5 Perkara Yang Tidak Perlu Ada Dalam Resume | Assalamualaikum & salam sejahtera. Anda dah lama bekerja, mungkin dah lama tak mengemas kini resume. Mungkin resume anda tu mengandungi maklumat yang dah tak relevan untuk digunakan, ataupun sudah lapuk untuk dikongsikan.
Akibatnya, resume anda tu nampak tak profesional dan tiada sentuhan. Murni kongsikan kepada anda berkaitan dengan 5 perkara yang tak perlu diletakkan di dalam resume.
Credit: |
5 Perkara Yang Tidak Perlu Ada Dalam Resume
1. Bertanggung jawab kepada…
Katalah anda lakukan sesuatu perkara, sudah semestinya anda akan bertanggung jawab terhadap sesuatu perkara. Menggunakan perkataan “bertanggung jawab kepada…” ini kelihatan tak menarik sebab ianya kurang efektif dan anda tak serius dengannya.
Sebagai contoh, “bertanggung jawab kepada rekaan senibina menara Kuala Lumpur” tidak memberikan impak berbanding “mereka senibina menara Kuala Lumpur”. Perkataan ini tidak akan menambah nilai kepada pencapaian anda.
2. Format yang pelik.
Menggunakan tulisan yang bersimpul seperti rekaan kad kahwin memang tak sesuai. Atau paling kurang anda meletakkan font dengan gaya tulisan komik. Pilih font yang biasa digunakan dalam dokumentasi sudah cukup.
Elakkan juga dari mewarnakan resume kerana biasanya pengurus jawatan kosong berkenaan akan mencetak resume anda dengan hitam putih sahaja. Kesannya resume anda tu tidak kelihatan seperti yang anda mahukan.
3. Pengalaman kerja yang lama
Kerjaya anda mungkin dah lebih 10 tahun, tak perlu tuliskan secara panjang lebar. Pilih pengalaman yang berkaitan dengan skop kerja yang bakal anda pohon. Boleh je letakkan senarai syarikat yang pernah anda sertai dalam surat iringan resume.
4. Emel yang meloyakan.
Perkara ini nampak enteng sahaja, namun ia perlu diambil kira. Gunakan emel yang kelihatan profesional dan serius. Ia bakal digunakan untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak di kemudian hari.
Tak perlu letakkan budaknakal@yahoo.com sebagai emel anda, hal ni secara tak langsung mencerminkan siapa diri anda. Ambil inisiatif untuk menghasilkan satu emel khas untuk kerjaya anda.
5. Senarai sekolah dan institusi yang meleret.
Kecuali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerja yang pertama, informasi ini tidak perlukan senarai yang panjang. Anda nak mohon pekerjaan yang baru, jadi keluarkanlah senarai sekolah rendah dan sekolah menengah. Masukkan pendidikan yang tertinggi dan senarai pengalaman anda.
Begitulah 5 perkara yang perlu korang titik beratkan di dalam penulisan resume. Sesuaikan ia dengan keperluan syarikat atau bakal majikan yang anda mohon. Resume mencerminkan bagaimana anda bekerja. Biar resume anda kelihatan skema asalkan ia berpotensi untuk menjadi tiket kejayaan anda untuk dapatkan kerja yang diidamkan.
Kalau anda nak mantapkan lagi resume, bolehlah klik [SINI] untuk dapatkan pakej rahsia resume lengkap.
Fuhh.. dah lama tak buat resume. Banyak yang dah karat. Bagus tips ni
BalasPadam