Cek Pertama Daripada Nuffnang Malaysia

November 30, 2015
Cek Pertama Daripada Nuffnang Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Bukan main teruja lagi Murni hari ni mana taknya kakak balik dari kerja bawakan sepucuk surat daripada HSBC Bank Malaysia Berhad. Ehem ehem sah cek pertama daripada Nuffnang Malaysia dah sampai. Lama jugaklah Murni tunggu, cashout 28 September. Ingatkan cek tu dah hilang haha.

Cek Pertama Daripada Nuffnang Malaysia

Nah rupa cek yang Murni dapat, nilai dia tak seberapa tapi lepaslah jugak nak beli kudap-kudap haha *gurau

Cek Pertama Daripada Nuffnang Malaysia
Cek Pertama Daripada Nuffnang Malaysia


Yang paling utama dan penting kena bersyukur sebab masih ada rezeki untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog. Kan? Alhamdulillah dapat jugak merasa pegang cek sendiri even sebelum ni time intern asyik duk tuliskan nama & amaun cek untuk orang lain. 

Jujur eh Murni nak bagitau, Murni start pasang iklan Nuffnang dekat blog pertengahan tahun 2013 sehinggalah sekarang. Lama tau Murni nak kumpul sen-sen sehinggalah dah berjaya cashout buat pertama kalinya.  Itu jelah yang Murni mampu dapat. sesuailah dengan penyakit M nak update blog plus kekangan masa. In Sha Allah akan buat yang terbaik dari semasa ke semasa.

Memandangkan cawanga HSBC Bank tak ada di Lahad Datu, In Sha Allah hari Rabu baru nak tunaikan cek dengan menggunakan mesin deposit cek. Ok itu jelah yang Murni nak kongsikan.

.

Contest Review Lynk.my 2015

November 28, 2015
Contest Review Lynk.my 2015


Contest Review Lynk.my 2015 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Nampaknya Murni agak ketinggalan di belakang untuk sertai contest anjuran Lynk.my. Murni tenok senarai peserta hampir mencecah angka 100. Huhhh tak sangka hebat sungguh penangan Contest Review Lynk,my 2015 ni.

Contest Review Lynk.my 2015

Salah satu daya tarikan contest ini tak lain dan tak bukan ialah hadiah wang tunai yang cukup lumayan bernilai 4 k. Contest ini mepertandingkan 3 kategori utama iaitu Top SEO, Top Creative dan Top LynkUndi.


Top SEO
1st Place RM500
2nd Place RM300
3rd Place RM100


Top Creative
1st Place  RM1000
2nd Place RM500
3rd Place RM200

Top Lynkundi
1st Place  RM500
2nd Place RM300
3rd Place  RM100

Agak lumayan kan hadiah contest ni? Apa yang menariknya lagi setiap penyertaan adalah layak untuk memenangi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan. Pertandingan ini akan berakhir pada 27 Disember dan pemenang akan diumumkan pada 29 Disember. Ok dah tahu serba sedikit mengenai contest ni, jom berkenalan dengan lynk.my!

Klik [+] SINI untuk Murni menang hadiah bernilai 4k daripa Lynk.my 

Apa itu Lynk.my? 

Lynk.my merupakan penyedia perkhidmatan bagi memendekkan URL. Pengguna berdaftar yang berkongsi URL lynk.my akan dibayar mengikut jumlah pelawat. Kadar yang ditetapkan merupakan antara yang tertinggi untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Kelebihan Lynk.my kepada Pengguna Berdaftar

  1. Pendaftaran adalah percuma.
  2. Platform pengiklanan yang sangat murah iaitu serendah RM 10 sahaja.
  3. Pengguna dapat menjana pendapatan sampingan hanya dengan kongsi URL ke media sosial.
  4. Pembayaran akan dibuat menerusi Online Banking
  5. Fokus target audiens datangnya daripada Malaysia
  6. Lynk.my mempnyai sistem Smart Filtering yang mana akan melindungi pengiklan daripada sebarang gangguan yang tidak baik daripada web spider/proxy dengan bantuan Mr BotBot. Alahai comelnya nama hihi.
  7. Pengguna berdaftar boleh melihat dengan lebih dekat statistik, graf dan negeri-negeri pelawat secara terperinci bagi setiap shrinked Lynk URL

Cara untuk Memendekkan URL

Caranya adalah semudah ABC, 123, Alif Ba Ta. Tak percaya boleh rujuk gambar di bawah ni.


Haaa nampak tak URL yang panjang pun boleh dipendekkan. Hanya copy paste atau taip URL yang anda ingin pendekken di ruang yang tersedia. Jangan risau URL yang pendek tu pun masih dan tetap akan direct ke halaman yang anda inginkan. 

Klik [+] SINI untuk Murni menang hadiah bernilai 4k daripa Lynk.my

Bagi anda yang sedang dan mula berjinak-jinak dengan program affiliate macam Murni sendiri, lynk.my merupakan platform yang terbaik untuk dicuba. Ia bukan sahaja dapat memudahkan promosi produk affiliate di media sosial malah pengguna juga dapat mengetahui pelawat unik yang singgah ke halaman affiliate anda.  

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan hanya dengan kongsikan URL lynk.my di media sosial, sambil menyelam minum air katakan.

Jangan berasa was-was untuk menggunakan sistem lynk.my ini. Bagi anda yang tak daftar lagi bolehlah cepat-cepat bertindak. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambil orang lalala Eh, boleh pulak ternyanyi sekali...haha

Jangan lepaskan peluang yang dah terhidang, rugi kalau tak daftar sebagai pengguna sekarang. Anda boleh pilih sama ada nak jadi advertiser atau publisher.

Ok, sampai di sini sahaja review mengenai Lynk.my daripada Murni. 

Klik [+] SINI untuk Murni menang hadiah bernilai 4k daripa Lynk.my

Bertuah sungguh rakan-rakan blogger yang menghantar awal artikel penyertaan mereka. Tahniah Murni ucapkan. Untuk makluman, 50 peserta terawal akan mendapat gajet khas bernilai RM40 yang ditaja oleh ikedaikami.com

Hadiah 50 Peserta Terawal



Bagi rakan blogger yang belum sertai contest ini, apa tunggu lagi rebutlah peluang yang terhidang. Sebelum Murni akhiri penulisan artikel ni Murni mohon hjasa baik anda untuk beri sokongan artikel Contest Review Lynk,my 2015 dengan klik imej di bawah. AWAS jangan terkejut nampak muka kak limah...


KLIK IMEJ


Mohon share artikel ini. Terima kasih.

Perintah Aurat Bagi Wanita

November 27, 2015
Perintah Aurat Bagi Wanita | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak kongsikan kepada korang terutamanya bagi kaum hawa mengenai perintah aurat bagi wanita sebagaimana yang terkandung dan disebutkan di dalam Al-Quran, surah Al-Nur, 24: ayat 31. 

Perintah Aurat Bagi Wanita (Surah Al-Nur, 24: ayat 31)

Pada ayat ini Allah menyuruh Rasul-Nya supaya mengingatkan wanita-wanita yang beriman agar mereka tidak memandang perkara-perkara yang tidak halal bagi mereka seperti aurat lelaki dan seluruh tubuh bagi wanita. Mereka juga diperintahkan untuk memelihara kemaluan agar tidak terlibat dengan zina.

Perintah Aurat Bagi Wanita, surah al-nur ayat 31
Gambar Sekadar Hiasan [source; google image]


Daripada Ummu Salamah, bahawa ketika dia dan Maimunah berada di sisi Rasululllah, datanglah Abdullah bin Umi Maktuum dan masuk ke dalam rumah Rasulullah (pada waktu itu telah ada perintah hijab). Rasulullah memerintahkan kepada Ummu Salamah dan Maimunah untuk berlindung (berhijab) daripada Abdullah bin Umi Maktum. Ummu Salamah bertanya, "Wahai Rasulullah bukankah dia itu buta tidak boleh melihat dan mengenal kami?" Rasulullah menjawab, " Apakah kalian berdua buta tidak boleh melihat dia?". (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Selain itu, wanita juga diharuskan untuk menutup kepala dan dadanya dengan tudung supaya tidak terlihat rambut dan leher serta dadanya. Sebab utamanya adalah wanita biasa menutup kepalanya namun tudungnya diikat ke belakang sehingga terlihat leher dan sebahagian dadanya, sebagaimana yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyah.

Cincin kahwin
Gambar Sekadar Hiasan [source: google image]

Wanita juga dilarang untuk menampakkan perhiasannya kepada orang lain kecuali yang tidak boleh disembunyikan seperti cincin, inai, celak dan sebagainya. Berbeza dengan gelang tangan, gelang kaki, kalung, mahkota, selempang dan anting-anting. Semua itu dilarang untuk diperlihatkan kerana terdapat pada anggota tubuh yang termasuk aurat wanita yang mana bendbenda tersebut terletak pada lengan, betis, leher, kepala dan telinga yang tidak boleh dilihat oleh orang lain.

Konklusi daripada ayat ini ialah setiap wanita mukmin hendaklah menyekat pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka agar tidak jatuh kepada yang haram. Perhiasan mereka jangan dipamerkan kecuali perhiasan yang susah disembunyikan seperti cincin dan sebagainya. (Departmen Agama RI, Al-uranulkarim wa Tafsiruhu, Jilid 6, 2009: 596-597)
Semoga entri Perintah Aurat Bagi Wanita ini bermanfaat untuk korang dan diri Murni sendiri.

Sumber: Al-Quran Al-Karim Ar-Raudah [Tema Hukum]

Wordless Wednesday: A Street Cat Named Bob

November 25, 2015
Wordless Wednesday: A Street Cat Named BobPeace be upon you Since today is Wednesday and I have no idea to write, then I'll share some pictures of cats. For cat lovers out there, you must be know with James and his cat named Bob. Am I right?

Wordless Wednesday: A Street Cat Named Bob

Bob dan James, kisah kucing jalanan, street cat
Bob & James

bob & James, street cat, kisah kucing jalanan
A Street Cat Named Bob: Sweet!

bob & james, street cats, kucing jalanan
A Street Cat Named Bob: Be a good boy hehe

bob & james, kisah kucing jalanan, street cat
A Street Cat Named Bob

bob & james, kisah kucing jalanan, street cats
A Street Cat Named Bob: Please be mine teheee

bob & james, street cats, kisah kucing jalanan
A Street Cat Named Bob : High five

Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista

November 19, 2015
Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista | Assalamualaikum & salam sejahtera. Malaysia amat dikenali di serata dunia kerana keunikan yang ada pada masyarakat yang berbilang kaum. Keunikan ini menjadi lebih istimewa apabila rakyat Malaysia dapat hidup dalam suasana yang cukup aman dan penuh harmoni.

Berbicara soal dunia fesyen di Malaysia, kita boleh lihat terdapat pelbagai pilihan yang terhidang buat pencinta fesyen. Antara koleksi fesyen yang boleh didapati dalam pasaran di negara ini bermula daripada pakaian moden yang terkini sehinggalah kepada pakaian tradisional yang cukup anggun untuk digayakan.

Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista

Tidak dapat dinafikan bahawa dunia fesyen kian berkembang di Malaysia, malah trend fesyen muslimah terkini kian mendapat perhatian dalam kalangan fashionista di Malaysia. Banyak koleksi baju Muslimah terkini yang ditawarkan dengan pelbagai pilihan yang cukup menarik. 

Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista, wide shawl, hijabers
Aleena Tudung

Berikutan daripada sambutan yang cukup hebat, hal ini secara tidak langsung telah melahirkan pelbagai jenama fesyen Muslimah yang baharu dan pada masa yang sama masih mengekalkan seleksi jenama yang sudah popular untuk kekal utuh menjadi pilihan ramai. 

Antara jenama fesyen Muslimah terbaru yang meniti di bibir golongan hijabista di Malaysia adalah Aleena Tudung. Bagi hijabista yang mementingkan penampilan gaya Muslimah moden yang bergaya, jenama ini sentiasa menjadi pilihan mereka.

Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista, hijab, shawl, tudung

Keitimewaan yang ada pada Aleena adalah ianya tampil dengan koleksi tudung terkini untuk wanita yang berhijab dengan pelbagai pilihan yang sangat menarik. Rekaan tudung terbaru Aleena berjaya menarik perhatian ramai penggemar fesyen Muslimah. 

Selain menawarkan harga tudung online yang berpatutan, Aleena juga menghasilkan koleksi tudung terkini yang terbaik kerana ia dihasilkan daripada bahan-bahan yang bermutu agar anda sentiasa berasa selesa apabila menggayakannya.

Suai Padan Aleena Tudung dengan Baju Anda

Apa yang menariknya lagi, tudung daripada jenama Aleena juga cukup mudah untuk digayakan kerana ia boleh dipadankan dengan hampir apa sahaja jenis pakaian seperti baju kurung moden, baju blouse Muslimah, baju jubah moden dan banyak lagi. 

Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista, hijab, shawl

Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista, hijab, shawl, tudung

Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista, hijab shawl, tudung

Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista, hijab, shawl, tudung

Aleena Tudung Pelengkap Gaya Hijabista, hijab, shawl, tudung


Dapatkan Aleena tudung online hari ini sebagai pelengkap hijabista anda dan berikan sentuhan yang lebih bergaya ke atas persalinan anda!

Jenis-jenis Temuduga

November 10, 2015
Jenis -jenis Temuduga | Assalamualaikum & salam sejahtera. Korang dah baca 10 Tips Temuduga yang Murni konsikan sebelum ni? Kalau belum,  korang boleh klik SINI. Entri kali ni Murni akan kongsikan mengenai jenis-jenis temuduga yang perlu korang ketahui.

Sebagai seorang pemburu kerjaya, mesti ada dalam kalangan korang yang mempunyai tawaran temuduga kerja yang lebih baik.  Untuk pengetahuan korang, tak semua temuduga berbentuk tradisional sahaja yang mana korang hanya perlu berhadapan dengan seorang penemuduga sahaja.

Berkemungkinan korang akan dipanggil ke sesi temuduga bersama 2 atau 3 orang panel, diberikan temuduga dalam bentuk tekanan,  temuduga yang perlukan korang untuk membuat pembentangan dan temuduga skrin.

Tak kisahlah bentuk temuduga yang bakal korang hadapi, yang penting  matlamat yang sentiasa perlu ada ialah korang kena menjadi calon yang terbaik. Memiliki pengetahuan lebih daripada orang lain akan membantu korang untuk membuat persediaan dengan lebih berkesan.

Jenis -jenis Temuduga

1. Temuduga skrin

Sebelum pergi ke temuduga, korang akan menerima panggilan telefon dari bakal majikan. Ia barangkali dilakukan oleh pegawai di bahagian Sumber Manusia untuk bertanyakan beberapa soalan yang akan membantu mereka membuat keputusan sama ada untuk memanggil korang atau tidak. Jadi korang kenalah  membuat persediaan yang terbaik untuk menjawab sebarang panggilan telefon.

2. Temuduga panel

Adalah menjadi satu perkara yang bakal memberi tekanan apabila korang bakal berhadapan dengan seorang atau mungkin dua orang, atau tiga orang penemuduga sekaligus. Itulah makna temuduga panel. Bakal majikan korang akan memberikan lebih banyak pendapat tentang korang.

Tugas korang ialah untuk sentiasa berhubung dengan panel-panel temuduga apabila menjawab soalan. Mulakan dengan “eye contact” dengan panel yang memberikan soalan. Kemudian perlahan-lahan arahkan pandangan korang kepada panel yang lain sambil menjawab soalan.

3. Temuduga tekanan

Korang diberikan senarai tugas untuk diselesaikan. Masa yang diberikan adalah singkat, contohnya 20 minit untuk menyelesaikan tugas tersebut mengikut keutamaan. Sepanjang sesi berjalan, panel akan melontarkan soalan beberapa kali sambil merenung tajam ke arah korang. Then, semasa korang cuba untuk menjawab, tiba-tiba panel bangun dan pergi tinggalkan korang. Tiada penjelasan diberikan.

Korang ditemuduga dalam keadaan yang tertekan. Bakal majikan meletakkan korang di bawah tekanan untuk melihat bagaimana korang memberikan maklum balas. Tunjukkan kepada mereka, apa yang dilakukan tidak akan membuatkan korang nampak kelam-kabut. Bertenang dan selesaikan tugasan korang. Lebih banyak tekanan yang diberi, lebih tenang korang akan hadapinya. 


4. Temuduga kes 

Bakal majikan korang akan memberikan topik atau permasalahan untuk dibentangkan sebelum korang hadir ke sesi temuduga atau secara terus di dalam sesi temuduga. Mereka akan menilai bagaimana korang berkomunikasi dalam sebuah kumpulan yang kecil.

Sebab itu anda perlu membuat persiapan di rumah dan siap sedia untuk dibentangkan kepada bakal majikan. Pastikan di dalam minda sudah ada persediaan untuk mengenalpasti siapakan penonton korang, apa yang mereka mahu dengar dan masa yang diberikan untuk membuat pembentangan.

5. Beauty Parade

Bakal majikan bercadang untuk mengambil korang sebagai pekerja, tapi beliau nak korangberjumpa dengan beberapa orang individu. Kini koranga berada dalam “beauty parade”, jadi korang harus lebih terampil. Penampilan pakaian korang harus kelihatan profesional dan berikan pada bakal majikan banyak sebab mengapa mereka perlu ambil korang bekerja. Sesi ini berlangsung tidak melebihi 30 minit setiap satu.

6. Persembahan konsisten

Bermula dari temuduga skrin hingga ke proses temuduga, korang perlu mengatasi calon-calon lain dengan yakin. Korang sudah pun faham kesemua format temuduga yang sedang dihadapi. Korang tahu apa yang perlu diperhatikan dan bagaimana cara yang terbaik untuk bersedia.

Menjadi diri sendiri semasa ditemuduga akan menghasilkan tanggapan positif yang konsisten. Bakal majikan akan mula mempercayai korang dan mula berasa selesa. Secara semulajadinya, korang akan menjadi diri yang terbaik tanpa mengira apa sahaja bentuk temuduga yang dilontarkan dalam perjalanan korang.


Nak Simkad ONEXOX PERCUMA

November 09, 2015
Nak Simkad ONEXOX PERCUMA | Assalamualaikum & salam sejahtera. Berita baik Murni nak kongsikan kepada rakan-rakan blogger yang membaca entri ini, Blog Coretan Anuar ada menganjurkan Contest SEO: Pengalaman Bersama ONEXOX yang mana setiap peserta boleh memperolehi Simkad ONEXOX secara percuma. Hadiah bagi para pemenang Contest SEO ni pun memang  agak lumayan iaitu wang tunai yang bernilai lebih 2K.

Nak Simkad ONEXOX PERCUMA
KLIK BANNER!

Nak Simkad ONEXOX PERCUMA

Tak rugi sebenarnya join contest ni, Simkad ONEXOX memang dah sah-sah akan jadi milik korang selepas buat pendaftaran. Selain tu, time ni jugaklah korang boleh uji sejauh mana tahap pengetahuan korang mengenai SEO ni. Kalau ada rezeki manalah tahu boleh jadi salah seorang pemenang. Apa yang menariknya melalui Simkad ONEXOX ni juga korang boleh menjana pendapatan pasif tanpa perlukan modal.

Syarat Utama Contest SEO
  • Syarat utama untuk menjadi peserta ialah blog perlu berumur sekurang-kurangnya setahun dan URL blog yang baru didaftarkan semalam atau bulan lepas tidak dibenarkan untuk menyertai contest ini.
  • Setiap peserta perlu manulis entri bertajuk "Nak Simkad ONEXOX PERCUMA".
  • Syarat selebihnya korang boleh baca di SINI

Tarikh Tamat Contest SEO

Blog akan dinilai berdasarkan kata kunci "Pengalaman Bersama ONEXOX"  yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my) pada tarikh 21 Januari 2016.

Hadiah Pemenang Contest SEO
  1.  Pemenang tempat Pertama : Wang Tunai RM1,000
  2.  Pemenang tempat Ke 2 : Wang Tunai RM500
  3.  Pemenang tempat Ke 3 : Wang Tunai RM300
  4.  Pemenang tempat Ke 4 : Wang Tunai RM200
  5.  Pemenang tempat Ke 5 : Wang Tunai RM100
  6.  Pemenang tempat Ke 6 : Wang Tunai RM50
  7.  Pemenang tempat Ke 7 : Wang Tunai RM50
  8.  Pemenang tempat Ke 8 : Wang Tunai RM50
  9.  Pemenang tempat Ke 9 : Wang Tunai RM50
  10.  Pemenang tempat Ke 10 : Wang Tunai RM50

Jemput rakan-rakan blogger untuk sertai contest ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Semoga berjaya!

10 Tips Temuduga

November 08, 2015
10 Tips Temuduga | Assalamualaikum & salam sejahtera. Anyone of you yang dah grad & now tengah cari kerja like me? Korang dah bersedia ke untuk dipanggil temuduga bagi jawatan yang korang pohon. Haaa kalau korang still tak buat preparation lagi, meh Murni nak kongsikan tips temuduga khas untuk korang & of course untuk rujukan Murni sendiri.

10 Tips Temuduga

tips temuduga, soalan temuduga. skema soalan temuduga, temuduga kerja, kerja kerajaan, temuduga kerja kerajaan, temuduga swasta
[credit image]

1. Buat kajian 


Kaji syarikat bakal majikan dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing untuk beri kefahaman kepada korang. Banyak yang korang tahu, peluang untuk korang "menjual diri" masa temuduga nanti.

2. Pemerhatian teliti

Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh dipakai dan pastikan tiada kesan koyak. Walaupun syarikat yang akan korang sertai tidak memberi syarat sebegitu, tapi korang kenalah tunjukkan yang korang ni serius nak berkhidmat dengan mereka. Pakaian tu akan menampakkan keyakinan yang ada pada diri korang.

3. Bersedia

Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Korang pun kena ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati masa

Elakkan diri daripada datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk memperuntukkan masa bagi merancang perjalanan, analah tahukan kut-kut korang tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

5. Tunjukan minat

Tampilkan minat korang untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan. Berucaplah dengan nada yang yakin walaupun sebenarnya korang ada sedikit rasa gementar.

6. Dengar

Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Korang tak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya

Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin korang faham apa yang ditanya, tapi korang still boleh mendapatkan penjelasan sekiranya tak pasti.

8. Beri contoh spesifik

Siapkan teks kisah korang sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya korang. Sikap korang yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan.

9. Tanya soalan

Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.  Soalan yang bakal korang tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat korang terhadap bakal majikan.

10. Tindakan susulan

Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga korang. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri korang untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri”

Kena yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan korang. Murni harap perkongsian 10 Tips temuduga ni dapat membantu korang untuk membuat persiapan awal sebelum menghadiri temuduga nanti.


Rahsia Bijak Temuduga


#preconvo Konvokesyen UUM ke-28

November 07, 2015
#preconvo Konvokesyen UUM ke-28 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alahai dah seminggu Murni tak update blog. Rindu dengan blog sendiri and kalau diikutkan dah lama sebenarnya tak kongsikan mengenai personal life kat blog. Haha tu pun kalau korang perasanlah. 

Semalam memang nak sangat update blog, tapi apakan daya boleh pulak tertidur. Lepas dah edit gambar preconvo, kengkonon nak berehat jap tup tup lena dibuai mimpi pulak. Murni penat sangat sebab tak cukup tidur nak siapkan job berbayar yang dah tertangguh seminggu lebih. Alhamdulillah job tu dah settle and masuk lagi 1 job baru. Sebelum nak buat tu, Murni nak juga update blog. R I N D U ok!!!

Nah! belanja sekeping gambar dulu, maaf tak pakai selempang sebab sayang nak bukak plastik dia. haha topi senget.

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Formal

Ok, dah! Cukup luahan apa yang terbuku di hati. Jom ikuti perkongsian Murni mengenai #preconvo Konvokesyen UUM ke-28. Actually Murni dah konvo 26 hb Oktober bulan lepas. Majlis Konvokesyen bertempat di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah syukur sangat penat lelah pahit manis selama 3 tahun plus internship 4 bulan, akhirnya terbalas dengan segulung ijazah.

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28


Flight Murni ke Penang from Kota Kinabalu kalau tak silap 21 hb and sudah semestinya bertemankan mak sekali. Kami tinggal kat rumah abang sulung Murni yang dah lama menetap kat Penang. 24 hb, Murni kena bertolak awal ke UUM sebab nak ambil Jubah. Time ni jugaklah banyak sangat benda pelik yang terjadi. Haha tak ada yang peliknya pun. 

Actually Murni rasa terkejut yakmat tau, mana taknya last Murni naik feri ke butterworth setahun lepas kut time pergi submit report praktikal. Bila dah sampai ke jeti jalan punya jalan, mak aiii jauh sungguh lencongan dia nak kena turun naik tangga bagai. Naik semput Murni dibuatnya. Bila Murni amati keadaan sekeliling, ok first time tengok ada laluan KTM & construction.  

Bila dah sampai ke terminal bas butterworth, rasa terkejut bertandang lagi, haha just bermonolog dalam hati je. Terminal bas pun dah bertukar wajah. Selesa jugaklah Murni tunggu sahabat Murni, Najwa. Kami dah janji sebelum ni nak pergi UUM sekali untuk ambil Jubah. Time dah nak bertolak ke UUM hurmm boleh pulak salah naik bas, bukan salah kami tapi ni semua salah tettttt... Penginapan kami kat UUM istimewa sangat tau, hihi kami stay kat surau je sebab nak save bajet hihi.

25 hb, maka menapaklah kaki kami ke Dewan Tan Sri Othman untuk mengambil Jubah. Usai ambil Jubah Murni & Najwa bersarapan kat Lego, Yipiii masih berpeluang rasa nasi lemak plus ayaq nescafe daripada owner yang sama time masih duk kat U dulu. Pukul 12 lebih macam tu kami dah start photo shoot untuk preconvo.

Nasib baik Yana pelawa kami untuk ambil gambar preconvo sesama, kalau tak Murni tak ada gambar nak dibuat kenang-kenangan nanti. Terima kasih sekali lagi, Yana. Actually Yana ni merupakan ex-roomate Najwa. Dalam kegembiraan nak photo shoot tu, timbul jugak rasa sedih dalam diri ni. Yelah mana taknya Murni tak sempat pun nak jumpa, nak salam, nak peluk sahabat Murni, Nisa & Wana. Murni minta maaf sangat sebab tak sempat nak jumpa korang walaupun sekejap time konvo hari tu. In Sha Allah kalau ada jodoh, rezeki & umur yang panjang, lain kali kita jumpa na.

Kesat ayaq mata sat...

Ok, dah! Layan gambar jap

Gambar #preconvo Konvokesyen UUM ke-28


#preconvo Konvokesyen UUM ke-28#preconvo Konvokesyen UUM ke-28

Maaf Wana Murni curi gambar dari wasap, mohon dihalalkan :D

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Kami pun nak baling topi 
#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Bawah pokok pun boleh




#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Hilang terus keayuan...haha

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28#preconvo Konvokesyen UUM ke-28

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Ayu tak?

Photo shoot kami berakhir sampai di sini sahaja sebabnya pukul 2 Murni dah kena bertolak dari UUM ke Penang semula. Keesokan harinya Murni sekali dengan family akan bertolak awal dari Penang ke UUM untuk hadiri Majlis Konvokesyen UUM ke-28. Turn Murni pada sebelah petang. Alhamdulillah, time konvo ni jugaklah family banyak support dari segi kewangan. Terharu sampai tak terkata apa-apa dah. Terima kasih mak, abang-abangku, kak, adik, kak ipar & abg ipar. 

Ok sampai sini sahaja perkongsian Murni.