Resepi Ayam Goreng Kunyit | Assalamualaikum & salam sejahtera. Sementara tunggu flight, Murni curi masa sikit kemaskini blog. Murni nak kongsikan resepi ayam goreng kunyit versi khairulaming.

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Untuk pengetahuan korang ni dah masuk kali kedua Murni masak ayam goreng kunyit, alhamdulillah menjadi sedap ngam betul dengan rasa tekak Murni. Ya Allah terpuji pula masakan sendiri 😂😂

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Dada Ayam
  2. Kacang Panjang
  3. Lobak Merah
  4. Tepung Jagung
  5. Bawang Besar
  6. Garam
  7. Ajinamoto
  8. Minyak Masak

Cara penyediaan ayam goreng kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit

  • Dada ayam potong dadu, perap ayam dengan kunyit, masukkan sekali garam & ajinamoto (kalau tak nak letak ajinamoto pun boleh). Nak bagi ayam tu crispy bila digoreng tambahlah sikit tepung jagung.
  • Sayur kacang panjang & lobak merah potong cantik² eh!
  • Panaskan minyak, kemudian masukkan dada ayam yang diperap tadi. Gorenglah sampai ayam tu bertukar warna kekuningan gituh.
  • Akhir sekali masukkan sayur & bawang besar. Bawang besar Murni tak masukkan sebab lupa nak beli 😂
Cara nak masak ayam goreng kunyit, korang boleh rujuk video masakan Murni di bawah ni.

 

Makan dengan telur mata separuh masak, cili potong & letak kicap sikit perghhh sedap hingga menjilat jari 😋 Korang pun wajib cuba tau masakan ni, mudah saja nak buat & yang penting sedap. 

Ok itu saja yang Murni nak kongsi, flight Murni ke Kuala Lumpur jam 8:40pm. Doakan Murni selamat sampai ke destinasi yang dituju 😊