Panduan Solat Untuk Pesakit | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri kali ini khas bagi pesakit yang beragama Islam untuk menunaikan solat. Panduan solat ini terbahagi kepada tiga iaitu solat duduk, mengiring dan terlentang.

Panduan Solat Untuk Pesakit

Pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan mampu solat duduk (di birai katil)

  1. Niat & Takbiratul Ihram, membaca al-Fatihah
  2. Ruku' ikut kemampuan
  3. Iktidal
  4. Sujud di atas lantai tempat solat jika mampu, jika tidak sujud semampunya
  5. Duduk di antara dua sujud/ duduk tasyahhud
  6. Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.

Pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan mampu solat duduk (di atas katil)

  1. Niat & takbiratul ihram, membaca al-Fatihah
  2. Rukuk ikut kemampuan
  3. Iktidal
  4. Sujud ikut kemampuan
  5. Duduk di antara dua sujud/duduk tasyahhud
  6. Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.

Pesakit yang mampu mengiring

  1. Niat & takbiratul ihram, membaca al-Fatihah
  2. Rukuk ikut kemampuan
  3. Iktidal
  4. Sujud ikut kemampuan
  5. Duduk di antara dua sujud/duduk tasyahhud
  6. Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam.

Pesakit yang mampu solat terlentang

  1. Niat & takbiratul ihram, membaca al-Fatihah
  2. Rukuk ikut kemampuan
  3. Iktidal
  4. Sujud ikut kemampuan
  5. Duduk di antara dua sujud/duduk tasyahhud
  6. Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, maka boleh menggnakan isyarat kepala. Jika tidak mampu, gunakan isyarat mata dan jika tidak mampu juga, lakukan solat dengan hati.
Untuk gambaran yang lebih mudah boleh rujuk gambar di bawah ini.

Panduan Solat Untuk Pesakit
Panduan Solat Untuk Pesakit


Semoga bermanfaat, kongsikan panduan ini kepada keluarga dan sahabat korang.

Sumber: Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia