DIY Pelamin Guna Tisu dengan Kos RM200, sangat menjimatkan! | Assalamualaikum & salam sejahtera. Cerita mengenai pelamin jimat guna tisu ni dah pun viral dekat media sosial. Murni saja nak kongsikan dan abadikan di dalam blog ni. Boleh dijadikan sumber inspirasi bila nak kawen nanti tehee.

DIY Pelamin
image via www.vetovirago.com

DIY Pelamin Guna Tisu dengan Kos RM200, sangat menjimatkan!

Serius weyhh lawa nak mampus tengok pelamin dia, walaupun nampak simple tetap cantik di mata Murni. Rasa nak kahwin hari ni jugak haha *gurau. Bila pandang background pelamin, tak nampak pun yang ia sebenarnya dibuat daripada helaian tisu. 

Tahniah Murni ucapkan kepada Vv -The Art Thinker sebab berjaya hasilkan pelamin guna tisu yang sangat cantik dan kreatif dengan hanya bermodalkan RM200 sahaja. 

Untuk pengetahuan korang, pelamin di atas telah diguna pakai oleh team Vv sendiri iaitu Ema dan juga pasangannya, Mahathir dalam majlis pkahwinan mereka yang berlangsung pada 2 Januari yang lepas. 

DIY Pelamin
image via www.vetovirago.com

DIY Pelamin Guna Tisu

Saiz pelamin: 3 meter x 4 meter

Barang Utama Yang Diperlukan (untuk backdrop tisu):
  • Dawai mata punai - lebih kurang 7 kaki lebar... x3 bahagian
  • Tisu (sebanyak yg boleh) sila beli di kedai RM2.12 sebab anda akan dapat 3 bungkus. Kami spend lebih kurang RM 24 untuk mendapatkan 36 bungkus tisu.
  • Kayu pancang - ikut lebar dawai mata punai contoh 7 kaki
  • Paku simen - sekurang-kurangnya 3 batang
  • Paku kecil 2 inci - sekurang-kurangnya 30 batang

Alatan/ Kelengkapan Yang Lain:
  • Paku tekan - jika perlu
  • Kertas keras - jika perlu
  • Pentas pelamin - kami guna papan meja yang diubah suai menjadi pentas
  • Kain langsir - beli dikedai kain, sila recce harga jangan main beli. Anda boleh dapat harga semurah rm3/meter. Untuk saiz pelamin diatas, kami menggunakan 20 meter kain.
  • Karpet bulu - kami guna karpet yang sama untuk servis photobooth Vv
  • Bunga hiasan - recycle bunga dalam rumah. Jika perlu, beli setangkai yang ada 5 kuntum bunga. Kami beli 10 tangkai pada harga RM3.50/tangkai.
  • Bunga telur - ikut suka. 
  • Lampu pendafloor - dua batang
  • Kerusi pelamin - tambahan RM100 untuk sewa kerusi setelah ambil pakej mak andam. Tahukah anda, beli kerusi pelamin baru mencecah 2k? Huh.
  • Hiasan lain yang bersesuaian dengan cita rasa pelamin impian 
  • Alatan menghias seperti gam tembak, gunting, pita pengukur, pembaris dan lain-lain.

Nota kaki:
*** Perlu diingatkan supaya melakar terlebih dahulu pelan pelamin dan dekorasi untuk mengelakkan pembaziran belian barang dan ruang yang akan digunakan. Lakaran juga membantu anda menjimatkan masa. Masa itu emas.

*** Untuk memaksimumkan penjimatan, gunakan barang sedia ada dirumah. Pastikan jika beli baru, barang masih akan digunakan walaupun majlis telah lama berakhir. Kalau simpan je di stor, kelak nanti mereput buat sarang anai-anai. Hahahaa baru padan muka


DIY Pelamin
image via www.vetovirago.com


DIY Pelamin
image via www.vetovirago.com
DIY Pelamin
image via www.vetovirago.com

Cantik dan sangat kreatif kan? Dahlah lawa kos nak buat pelamin pun takdelah cecah ribu raban, RM200 sahaja, sangat menjimatkan. Siapa setuju dengan Murni, komen kat bawah.