Jenis -jenis Temuduga | Assalamualaikum & salam sejahtera. Korang dah baca 10 Tips Temuduga yang Murni konsikan sebelum ni? Kalau belum,  korang boleh klik SINI. Entri kali ni Murni akan kongsikan mengenai jenis-jenis temuduga yang perlu korang ketahui.

Sebagai seorang pemburu kerjaya, mesti ada dalam kalangan korang yang mempunyai tawaran temuduga kerja yang lebih baik.  Untuk pengetahuan korang, tak semua temuduga berbentuk tradisional sahaja yang mana korang hanya perlu berhadapan dengan seorang penemuduga sahaja.

Berkemungkinan korang akan dipanggil ke sesi temuduga bersama 2 atau 3 orang panel, diberikan temuduga dalam bentuk tekanan,  temuduga yang perlukan korang untuk membuat pembentangan dan temuduga skrin.

Tak kisahlah bentuk temuduga yang bakal korang hadapi, yang penting  matlamat yang sentiasa perlu ada ialah korang kena menjadi calon yang terbaik. Memiliki pengetahuan lebih daripada orang lain akan membantu korang untuk membuat persediaan dengan lebih berkesan.

Jenis -jenis Temuduga

temuduga, soalan temuduga, contoh soalan temuduga. skema soalan temuduga, temuduga kerja, kerja kerajaan, temuduga kerja kerajaan, temuduga swasta

1. Temuduga skrin

Sebelum pergi ke temuduga, korang akan menerima panggilan telefon dari bakal majikan. Ia barangkali dilakukan oleh pegawai di bahagian Sumber Manusia untuk bertanyakan beberapa soalan yang akan membantu mereka membuat keputusan sama ada untuk memanggil korang atau tidak. Jadi korang kenalah  membuat persediaan yang terbaik untuk menjawab sebarang panggilan telefon.

2. Temuduga panel

Adalah menjadi satu perkara yang bakal memberi tekanan apabila korang bakal berhadapan dengan seorang atau mungkin dua orang, atau tiga orang penemuduga sekaligus. Itulah makna temuduga panel. Bakal majikan korang akan memberikan lebih banyak pendapat tentang korang.

Tugas korang ialah untuk sentiasa berhubung dengan panel-panel temuduga apabila menjawab soalan. Mulakan dengan “eye contact” dengan panel yang memberikan soalan. Kemudian perlahan-lahan arahkan pandangan korang kepada panel yang lain sambil menjawab soalan.

3. Temuduga tekanan

Korang diberikan senarai tugas untuk diselesaikan. Masa yang diberikan adalah singkat, contohnya 20 minit untuk menyelesaikan tugas tersebut mengikut keutamaan. Sepanjang sesi berjalan, panel akan melontarkan soalan beberapa kali sambil merenung tajam ke arah korang. Then, semasa korang cuba untuk menjawab, tiba-tiba panel bangun dan pergi tinggalkan korang. Tiada penjelasan diberikan.

Korang ditemuduga dalam keadaan yang tertekan. Bakal majikan meletakkan korang di bawah tekanan untuk melihat bagaimana korang memberikan maklum balas. Tunjukkan kepada mereka, apa yang dilakukan tidak akan membuatkan korang nampak kelam-kabut. Bertenang dan selesaikan tugasan korang. Lebih banyak tekanan yang diberi, lebih tenang korang akan hadapinya. 

Klik gambar untuk maklumat lanjut


4. Temuduga kes 

Bakal majikan korang akan memberikan topik atau permasalahan untuk dibentangkan sebelum korang hadir ke sesi temuduga atau secara terus di dalam sesi temuduga. Mereka akan menilai bagaimana korang berkomunikasi dalam sebuah kumpulan yang kecil.

Sebab itu anda perlu membuat persiapan di rumah dan siap sedia untuk dibentangkan kepada bakal majikan. Pastikan di dalam minda sudah ada persediaan untuk mengenalpasti siapakan penonton korang, apa yang mereka mahu dengar dan masa yang diberikan untuk membuat pembentangan.

5. Beauty Parade

Bakal majikan bercadang untuk mengambil korang sebagai pekerja, tapi beliau nak korangberjumpa dengan beberapa orang individu. Kini koranga berada dalam “beauty parade”, jadi korang harus lebih terampil. Penampilan pakaian korang harus kelihatan profesional dan berikan pada bakal majikan banyak sebab mengapa mereka perlu ambil korang bekerja. Sesi ini berlangsung tidak melebihi 30 minit setiap satu.

6. Persembahan konsisten

Bermula dari temuduga skrin hingga ke proses temuduga, korang perlu mengatasi calon-calon lain dengan yakin. Korang sudah pun faham kesemua format temuduga yang sedang dihadapi. Korang tahu apa yang perlu diperhatikan dan bagaimana cara yang terbaik untuk bersedia.

Menjadi diri sendiri semasa ditemuduga akan menghasilkan tanggapan positif yang konsisten. Bakal majikan akan mula mempercayai korang dan mula berasa selesa. Secara semulajadinya, korang akan menjadi diri yang terbaik tanpa mengira apa sahaja bentuk temuduga yang dilontarkan dalam perjalanan korang.