Selasa, Mei 23, 2017

Resepi Brownies Kukus

Mei 23, 2017 7 Comments
resepi brownies kukus

Resepi Brownies Kukus | Assalamualaikum & hi readers 😁 Akhirnya blog Murni berupdate juga, tipulah kalau cakap tak rindu nak menulis. Disebabkan ada request dari sahabat Murni & rakan facebook yang nak resepi Brownies Kukus yang Murni buat semalam, Murni sharelah resipi brownies kukus ni di blog. Senang nak faham proses nak buatnya 😁

Actually ni cubaan pertama Murni buat Brownies Kukus, akak Murni yang ajar sebenarnya. Sabtu lepas, tengok akak buat macam senang. Semalam Murni cubalah buat, time tu fikir jadi ka tak jadi belakang kira yang penting kena cuba dulu. Suprisingly dia punya hasil sangatlah memuaskan hati Murni, sedap weyhhh 😂 walaupun bahan dia tak cukup.

Resepi Brownies Kukus

  1. Tepung 2 cawan
  2. Gula 2 cawan
  3. Minyak masak 1 cawan
  4. Serbuk koko 1 cawan
  5. Susu segar 1 cawan
  6. Baking powder 1 sudu kecil
  7. Soda bikarbonat 1 sudu kecil
  8. Esen Vanilla 1 sudu
  9. Telur 3@4 biji
  10. Air suam 1 cawan

Cara Membuat Brownies Kukus

Memandangkan Murni just nak cuba buat, sukatan bahan dia pun Murni tak ikut sangat. First step sudah semestinya kena sediakan semua bahan-bahan yang tersenarai di atas. 

Resepi Brownies Kukus

Sukatan bahan yang Murni guna: 1 cawan tepung gandum, gula 1 cawan, minyak masak 1 cawan, serbuk koko 1 cawan, susu segar tak dak Murni just guna susu F&N tak sampai pun setengah cawan, serbuk koko 1 cawan, baking powder setengah susu kecil, soda bikarbonat setengah sudu kecil, telur 2 biji, air suam 1 cawan, esen vanilla Murni tak letak pun 😁 . 

Resepi Brownies Kukus

Senang ja nak buat brownies kukus ni, korang campakja semua bahan tadi last nanti masukkan air suam. Murni tak guna mixer pun just guna benda alah tu ja (tak tau nama dia apa 😂😂😂😂)

Resepi Brownies Kukus

Gambaq atas ni dah siap masukkan air suam, kalau dah sebati semua bahan bolehlah masukkan dalam loyang then kukus dengan api yang sederhana ataupun perlahan.

Resepi Brownies Kukus

Tadaaaa siap untuk di makan 😁

Resepi Brownies Kukus

Rasa dia cenggini ha 👍👍👍 terus teringat rasa brownies masa Murni form 6 dulu. Mak Murni pun siap puji lagi sedap terus rasa macam nak terbang haha. Lagi satu,brownies kukus ni pun sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa. 

Ok itu saja yang Murni nak kongsikan. Korang tryla buat Brownies Kukus ni, kalau menjadi boleh share resipi ni di media sosial korang 😉 Semoga bermanfaat.

Rabu, Mei 10, 2017

[Video] Makeup Tutorial Volume 1

Mei 10, 2017 3 Comments
[Video] Makeup Tutorial Volume 1

[Video] Makeup Tutorial Volume 1 | Assalamualaikum & hi readers 😁 Kalau diikutkan hati Murni nak update blog hari Isnin lepas lagi, apakan daya disebabkan terlalu penat balik dari Tawau dengan tak cukup tidurnya lagi terpaksalah Murni lupakan niat tu. So hari ni Murni gigihkan diri untuk update blog. Tak banyak pun nak taip, Murni just nak share video macam mana Murni mekap. Sebelum ni Murni banyak share gambar hasil [+] makeupbymurnimy

Seriously Murni tak tahu nak namakan makeup look kali ni, almaklumlah masih newbie lagi dan tak pernah join mana-mana kelas mekap pun 😂 Solusinya Murni just letakkan tajuk Makeup Tutorial Volume 1 . Next video makeup tutorial Murni just continue the number, kan senang tak payah susah² fikir nak namakan makeup look apa. Link video Murni just embed from instagram Murni @murnimohdyusof_mmy

Makeup Tutorial Volume 1

Murni rakam video ni hari ahad lepas, ada scene tertentu dalam video ni Murni akan pandang ke kanan. Actually, sesambil mekap Murni tengah layan cerita tamil di TV2 😂😂😂 Murni inform awal² supaya korang tak rasa pelik nanti. List barangan mekap yang Murni gunakan, korang boleh cek post Murni sebelum ni di bawah label makeupbymurnimy.

1. Bahagian Kening

Murni kalau mekap, mesti dahulukan kening dahulu, dah biasa sebab Murni selalu tengok video tutorial dari MUA Bella. 




2. Bahagian Mata (Pembayang Mata/ Eyeshadow)



3. Bahagian Muka (Apply Foundation)


Foundation kegemaran Murni sudah semestinya dari Rosetyara kod Rose. If korang guna foundation RT ni, better guna berus mekap jenis flat lagi senang nak blend dan ratakan foundation berbanding beauty blender. Dulu Murni suka blend foundation guna beauty blender, sekarang tak lagi sebabnya hasilnya nyata berbeza.

Dalam video ni nampak sangat foundation Murni tinggai setengah botol, Nampak sangat selalu praktis mekap nak improve skill mekap 😁 Tak pa nanti boleh beli kod baru Snowdrop pula, ke ada yang nak belanja Murni seketui foundation RT kod Snowdrop? 😘 

Foundation RT ni serius best sangat pakai dahlah full coverage, rasa ringan bila pakai, tahan lama pulak tu, sapalah tak jatuh sayang dengan dia. As you can see in the video, boleh nampak segala jerawat, parut jerawat, flek hitam dan alergi (bahagian dahi). I love RT so much 😘


4. Nose Contouring / Shading

Sapa nak mancungkan hidung dan kuruskan pipi pau, boleh cuba teknik yang Murni tunjukkan 😅


5. Highlight (Hidung, Pipi, Bawah Alis Mata) & Pemerah Pipi



6. Mascara & Gincu

Kalau berus mascara terkena mata, rasa macam nak nanges semahunya pun ada juga. Tisu mana tisu 😂 Sapa pernah rasa macam Murni, angkat tangan hihi



Sentuhan Mekap #makeupbymurnimy

Maaflah lighting tak berapa cantik, Murni cuba 😁

[Video] Makeup Tutorial Volume 1

[Video] Makeup Tutorial Volume 1



Ok itu sahaja yang Murni nak share dengan korang, terima kasih sudi tengok Video Tutorial Makeup Volume 1 makeupbymurnimy. Maaflah kalau ada yang terkurang almaklumlah Murni newbie dalam bab mekap dan hasilkan video yang baik. Next video stay tuned ya 😘

Isnin, Mei 01, 2017

Baju Kurung English Cotton Murah

Mei 01, 2017 4 Comments

Baju Kurung English Cotton Murah | Assalamualaikum & hi readers 😁 Kalau diikutkan dua hari lepas Murni nak update blog tapi apa kan daya sibuk dengan bisnes baru, eh! Untuk pengetahuan korang sekarang ni Murni berjinak-jinak sebagai agent dropship menjual Baju Kurung English Cotton. Lepas ni sapa nak beli baju kurung boleh cari Murni 😂

Baju Kurung English Cotton Murah

Sebab tak tahan dengan koleksi corak bunga mawar yang ditawarkan, Murni pun belilah sepasang Baju Kurung English Cotton daripada HQ. Murni beli pun sebab nak tengok juga kualiti baju kurung yang dijual & bila sampai ke tangan, alhamdulillah  Murni puas hati. Murah pun murah, Murni beli sepasang dengan harga RM65 sepasang + kos postage RM10 (Sabah).

Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung Dhia Cotton sesuai digayakan untuk ke pejabat, ke majlis kenduri, ke kelas ikut suka hati korang nak pakai pi mana pun. If nak pakai sedondon dengan famili, rakan-rakan atau officemate pun boleh tak dak masalah, confirm korang nampak lawa. Dalam hati ada taman bunga, eh! Almaklumlah semua corak yang dihasilkan kebanyakannya berunsurkan bunga-bungaan gitu.

Gambar Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung English Cotton yang menjadi pujaan hati Murni sudah semestinya warna biru 😁 Murni sertakan sekali gambar untuk rujukan korang.

Baju Kurung English Cotton Murah

Baju Kurung English Cotton Murah

Baju Kurung English Cotton Murah

Maklumat Mengenai Baju Kurung Dhia Cotton

  1. Harga: RM65 + Postage (Bergantung pada kuantiti)
  2. Baju Kurung Moden (Bukan jenis potongan ketat)
  3. Material % English Cotton
  4. Kain Lembut & Sejuk
  5. Kain Senang di Iron
  6. Kain Yang Tidak Mengecut
  7. Warna Tidak Pudar, Boleh Bertahan Sehingga 3-4 Tahun
  8. Kain Cotton Yang Mudah Dijaga
  9. Dijamin Berkualiti
Baju kurung modern potongan sangat cantik . Bukan jenis baju kurung modern ketat. Simple saja. Bila kita pakai cutting elok2 dgan badan tak kecil tak besar. Kena cuba dlu baru tahu. Kain jenis selisih depan ( org panggil kain pakai) sangat flexible mengikut size pinggul kita kerana diperbuat semua daripada getah dipinggang sangat selesa.

Full Image Baju Kurung Dhia Cotton




Korang yang berminat nak beli Baju Kurung English Cotton Murah, boleh follow Instagram & Facebook Page Murni @mawarmadeenastyle & Mawar Madeena Style. Thank you for your support 😗 Semoga Allah murahkan rezeki kalian.