Cek Pertama Daripada Nuffnang Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Bukan main teruja lagi Murni hari ni mana taknya kakak balik dari kerja bawakan sepucuk surat daripada HSBC Bank Malaysia Berhad. Ehem ehem sah cek pertama daripada Nuffnang Malaysia dah sampai. Lama jugaklah Murni tunggu, cashout 28 September. Ingatkan cek tu dah hilang haha.

Cek Pertama Daripada Nuffnang Malaysia

Nah rupa cek yang Murni dapat, nilai dia tak seberapa tapi lepaslah jugak nak beli kudap-kudap haha *gurau

Cek Pertama Daripada Nuffnang Malaysia
Cek Pertama Daripada Nuffnang Malaysia


Yang paling utama dan penting kena bersyukur sebab masih ada rezeki untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog. Kan? Alhamdulillah dapat jugak merasa pegang cek sendiri even sebelum ni time intern asyik duk tuliskan nama & amaun cek untuk orang lain. 

Jujur eh Murni nak bagitau, Murni start pasang iklan Nuffnang dekat blog pertengahan tahun 2013 sehinggalah sekarang. Lama tau Murni nak kumpul sen-sen sehinggalah dah berjaya cashout buat pertama kalinya.  Itu jelah yang Murni mampu dapat. sesuailah dengan penyakit M nak update blog plus kekangan masa. In Sha Allah akan buat yang terbaik dari semasa ke semasa.

Memandangkan cawanga HSBC Bank tak ada di Lahad Datu, In Sha Allah hari Rabu baru nak tunaikan cek dengan menggunakan mesin deposit cek. Ok itu jelah yang Murni nak kongsikan.

.