Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tahniah Murni ucapkan kepada anda yang telah berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang akan dijadualkan berlangsung pada 15 April 2016 akan datang.

Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41
image via google image

Bagaimana dengan persiapan anda sebelum menduduki peperiksaan ini? Adakah persiapan tersebut sudah mencukupi atau mungkin sahaja anda masih bertatih untuk mencari bahan rujukan yang mudah untuk beri kefahaman kepada anda? Jemput baca artikel ini sehingga penghujungnya, mungkin ada sesuatu yang dapat membantu anda.

Sebelum itu, Murni ingin kongsikan kepada anda mengenai deskripsi tugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Jadual Gaji:


Gaji Minimum
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,146.00
RM8,718.00
RM225.00
Sumber: Portal Rasmi SPA


Syarat Lantikan:

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,146.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau
  • Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Untuk pengetahuan anda, format peperiksaan online tahun 2016 pada kali ini adalah sedikit berbeza kerana terdapat tambahan seksyen dan aturan seksyen yang berbeza. Kesemuanya terdapat 3 seksyen, iaitu:
  1. Seksyen A: Ujian Psikometrik
  2. Seksyen B: Pengetahuan Am
  3. Seksyen C: Penyelesaian Masalah


Bagi anda yang memerlukan rujukan untuk peperiksaan online bagi kemasukan PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 ini, anda boleh dapatkan rujukan e-book berbentuk pdf  (bukan buku) daripada Tim Infokerjaya dengan klik pada "Dapatkan Sekarang!" di bawah ini

Exam Teknologi Maklumat


Kelebihan e-book Pegawai Teknologi Maklumat F41

  1. 87++ Nota Ringkas
  2. 270++ Contoh Soalan
  3. Penerangan Format
  4. Pecahan Seksyen
  5. Tip Sulit Sukses
  6. DAN BANYAK LAGI!!!

Tim Infokerjaya merupakan sumber rujukan kerjaya utama di Malaysia. Mempunyai rekod yang baik sejak tahun 2009 dan telah membantu lebih 68,000 orang graduan sepanjang tempoh ini melalui pakej-pakej rujukan mereka. Tim Infokerjaya adalah komuniti bebas yang tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menghormati dasar kerahsiaan SPA

Semoga anda beroleh kejayaan!
📝Seksyen A: Ujian Psikometrik