Resepi Kacang Bendi Masak Belacan

by - 6/09/2019

Resepi Kacang Bendi Masak Belacan
Kacang Bendi Masak Belacan

Resepi Kacang Bendi Masak Belacan
| Assalamualaikum & salam sejahtera. Hai korang 🙋Murni datang lagi untuk berkongsi resepi masakan yang menjadi kegemaran Murni. Video & gambar sebenarnya dah peram sejak puasa lagi cuma tak dak mood nak kemaskini blog. Memandangkan hari ni cuti duduk rumah tak buat apa, Murni pun rasa terpanggil nak kongsi resepi kacang bendi masak belacan ni. 

Resepi Kacang Bendi Masak Belacan

Asal balik ke kampung, Murni akan minta mak masakkan. Rindu dengan air tangan mak, nak juga mak yang masakkan even kau pandai masak sekalipun. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Kacang bendi
  2. Belacan
  3. Bawang putih
  4. Bawang merah
  5. Cili padi
  6. Air
  7. Garam secukup rasa
  8. Ajinamoto (Kalau korang tak suka guna ajinamoto boleh ganti dengan gula)

Cara Penyediaan Kacang Bendi Masak Belacan

  • Bakar belacan di atas api yang sederhana 
  • Tumbuk sekali belacan yang dibakar tadi dengan bawang putih, bawang merah dan cili api. Tumbuk jangan lumat sangat. Kalau nak masakkan korang sedap jangan kisar bahan tadi, guna lesung batu saja ok.
  • Panaskan sedikit minyak, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Tumis bahan tersebut sampai bertukar warna dan naik bau.
  • Kemudian masukkan kacang bendi.
  • Masukkan air secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa. 
Cara masak kacang bendi ni korang boleh rujuk video di bawah

  

Makan dengan nasi panas digabungkan pula dengan telur dadar perghhh nikmatnya rasa, tetiba pula rasa lapar 😂 Selamat mencuba resepi Kacang Bendi Masak Belacan.

You May Also Like

1 comments

  1. Resepi ni pun my favorite.. Kacang bendi masak apa saja pun sedap walaupun sekadar celur dan cicah dengan sambal belacan.. Kalau goreng ikut resepi Murni share ni memang sedap..

    BalasPadam