Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2017 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri pada kali ni khas Murni tujukan kepada golongan ibu bapa di  luar sana. Mesti ada dalam kalangan puan yang sedang tercari-cari tudung sekolah yang mudah, lembut dan selesa untuk si comel anda, kan? 

Almaklumlah tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. Segala kelengkapan dan keperluan anak-anak perlu diutamakan sebelum sesi persekolahan bermula. Jangan bimbang, Murni akan mudahkan urusan pencarian puan dengan memperkenalkan tudung sekolah kanak-kanak yang bakal menjadi trend pada tahun 2017. 

Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2017 

Tudung sekolah kanak-kanak yang Murni maksudkan ialah Tudung Sekolah Awning Lembut yang dibawakan khas oleh TudungSiComel.com.

Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2017

KENAPA TUDUNG SEKOLAH BERBEZA HARGA WALAUPUN MATERIALNYA SAMA?

Ada yang bertanya, walaupun Tudung Sekolah materiel Lycra, namun kenapa harganya berbeza?Sebenarnya, Lycra terdiri dari pelbagai jenis dan kualiti. Ada yang berat 280g, 320g, ada yang 420g. Ada jenis kain yang lembut dan ada jenis kain yang NAMPAK LEMBUT akan tetapi apabila dipakai ianya terasa PANAS dan tidak menyerap peluh. 

Kita telah mencuba beberapa jenis Lycra selama ini dan kita telah dan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan komen dan maklumbalas rakan-rakan. Akhirnya kita mengambil keputusan untuk HANYA menghasilkan tudung dari Lycra yang lembut dan sejuk dipakai sahaja dan kita terpaksa korbankan sedikit dari segi harga. 

Dari maklumbalas yang diterima, majoriti ibu-ibu lebih mementingkan tudung yang selesa dipakai oleh Si Comel kesayangan mereka berbanding TUDUNG MURAH yang panas apabila dipakai lama. 

Dengan perbezaan hanya RM3-4 sahaja untuk tudung lycra lembut, ibu-ibu yang sayangkan anak mereka sanggup korbankan sedikit untuk mendapatkan tudung yang lebih selesa dipakai. Pada mereka, apalah sangat perbezaan RM3-4 berbanding Si Comel yang mereka sangat sayangi.

Kami di TudungSiComel juga sangat ingin melihat lebih ramai Si Comel bertudung seawal usia dan dengan itu kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan lebih banyak Tudung kanak-kanak yang lembut dan SELESA dipakai. 

Keistimewaan Tudung Sekolah Awning Lembut 

  1. Awning lembut yang MUDAH untuk dibasuh dengan menggunakan mesin dan tidak akan rosak.
  2. Menggunakan Lycra Korea LEMBUT dan selesa untuk dipakai.
  3. Potongan khas yang telah diuji lebih dari 2 tahun khas untuk membuatkan Si Comel anda berasa selesa untuk memakainya.
  4. Putih Nila yang sentiasa nampak bersih amat sesuai untuk Si Comel yang lasak.
  5. Mempunyai hampir 2k Testimoni Positif.
  6. Mudah dipakai dan In Shaa Allah Si Comel anda tidak akan berasa rimas apabila memakainya.

Testimoni Positif

Antara testimoni daripada ibu-ibu yang membelikan tudung untuk Si Comel mereka. Jom lihat apa kata mereka.

Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2016Tudung Sekolah Kanak-Kanak 2016


Jaminan Wang Dikembalikan

Setiap produk asli yang diperolehi daru TudungSiComel.com adalah di bawah Jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

Katakanlah ada di antara anda yang tidak berpuas hati setelah mendapat tudung yang telah ditempah dari TudungSiComel.com, anda boleh pulangkan atau menukar tudung tersebut dengan serta merta dan wang anda akan dikembalikan.

Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan di TudungSiComel.com

Untuk maklumat lanjut berkaitan Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa ni, jemput puan KLIK pada LINK mesra smartphone (Loading sangat Laju) di bawah ni: