10 Tips Temuduga | Assalamualaikum & salam sejahtera. Anyone of you yang dah grad & now tengah cari kerja like me? Korang dah bersedia ke untuk dipanggil temuduga bagi jawatan yang korang pohon. Haaa kalau korang still tak buat preparation lagi, meh Murni nak kongsikan tips temuduga khas untuk korang & of course untuk rujukan Murni sendiri.
10 Tips Temuduga
1. Buat kajian
2. Pemerhatian teliti
Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh dipakai dan pastikan tiada kesan koyak. Walaupun syarikat yang akan korang sertai tidak memberi syarat sebegitu, tapi korang kenalah tunjukkan yang korang ni serius nak berkhidmat dengan mereka. Pakaian tu akan menampakkan keyakinan yang ada pada diri korang.
3. Bersedia
Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Korang pun kena ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.
4. Tepati masa
Elakkan diri daripada datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk memperuntukkan masa bagi merancang perjalanan, analah tahukan kut-kut korang tersesat semasa mencari lokasi temuduga.
Klik Gambar untuk maklumat lanjut |
5. Tunjukan minat
Tampilkan minat korang untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan. Berucaplah dengan nada yang yakin walaupun sebenarnya korang ada sedikit rasa gementar.
6. Dengar
Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Korang tak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.
7. Jawab soalan yang ditanya
Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin korang faham apa yang ditanya, tapi korang still boleh mendapatkan penjelasan sekiranya tak pasti.
8. Beri contoh spesifik
Siapkan teks kisah korang sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya korang. Sikap korang yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan.
9. Tanya soalan
Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai. Soalan yang bakal korang tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat korang terhadap bakal majikan.
10. Tindakan susulan
Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga korang. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri korang untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri”
Kena yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan korang. Murni harap perkongsian 10 Tips temuduga ni dapat membantu korang untuk membuat persiapan awal sebelum menghadiri temuduga nanti.
Tiada ulasan
Catat Ulasan