituh haha. Kalau diikutkan Murni dah berjaya tawan Bukit IOI Sandakan bersama-sama dengan geng Puteri-puteri Bukit bulan lepas lagi 16/11/2019, tapi hari ni baru ada mood nak kemaskini blog 😄. 

Hiking di Bukit IOI Sandakan

Kalau ikutkan masa kejadian ada sesetengah kawasan yang hujan lebat & gerimis mengundang gituh haha. Semangat tau semua Puteri-puteri Bukit nak pergi tawan puncak Bukit IOI, redah jelah. Nak dekat jam 6 pagi kami bertolak dari rumah, kemudian sempat jugaklah singgah kejap di McD beli makanan untuk sarapan. Kalau diikutkan sejam sebelum hiking mesti sarapan dah, Murni tak sempat pun nak masak dahlah bangun lambat 😅


Hiking di Bukit IOI Sandakan
Bukit IOI Sandakan

Nampak dari jauh perghhh boleh tahan tinggi jugalah. Bukit IOI merupakan bukit ke-4 yang tertinggi di Sandakan iaitu 305m. Korang yang first time nak hiking wajib ada guide ok. 

Laluan nak menuju ke Bukit IOI korang boleh lalu di bulatan Jabatan Air, masuk ke Jalan POIC drive dalam 5 minit, kemudian nanti akan jumpa simpang rumah kongsi, starting point kena lalu kawasan tanah kuning.

Mula hiking kemain laju langkah, masuk dah pertengahan perjalanan tu ampun sangat rasa macam nak muntah pun ada. Ini kes sebab lambat sarapan sama jugaklah kejadian yang Murni pernah kena masa hiking di Bukit Leila sebelum ni 😂  

Hiking di Bukit IOI Sandakan


Rasa penat tu hilang bila dah sampai ke puncak. Perkara wajib bila dah sampai puncak wajib makan kudap-kudap, melihat keindahan alam, & ambil beberapa keping gambar untuk tatapan hari tua, eh! haha

Hiking di Bukit IOI SandakanHiking di Bukit IOI Sandakan

Hiking di Bukit IOI ni sangatlah mudah nak ingat laluan trek sebabnya laluan masuk & keluar menggunakan laluan trek yang sama juga. Tapi kalau boleh janganlah pergi seorang diri at least ada kawan-kawan yang kaki hiking temankan. Keselamatan lebih terjamin. Nah video yang Murni dah edit, korang boleh nampak sendiri laluan trek Bukit IOI Sandakan.


Usai aktiviti hiking di Bukit IOI Sandakan, sempat lagi singgah di restoran untuk minum pagi. Sesi menambah berat badan lagi 😂. Sampai sini saja perkongsian aktiviti hiking di Bukit IOI Sandakan, tempat hiking seterusnya nanti Murni kongsikan dalam entri terbaru ya. Terima kasih sudi baca entri ni 😘