Jom Audit Diri Kita - Prof Dr Muhaya | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak ajak semua untuk sama- sama perbaiki diri dari semasa ke semasa dan sentiasa audit diri memasing. Macam mana nak audit diri kita? Nak tahu caranya kenalah baca antara 10 himpunan kata-kata Prof Dr Muhaya yang Murni petik melalui laman Facebook beliau.
Jom Audit Diri Kita
Tak perlu perubahan secara drastik kalau nak berubah ke arah kebaikan. Perlahan-lahan saja asalkan ianya berterusan.
10 Himpunan Kata-kata Prof Dr Muhaya
1. Hijrahlah diri kita, daripada kesedaran keegoan ke kesedaran ketuhanan, daripada mengikut nafsu kepada mengikut iman, daripada maksiat kepada taat, daripada didekati syaitan kepada didekati malaikat, dan daripada dosa kepada pahala. Jom audit
2. Semoga kita sibuk merasa di lihat Allah dan tidak sibuk merasa di lihat manusia. Jom audit dan latih diri ke arah ini yakni hidup paling tenang, nikmat dan membahagiakan merasakan kasih Allah setiap saat. Jom audit
3. Insya-Allah kita akan mendapat ketenangan dengan mengamalkan sikap suka memaafkan, walaupun terhadap orang yang melukakan hati kita atau menyakitkan fizikal kita. Amalkan tiga perkara yang dituntut dalam Islam. Pertama, hubungilah orang yang telah memutuskan hubungan dengan kita. Kedua, berilah kepada orang yang tidak memberi kepada kita. Ketiga, maafkanlah orang yang pernah menyakiti hati kita. Jom audit
4. Semoga kita sentiasa menjaga hati kita, agar merendahkan tahap ‘kesedaran keegoan’ kita. Iaitu tidak berasa kita lebih baik daripada sesiapa pun di dunia ini dan kita tidak menghina sesiapa pun, sebaliknya dikurniakan Allah kemuliaan hati untuk mengakui kesilapan dan memohon kemaafan serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Ingatlah bahawa, kesilapan yang paling besar adalah mengulangi kesilapan yang sama setelah kita sedar akan kesilapan kita. Jom audit
5. Kita tidak boleh mengawal apa-apa yang bakal berlaku dan telah pun berlaku ke atas kita, tetapi kita boleh mengawal reaksi kita terhadap apa-apa yang berlaku itu, sama ada perkara itu buruk atau baik. Semua reaksi kita itu melibatkan kawalan emosi yang akan melibatkan tindak-tanduk kita menjadi positif atau negatif, dan impaknya hasil kehidupan kita juga akan menjadi positif atau negatif. Kesabaran, kesyukuran dan keredaan merupakan respons positif, sebaliknya kemarahan, ketidakpuasan dan kekecewaan merupakan respons negatif. Jom audit
6. Jom 'Reset Minda’ dan ubah cara kita melihat sesuatu, dengan terlebih dahulu menilai dan melihat diri sendiri dari segi perlakuan fizikal dan hati nurani. Kualiti hidup kita bergantung kepada kualiti emosi, dan kualiti emosi pula bergantung kepada fokus kita. Apabila kita fokus kepada perkara yang membahagiakan, kita akan sentiasa bahagia. Sebaliknya apabila kita fokus kepada kesusahan hidup, kemarahan dan kekecewaan kita terhadap seseorang, kita akan berduka, tidak berpuas hati dan tidak tahu menghargai apa yang kita miliki sampai bila-bila. Jom audit
7. Semoga kita semua berkata perkara yang baik pada diri sendiri dan orang lain. Dunia dalaman menentukan dunia luaran kita. Jom audit
8. Jom jaga akhlak kita tidak kira waktu. Supaya Allah tidak ambil nyawa kita bila kita sedang engkar pada Allah dan membuka aib sesama manusia. Jangan jual akhirat untuk habuan dunia yang sedikit dan sementara. Jom audit
9. Jom Sentiasa berdoa dapat cahaya dalam kubur yakni sedekah dan wudhu. Jika kita bakhil dan tidak solat bayangkan bagaimana alam kubur kira nanti? Kaum wanita jaga aurat dan solat. Jom audit
10. Jadilah diri kita yang sebenar, kerana orang yang menjadi dirinya yang sebenar, merupakan seorang yang bervisi dan tidak hidup dalam kepura-puraan. Orang yang menerima hakikat dirinya yang sebenar, hidup dengan penuh kesyukuran dan keredaan. Andainya hidup didatangi kejayaan demi kejayaan, mereka akan bersyukur dan yakin, bahawa semua yang mereka miliki itu bukan kerena kehebatan mereka, tetapi kehebatan Allah SWT yang meminjamkan kehebatan-Nya kepada mereka. Jom audit
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.
Tiada ulasan
Catat Ulasan