15 Sebab Gagal Temuduga | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada tak di antara korang yang bakal menghadiri temuduga?. Bagi korang yang bakal menghadiri sesi temuduga, Murni nak kongsikan kepada korang berkaitan dengan 15 sebab gagal temuduga yang mana korang boleh jadikan ianya sebagai panduan untuk mengatasi setiap kelemahan tersebut semasa proses temuduga.

15 Sebab Gagal Temuduga, Rujukan, temuduga kerja kerajaan, kerja kerajaan, soalan temuduga kerja kerajaan, soalan temuduga, kerja kosong kerajaan

15 Sebab Gagal Temuduga

1. Imej kurang professional

Perkara ini sangat penting. Tanpa mengenal siap diri korang yang sebenarnya, latar belakang, atau taraf ekonomi yang dimiliki, korang kenalah menunjukkan imej diri yang professional semasa menghadiri sesi temuduga.

Imej professional bukanlah bermakna korang ni kena pakai baju yang mahal-mahal dan berjenama semata-mata, cukup sekadar sejuk mata memandang bagi panel temuduga dan tidak terlalu menonjol seolah-olah korang ni nak buat pertunjukkan model.

Perlu diingat terutamanya calon perempuan, ini adalah temuduga kerja bukan pertunjukkan fesyen. Kelihatan cantik amat perlu, korang cuma perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

Korang mungkin berhadapan dengan pelbagai kerenah panel temuduga. Untuk titik selamat, cukup sekadar bersederhana dan kelihatan professional.

2. Terlebih ramah dan santai

Katalah korang berhadapan dengan saat gentar sebelum hadir ke temuduga dan sewaktu di tempat temuduga. Apa yang korang kena buat ialah bertenang…itu sifat normal bagi seorang manusia yang normal. Korang perlu fokus kepada perkara yang boleh menghilangkan perasaan gentar yang dihadapi.

Terdapat calon yang cuba untuk menghilangkan gentar mereka dengan menjadi terlalu peramah sehingga ia menimbulkan kurang selesa kepada pihak lain. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Korang boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.Jika tidak, kekalkan tahap normal.

Korang perlu elakkan terlebih ramah bertanya semasa sesi temuduga kerana ianya boleh menimbulkan perspektif yang kurang baik kepada tahap komunikasi korang. Bercakap apabila disoal dan bertanya soalan. Ikut rentak mereka. Hilangkan rasa gentar sebelum temuduga dengan membaca, mendengar muzik, berdoa, berzikir dan lakukan senaman ringkas.


Bertenang...korang bukan dihukum. korang hanya disoal.

3. Lagak gaya berlebihan

Walau apapun pencapaian korang dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, nak meninggikan diri dalam percakapan. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda.

Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.

Mereka mempunyai pelbagai teknik mengeluarkan maklumat diri anda melalui soalan yang mereka ajukan. Mereka professional, korang juga harus besikap profesional. Berlebih- lebihan tidak akan membantu korang.

4. Lambat dan tiada persediaan

Oh tidak…jangan sesekali lambat di hari yang bermakna untuk kerjaya korang. Ini mencerminkan sikap dan pengurusan masa korang yang lemah.

Buat persediaan seawal yang mungkin bagi mencari lokasi temuduga dan kawasan tempat letak kenderaan kalau korang datang menggunakan kenderaan sendiri.

Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga. Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Jangan mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan korang.

Penyelesaian yang terbaik adalah bersedia lebih awal. Hadir ke kawasan temuduga lebih awal. Memberi alasan tidak akan membantu korang berjaya dalam temuduga.

5. Maklumat palsu dalam resume

Resume adalah tanggungjawab korang sendiri. Pastikan maklumat dalam resume adalah tepat dan benar tentang diri korang. Jika tidak, ia seolah-olah meletakkan label palsu pada sesuatu produk.

Terdapat kemungkinan tinggi panel temuduga menyemak resume korang pada waktu temuduga berlangsung dan mereka dapat bertanya terus kepada korang tentang maklumat yang ditulis dalam resume korang tu.

Penulisan resume yang palsu dan hebat dengan niat memancing ke temuduga satu persepsi yang kurang tepat kerana korang mungkin berjaya semasa pemilihan resume tetapi tidak pada temuduga sebenar. Jadi… AWAS!

6. Lupa sediakan maklumat penting

Pastikan korang tahu maklumat penting yang harus dibawa ke sesi temuduga nanti. Lupa adalah satu alasan. Dapatkan maklumat apa yang harus dibawa sebelum hadir ke temuduga dan bawa pada hari temuduga dalam keadaan kemas dan tersusun.

7. Terlalu pemalu dan kurang berinteraksi

Kalau korang ni jenis yang pemalu ianya tidak dianggap sebgai satu masalah yang besar, tetapi elakkan daripada terlalu pemalu sehinggakan korang ni menjadi terlalu kekok semasa sesi temuduga. Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Rasa malu harus bertempat.

Malu yang terlampau malu akan mengurangkan sesi berinteraksi bersama panel temuduga. Walhal mereka memanggil korang ke temuduga untuk berkomunikasi dan melihat bagaimana korang berkomunikasi untuk tujuan pekerjaan pada masa hadapan.

Pastikan korang berbual dengan panel temuduga dan selesakan diri. Mereka berniat membantu korang dalam pekerjaan. Korang kenalah bersikap terbuka.

8. Tidak menjaga bahasa badan

Bahasa badan adalah satu lagi bentuk komunikasi. Jaga postur semasa korang duduk di atas kerusi. Jangan terlalu menyandar hinggakan korang nampak seperti mahu menonton televisyen.

Tunjukkan minat korang dengan maklumat yang disampaikan oleh panel temuduga. Ia adalah maklumat penting untuk korang. Kalau korang bosan, cuba elakkan daripada menampakkan diri korang yang tengah bosan sebabnya itu mencerminkan sikap korang yang sebenar.

Mereka tidak memberitahu korang jika maklumat itu tidak penting. Jadi, fokus dan jaga gaya bahasa badan korang.

9.  Bertanya “gaji saya berapa?”

Bertanya tidak salah. Namun bertanya soal gaji sebelum panel temuduga menyentuh soal gaji merupakan satu kesilapan besar. Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor.

Bagi sektor kerajaan, ada tangga gaji yang perlu diikuti. Bagi sektor swasta, gaji adalah pelbagai dan mengikut aktiviti bisnes yang mereka jalankan. Jika ini adalah panggilan pertama korang untuk temuduga selepas tamat belajar, soal gaji menjadi isu sensitif kepada pihak anda dan pihak syarikat.

Satu, korang tiada pengalaman bekerja sebelum ini. Kedua, pihak syarikat tidak tahu sejauh mana potensi korang dalam menjalankan tugas dengan baik.

Oleh itu, bertanya kepada mereka apabila mereka menyentuh soal gaji sahaja. Kalau korang ni dah berpengalaman, bertanya soal gaji adalah satu kebiasaan kerana korang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang telah dibina sewaktu pekerjaan sebelum ini.

10. Merayu dan berlakon drama sedih

Tak perlulah nak merayu bagai dalam sesi temuduga. Merayu dengan niat supaya korang diterima bekerja dan menimbulkan perasaan kasihan, ia kurang berhasil. Ia menandakan korang amat terdesak dengan pekerjaan.

Yakin dengan rezeki korang. Jika disitu bukan tempat korang, itu bermakna tempat korang adalah terbaik di syarikat lain. Berlakon drama sedih dalam sesi temuduga juga membuatkan panel temuduga menjadi rimas. Dan mungkin sesi temuduga korang bakal berakhir dengan lebih awal.

11. Tidak mampu membuat keputusan sendiri

Soalan yang ditanya mungkin pelbagai. Soalan panel temuduga juga meminta korang membuat keputusan dalam masa yang singkat. Korang kena yakin dengan jawapan yang korang berikan.

Menangguh jawapan supaya korang boleh bertanya kepada pihak lain menandakan korang masih belum mampu membuat keputusan sendiri.

Ada masanya korang perlu merujuk kepada seseorang yang lebih tinggi pengetahuannya. Dalam situasi temuduga, jika ia memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi sesuai untuk menangguhkan jawapan. Di sini ia menandakan korang bijak mengurus sumber maklumat. Berlaku bijak dalam mebuat keputusan yang korang buat.

12. Tiada lesen kenderaan

Tiada lesen kenderaan juga boleh buatkan calon gagal dalam sesi temuduga. Terdapat kerja yang memerlukan calon bekerja di luar pejabat untuk bertemu pelanggan. Tidak mengapa jika tiada kenderaan. Bagi sesetengah syarikat akan disediakan kenderaan untuk urusan rasmi.

Namun ia bergantung kepada jenis jawatan yang korang mohon. Tetapi untuk lebih selamat usahakan dapat lesen kenderaan atau pilih jawatan lain yang tidak memerlukan lesen kenderaan sebagai syarat penting.

13. Diam berbahasa Inggeris

Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi korang. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.

Dalam sesi temuduga, temuduga boleh berlangsung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ia terpulang kepada panel temuduga menyoal korang mengikut kehendak yang syarikat mahukan. Jika ia berlangsung dalam bahasa Melayu, ia adalah bonus bagi korang.

Jika ia dalam bahasa Inggeris, usah diamkan diri. Terus atur ayat sebagaimana yang korang boleh jawab. Mendiamkan diri menandakan korang tidak berminat dan tidak menampakkan usaha korang.

14. Banyak ‘kemungkinan’

Menjadi kebiasaan panel temuduga untuk menyoal korang tentang soalan penyelesaian masalah yang melibatkan jawatan yang korang mohon. Apabila menjawab, elakkan daripada bercakap “Mungkin saya akan buat begini dan begini….”


Ayat kemungkinan adalah ayat menandakan tahap keyakinan diri korang. Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan memungkinkan juga korang diterima untuk menjawat jawatan tersebut.


Jawab dengan yakin dan matang. Korang ingin bekerja, bukan menjawab soalan di kertas peperiksaan. Tiada jawapan betul atau salah, mereka cuma ingin melihat kreativiti korang dalam menguruskan situasi yang berlaku.

15. Tidak mengkaji syarikat / jawatan

Korang ingin bekerja di syarikat yang dimohon, korang wajib peka kepada bisnes syarikat berkenaan. Calon yang tidak membuat persediaan menyemak maklumat syarikat di halaman web bakal menemui jalan buntu apabila panel temuduga bertanya tentang “Apa pandangan anda tentang syarikat kami…”

Bagi jawatan kerajaan, korang berkhidmat dengan kerajaan. Apa yang harus korang peka adalah berkenaan jawatan. Calon yang tidak mengetahui maklumat tentang jawatan yang mereka mohon menunjukkan mereka tidak berusaha dengan cukup.

Ambil masa mengkaji syarikat dan jawatan terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga. Jika tidak, temuduga korang menjadi satu temuduga yang sia-sia sahaja.

Tambahan Sebab Anda Gagal Temudaga;

16. Menggunakan bahasa pasar

Bahasa pasar adalah bahasa yang tidak formal. Ia digunakan dalam perbualan harian bersama rakan baik dan kenalan yang lain. Sesi temuduga meminta korang menggunakan bahasa yang formal dan teratur.

Mengambil mudah dalam soal bahasa ini memungkinkan korang diterima bekerja kerana ia memberi persepsi yang kurang baik kepada panel temuduga. Ingat, mereka yang menemuduga korang adalah orang yang berpengalaman dan lebih tinggi pengetahuan mereka daripada korang.

Oleh itu, gunakan bahasa yang lebih formal untuk menghormati mereka dan menghargai mereka sebagai orang yang berpengalaman.

Bonus : hargai panel temuduga
Manusia suka dihargai. Korang pun begitu. Oleh itu, selepas tamat temuduga berikan penghargaan kepada mereka dalam bentuk pujian atau mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa menemuduga. Bukannya terus beralih dan terus beredar.

Dapatkan nama dan emel panel temuduga untuk korang menulis emel ringkas untuk ucapan terima kasih anda sekali lagi selepas pulang ke rumah. Ia nampak biasa, tetapi kesannya diluar jangkaan korang.

Jika dalam perniagaan ia dinamakan ‘After Sale Service’.

17. Terlalu ‘demand’

Terlalu ‘demand’ semasa temuduga juga boleh membuatkan korang gagal lebih awal. ‘Demand’ bermaksud anda meminta pihak syarikat sediakan rumah, kenderaan dan pelbagai kelengkapan lain untuk korang.

Tidak salah untuk ‘demand’ jika korang sememangnya seorang yang menjadi rebutan dipasaran. Tetapi jika ia adalah temuduga korang untuk melompat kerja ke tempat kerja baru, elakkan dari terlalu meminta-minta.

‘Demand’ bagi pihak syarikat adalah satu bentuk pelaburan mereka kepada korang. Bagaimana mereka boleh laburkan banyak kemudahan untuk korang sedangkan korang belum menunjukkan prestasi yang baik lagi kepada mereka?

18. Terlalu berpolitik

Adakalanya panel temuduga menguji korang dengan fahaman politik. Mereka ingin melihat pendapat korang tentang hal-hal dunia luar. Namun, korang harus berhati-hati dalam memberikan pendapat supaya tidak menampakkan korang menyebelahi sesiapa. Atau dalam erti kata lain korang terlalu fanatik kepada sesuatu parti.

Jawab secara ‘general’. Berpolitik bukan tempatnya di dalam bilik temuduga. Panel temuduga menyoal korang dengan niat untuk melihat sejauh mana kefahaman dan keseriusan korang dalam politik negara.
Bersederhanalah. Usah kerana politik korang tidak diterima kerja.

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan, Klik [SINI] untuk mendapatkannya. Murni doakan semoga korang berjaya dalam temuduga yang korang hadiri.