Pre Konvokesyen UUM ke 28

Pre Konvokesyen UUM ke-28 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alahai dah seminggu Murni tak update blog. Rindu dengan blog sendiri and kalau diikutkan dah lama sebenarnya tak kongsikan mengenai personal life kat blog. Haha tu pun kalau korang perasanlah. 

Pre Konvokesyen UUM ke-28

Semalam memang nak sangat update blog, tapi apakan daya boleh pulak tertidur. Lepas dah edit gambar preconvo, kengkonon nak berehat jap tup tup lena dibuai mimpi pulak. Murni penat sangat sebab tak cukup tidur nak siapkan job berbayar yang dah tertangguh seminggu lebih. Alhamdulillah job tu dah settle and masuk lagi 1 job baru. Sebelum nak buat tu, Murni nak juga update blog. R I N D U ok!!!

Nah! belanja sekeping gambar dulu, maaf tak pakai selempang sebab sayang nak bukak plastik dia. haha topi senget.

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Formal

Ok, dah! Cukup luahan apa yang terbuku di hati. Jom ikuti perkongsian Murni mengenai #preconvo Konvokesyen UUM ke-28. Actually Murni dah konvo 26 hb Oktober bulan lepas. Majlis Konvokesyen bertempat di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah syukur sangat penat lelah pahit manis selama 3 tahun plus internship 4 bulan, akhirnya terbalas dengan segulung ijazah.

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28


Flight Murni ke Penang from Kota Kinabalu kalau tak silap 21 hb and sudah semestinya bertemankan mak sekali. Kami tinggal kat rumah abang sulung Murni yang dah lama menetap kat Penang. 24 hb, Murni kena bertolak awal ke UUM sebab nak ambil Jubah. Time ni jugaklah banyak sangat benda pelik yang terjadi. Haha tak ada yang peliknya pun. 

Actually Murni rasa terkejut yakmat tau, mana taknya last Murni naik feri ke butterworth setahun lepas kut time pergi submit report praktikal. Bila dah sampai ke jeti jalan punya jalan, mak aiii jauh sungguh lencongan dia nak kena turun naik tangga bagai. Naik semput Murni dibuatnya. Bila Murni amati keadaan sekeliling, ok first time tengok ada laluan KTM & construction.  

Bila dah sampai ke terminal bas butterworth, rasa terkejut bertandang lagi, haha just bermonolog dalam hati je. Terminal bas pun dah bertukar wajah. Selesa jugaklah Murni tunggu sahabat Murni, Najwa. Kami dah janji sebelum ni nak pergi UUM sekali untuk ambil Jubah. Time dah nak bertolak ke UUM hurmm boleh pulak salah naik bas, bukan salah kami tapi ni semua salah tettttt... Penginapan kami kat UUM istimewa sangat tau, hihi kami stay kat surau je sebab nak save bajet hihi.

25 hb, maka menapaklah kaki kami ke Dewan Tan Sri Othman untuk mengambil Jubah. Usai ambil Jubah Murni & Najwa bersarapan kat Lego, Yipiii masih berpeluang rasa nasi lemak plus ayaq nescafe daripada owner yang sama time masih duk kat U dulu. Pukul 12 lebih macam tu kami dah start photo shoot untuk preconvo.

Nasib baik Yana pelawa kami untuk ambil gambar preconvo sesama, kalau tak Murni tak ada gambar nak dibuat kenang-kenangan nanti. Terima kasih sekali lagi, Yana. Actually Yana ni merupakan ex-roomate Najwa. Dalam kegembiraan nak photo shoot tu, timbul jugak rasa sedih dalam diri ni. Yelah mana taknya Murni tak sempat pun nak jumpa, nak salam, nak peluk sahabat Murni, Nisa & Wana. Murni minta maaf sangat sebab tak sempat nak jumpa korang walaupun sekejap time konvo hari tu. In Sha Allah kalau ada jodoh, rezeki & umur yang panjang, lain kali kita jumpa na.

Kesat ayaq mata sat...

Ok, dah! Layan gambar jap

Gambar #preconvo Konvokesyen UUM ke-28


#preconvo Konvokesyen UUM ke-28#preconvo Konvokesyen UUM ke-28

Maaf Wana Murni curi gambar dari wasap, mohon dihalalkan :D

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Kami pun nak baling topi 
#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Bawah pokok pun boleh




#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Hilang terus keayuan...haha

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28#preconvo Konvokesyen UUM ke-28

#preconvo Konvokesyen UUM ke-28
Ayu tak?

Photo shoot kami berakhir sampai di sini sahaja sebabnya pukul 2 Murni dah kena bertolak dari UUM ke Penang semula. Keesokan harinya Murni sekali dengan family akan bertolak awal dari Penang ke UUM untuk hadiri Majlis Konvokesyen UUM ke-28. Turn Murni pada sebelah petang. Alhamdulillah, time konvo ni jugaklah family banyak support dari segi kewangan. Terharu sampai tak terkata apa-apa dah. Terima kasih mak, abang-abangku, kak, adik, kak ipar & abg ipar. 

Ok sampai sini sahaja perkongsian Murni.