shopee, shopee malaysia, beli online, cara beli barang di shopee
Kredit Gambar:  Prof Hariz

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera.  Ada tak antara pembaca blog Murni yang kaki shopping online macam Murni 😅Setakat ni tempat yang menjadi kesukaan Murni untuk shopping online sudah semestinya di Shopee Malaysia. Sebab utamanya harga barangan yang ditawarkan murah-murah, banyak pilihan dari dalam & luar negara. 

Bagi korang yang pertama kali nak shopping online di Shopee Malaysia, Murni sarankan korang install saja aplikasi Shopee di Play Store/App Store, lebih mudah, cepat & selamat. Di bawah ni Murni akan terangkan secara ringkas 5 langkah mudah buat pembelian di Shopee Malaysia dengan menggunakan kaedah pembayaran online banking.

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia 

1. Muat Turun Aplikasi Shopee My & Daftar



5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

1) Install aplikasi Shopee My di Play Store/ App Store 2) Buka aplikasi Shopee My, pilih bahasa.

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia
3) Halaman utama aplikasi Shopee My macam di atas, nampak tak arrow? Klik "Me" 4) Dah siap klik "Me" korang klik "Sign Up" untuk daftar jadi ahli Shopee gituh.


5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

5) Sign up korang boleh pilih sama ada nak guna number phone, email atau connect akaun Shopee dengan Facebook. Murni prefer guna number phone 6) Kalau korang guna number phone, nanti masukkan saja kod verifikasi yang akan dihantar ke number yang korang daftarkan. Kemudian cipta username & password akaun Shopee My.

2. Pilih Barangan/ Produk 

Pelbagai produk yang ditawarkan di Shopee Malaysia antaranya pakaian lelaki & wanita, pakaian kanak-kanak, produk kecantikan, mobile & gajet, dan lain-lain. Pepandailah korang buat perbandingan harga nanti. 

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

Murni kalau beli barang di Shopee lebih suka memilih  "Preferred Sellers" yang mana Preferred Sellers ni diiktiraf oleh Shopee sebagai seller yang konsisten bagi servis yang baik kepada pelanggan. Nak tahu seller tu preferred ke tak, korang boleh rujuk dalam gambar di atas, nampak tak ada perkataan "Preferred" dalam box warna oren. 

3. Masukkan Dalam Shopping Cart

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia


Dah pilih barang yang berkenan di hati, korang boleh klik pada gambar, then akan keluar paparan produk beserta dengan maklumat produk. Rujuk gambar di atas. Murni nasihatkan korang teliti dulu maklumat produk. Bukan itu saja, korang kena rajin baca review pelanggan yang dah beli produk. Takut barang yang sampai tak sama dalam gambar yang kena display.

Kalau korang nak beli produk yang sama tapi nak beli design yang lain, tapi tak tahu macam mana nak buat. Senang saja caranya, contoh dalam gambar di atas Untuk design yang pertama korang hanya perlu pilih Color #6, Size Oppo Reno, & Quantity, kemudian klik "Add to Cart. Seterusnya untuk design kedua pula korang hanya perlu ikut langkah yang sebelum ini saja.


4. Proses Pembayaran

Untuk proses pembayaran korang boleh rujuk screenshoot di bawah ni. 

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

Dah pilih barang yang korang nak beli, bolek klik "Shopping Cart", kemudian korang boleh klik "Check Out". Sebelum klik "Check Out" korang boleh klik "Voucher" kutlah seller ada bagi free shipping ka atau diskaun korang boleh apply. Murni biasanya terima kos penghantaran percuma bila Murni beli barang yang mana kosnya melibatkan RM40 ke atas. Selain tu kalau korang ada Shopee Coins yang terkumpul boleh tebus okay, swipe ja button yang bulat tu ke kanan. Kemudian bolehlah klik "PLACE ORDER".

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia


Terdapat tiga kaedah pembayaran yang disediakan oleh Shopee Malaysia. Murni pilih online banking sebab mudah sangat nak buat pembayaran. Kemudian klik " NEXT : CONFIRMATION". Pilih salah satu bank yang tersenarai di atas, klik "Next" korang akan dibawa ke halaman bank yang korang pilih tadi untuk log in ke akaun bank.

5. Semak Status Shipping

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

Status penghantaran barang yang korang beli, boleh semak di bahagian yang Murni bulatkan dalam gambar "To Ship". In Sha Allah barang korang akan sampai ke pintu rumah. Bagi korang yang pertama kali nak beli barang di Shopee Malaysia, Murni harap korang boleh faham 5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia. Kalau korang rasa entri ni bermanfaat bolehlah kongsi dekat media sosial korang. Terima kasih sudi baca entri ni 😘

*Entri ini telah dikemaskini pada 17/09/2019