Isnin, April 29, 2013

Kenali WANITA Dengan Melihat Cara Berjalan

4/29/2013 3 Comments
Assalamualaikum

Malam ni Murni nak share cam mna cara kita nak kenali sesorang wanita dengan melihat cara dia berjalan

Kenali  WANITA Dengan Melihat Cara Berjalan


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam








Jumaat, April 26, 2013

Cara Nak Membahagiakan Keluarga

4/26/2013 0 Comments
Assalamualaikum

Ringankan Beban

Jika kamu sudah mempunyai pendapatan, apa salahnya kamu berkongsi rezeki dengan keluarga. Bantuan kamu besar ertinya kepada ibu dan ayah terutamanya bagi golongan sederhana dan keluarga besar. Bagi remaja yang belum bekerja, ringankan tulang membantu keluarga menguruskan kerja rumah.



Curah Kasih Sayang

Kebanyakan remaja sering lupa ibu, ayah dan adik-bradik juga perlukan kasih sayang dan perhatian kamu. Walau sesibuk mana pun dengan pengajian atau pekerjaan, luangkan masa untuk keluarga. Mereka adalah aset kamu juga.


Penuhi Permintaan

Perkara ini antara yang sering diperdebatkan. Ramai remaja yang mahu mengikut kepala mereka sendiri sedangkan ibu dan ayah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu. Perkara yang mereka minta pun adalah demi kebaikan kamu juga. Lantaran, merealisasikan impian mereka yang mahu melihat kamu ke menara gading atau menjawat jawatan besar.

Bijak Bawa Diri 

Tidak kiralah ke mana dan walau sejauh mana pun kamu pergi, kamu mesti menjaga diri dan keluarga. Jangan sesekali menconteng arang ke muka ibu bapa sebaliknya lakukanlah perkara positif yang akan membahagiakan mereka.




Doakan Kebahagiaan dan Kesejahteraan Mereka

Seperti mana ibu bapa tidak lupa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kamu, seharusnya kamu juga begitu. Sebagai anak, kenangla jasa keluarga yang banyak berkorban tenaga dan harta untuk kamu.


 In Sha Allah I'll be a gud daugther =)..Amin

Selasa, April 23, 2013

Jaga Pandangan Mata

4/23/2013 0 Comments
Angau Artis Korea

" Siapakah selebriti kegilaan kamu semua?" Soal saya kepad apelajar wanita yg menghadiri ceramah saya. Sengaja terdetik soalan itu utk merehatkan minda. " ARTIS KOREA!!!" jerit seorg. pelajar sambil melompat bersemangat dr jauh. Terbukti aura artis korea benar2 menghantui remaja wanita d hadapan saya. Rupa-rupanya dia bukan bersendirian. Sokongan padu tidak berbelah bahagi hampir seluruh penghuni dewan.

Saya melihat kegilaan kpd artis Korea ini majoritinya lebih diminati oleh golongan wanita. Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan tisu di hadapan komputer, namun kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita. Malah ada sebahagian wanita yg memuja mereka dgn memenuhkan semua gambar artis korea mereka di muka dpan Facebook, Twitter sehinggalah yg dtampal ddinding bilik rumah. Hebatnya pukulan K-Pop & sewaktu dengannya.

"Apakah sebenarnya yg membuatkan perempuan tergila-gilakan hero Korea ni?' Saya cuba menguji pelajar wanita di hadapan saya. " Hero Korea Handsome & come!!". Jawab seorang pelajar sambil tersenyum menampakkan gigi. " Bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki yg handsome?" Sengaja soalan cepumas saya lontarkan. " Kami perempuan takpe ustaz bila tgk lelaki. Lainlah lelaki yg wajib menundukkan pandangan sebab lelaki lebih mudah tergoda bila melihat wanita!!!".

Saya cuba berbincang dgn mereka. Benarkah kenyataan demikian? Adakah ia bertepatan dgn agama. Betulkah hanya lelaki yg mudah tergoda? Mari kita korek semula drpd sumber agama. Memang benar terdapat ayat suruhan utk menundukkan pandangan itu diturunkan utk lelaki pd surah an-Nur ayat ke-30. Saya juga sebagai lelaki mengakui hati boleh menjadi gila apabila lirikan mata terpandang wanita.

Namun, jangan kita terlupa akan sambungan ayat yang berikutnya. Allah juga sebenarnya  menyuruh wanita menundukkan pandangan mereka. Di dalam surah an-Nur, ayat ke-31, bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yg beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yg haram), & memelihara kehormatan mereka". Ini jelas membuktikan bahawa hukum menundukkan pandangan tidak membezakan antara lelaki & wabita.

Ayat yg telah diberitakan kpd kita ini telah menyangkal dakwaan kononnya ' wanita tidak mengapa, tetapi lelaki tidak boleh'. Sudah semestinya dakwaan bahaawa 'wanita tidak akan tergoda jika melihat lelaki' juga sama sekali tertolak. Secara tidak langsung al-Quran menjawab kpd kita tanpa membezakan gender dgn satu keputusan bahawa' lelaki & wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan mereka!!!'...

Sejarah lalu mungkin boleh menguatkan dakwaan ini. Terlupakah kita kisah Nabi Yusuf AS bersama wanita  yg menggodanya. Ketika Nabi Yusuf AS melihat wanita tersebut yg rupawan, lalu beliau ghad al-bashar(menundukkan pandangan). Daripada pandangan itu beliau langsung tidak berpengaruh utk terus melayan perasaan melihat wanita tersebut. Bahkan hatinya mula melupakan wanita tersebut. Berbeza pula dgn wanita yg menggoda Nabi Yusuf AS. Wanita tersebut melihat Nabi Yusuf AS dgn penuh perhatian. Ketampanan Nabi Yusuf AS memukau kelopak mata daripada terus berkelip. Akhirnya, dgn pandangan seorg wanita, munculnya keinginan syahwat yg meledakkan nafsu sehingga terkoyak belakang baju Nabi Yusuf AS.

p/s: citer ni bukanlah menggesa semua wanita secara terus menukar 'wallpaper' & profil d FB, Twitter dgn gambar pokok dan batu semata-mata. Bukan juga mengharamkan kita semua drpd terus meminati artis pujaan kita. Tetapi, ianya sekadar renungan bahawa mata itu satu energi pembawa gelora, tanpa membezakan sebarang jantina.

kredit to Dara. Com
Teks : Imam Muda Muhammad Asyraf B. Mohd Ridzuan (Juara Imam Muda Astro Oasis 2010)

* Mohon diri ini terasa =)

Jumaat, April 19, 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu

4/19/2013 2 Comments

1. ‘Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.’

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. ‘Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.’

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. ‘Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!’

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. ‘Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.’

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. ‘Agak-agaknya Saya Faham.’

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. ‘Banyaknya Nak Kena Ingat.’

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. ‘Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.’

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. ‘Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.’

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.



9. ‘Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.’


Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.


10. ‘Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.’


Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.


 kredit to Nizarazu.Com

Rabu, April 17, 2013

Minggu yang Menguji Kesabaranqu

4/17/2013 2 Comments
...Assalamualaikum...

minggu2 yg akan mendatang murni akan menyibukkan diri dgn asimen, midterm, presentation, study grup wiv my fren & Alhamdulillah ptg td dah lepas ngan 1 paper yg mlibatkan no....hehe 
( Statistik Gunaan)
16 April 2013
2:40 p.m-4:10p.m
DTSO
(kejadian hari ni : exam mood => batuk tem mnjawab solan & kekeliruan formula berlaku)


salah 1 drp persiapan yg Murni buat sblm mnjelang exam,
curi masa sikit waktu ptg 13 April tuk kemaskan bilik 

13 April 2013



tukar cadar polka dot => roses
kmas meja skit
masak air skit...see botol pnuh slalunya x berisi pun...
hehe, mmandangkan Murni nk cpat sembuh dr. batuk plus tonsil bengkak, so pnuhkan jerla..sya janji t sya mnum...hehe
sem ni x de buku fotostet smua ori...hehe, tp sem dpan confirm kne foto. bnyk buku
teddy bear kecik kne gantungla...haha, x pa t sok kta ltak kat hp yer
stok mkanan tggl yg ni jer :(
kitar smula pbalut buku sem lpas, tampal kat dinding coz dinding x cantik bnyk sgt tulisan

14 April 2013




10 April : tonsil Murni dah stat bengkak tp x dela serius mac d pringkat awal g, then selang bberapa hari batuk plak yg datang menimpa diri ini ~sobsob~


mlm 14 April ni jgakla Murni stat makan ubat 10 ml, skit jer x bnyk pun
mang rasa x selesa sgt2 batuk jer dr td..
 truk jgak batuk Murni ni smpi boleh mnggu ktenteraman awam...haha
tak suka g PKU ( Pusat Kesihatan Universiti) , t hidu ngan bau ubat2..hehe
~Murni x suka makan ubat, 
tp mmandangkan batuk ni x nk brenti 
tpaksa jgakla Murni makan (makan sambil tutup hidung)~

p/s: jan minum mnuman yg berais...
(tp sya ni jnis yg degil skit mau jgak mnum...hehe)



* Alhamdulillah tonsil dah sembuh sikit
but until now Murni masih g batuk
ubat yg Murni beli ni pun dah nak habis...
~sabar dgn ujian Allah~



Rabu, April 10, 2013

Hari Ke-3 bcuti d DPP Muamalat

4/10/2013 2 Comments
...Assalamualaikum...

Menu kami bertiga hari ni :

   Nasi putih 
 Telur masak kicap
 Sayur kacang buncis plus telur
 Air Sunquick Blackcurrant plus ais





chef hari ni cik Nisa, Murni ngan Najwa juz tgok jer..haha

Alhamdulillah dah kenyang




Isnin, April 08, 2013

Menu malam ini

4/08/2013 2 Comments
...Assalamualaikum...

entry kali Ni Murni nk kongsi menu makan mlm...hehe 
midterm break stat 4 April lalu, tp Murni ngan kwan Murni ( Nisa & Najwa) stat cuti smalam coz terlibat ngan progrm "Kem Kepimpinan Integrasi". cuti midterm ni cafe kat DPP murni tutup, so decide ngan kawan beli barang dapur skit kat Changlun pas bis progrm..

It's masak-memasak time wiv Nisa & Najwa..hehe
menu mlm ni:
  nasi putih
  sayur kobis plus telur
  Sambal ikan bilis
  teh lemon panas

tadaaa ni la hasil air tgn kami btiga...hehe
makanan yg simple jer







bila 3 org skali masak, ada jer yg x kene...haha

Jemput makan =)