Resepi Labu Kundur Masak Udang Kering

by - 4/07/2019

Resepi Labu Kundur Masak Udang Kering
Labu Kundur Masak Udang Kering

Resepi Labu Kundur Masak Udang Kering | Assalamualaikum & salam sejahtera. Lamanya Murni tak kemaskini blog 😞, malam ni gigih menghadap laptop edit gambar bagai semata-mata nak kemaskini blog & yang pastinya Murni nak kongsikan satu resepi mudah dan sedap sesuai sangat untuk santapan makan tengah hari atau malam korang.

Resepi Labu Kundur Masak Udang Kering

Resepi ni Murni dapat dari mak Murni. Duduk jauh dari mak mesti rindu dengan masakan mak kan? Bila teringin sangat nak makan labu kundur masak udang kering gigihlah sabtu lepas Murni keluar pi beli barang dapur. 

Resepi Labu Kundur Masak Udang Kering
Bahan-bahan Masak Labu Kundur Masak Udang Kering

Bahan-bahan yang diperlukan;
  1. Labu kundur (saiz hidangan utk seorang)
  2. Udang Kering
  3. 3 biji bawang putih
  4. 1 biji bawang merah
  5. Air 
  6. Garam secukup rasa
  7. Ajinamoto sikittttt (Murni klu masak mesti masukkan benda alah ni 😂, korang kalau tak makan ajinamoto boleh gantikan dgn gula)
Cara Penyediaan & Masak Labu Kundur Masak Udang Kering

  • Tumbuk sekali bawang putih, bawang merah & udang kering (Jangan tumbuk lumat sangat ok, boleh rujuk gambar di bawah) Kalau nak masakkan korang tu sedap ketiga-tiga bahan ni mesti ditumbuk dengan lesung batu jangan kisar ya.

Resepi Labu Kundur Masak Udang Kering
Bahan-bahan Masak Labu Kundur Masak Udang Kering

  • Panaskan sedikit minyak kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Tumis bahan tersebut sampai bertukar kekuningan dan naik bau.
  • Kemudian masukkan labu kundur
  • Masukkan air secukupnya
  • Masukkan garam & ajinamoto secukup rasa

Cara masak labu kundur masak udang kering korang boleh rujuk video di bawah ok


Makan dengan nasi panas pun sedap 😋 Selamat mencuba resepi labu kundur masak udang kering

You May Also Like

2 comments