Angkasawan Rusia Kagum dengan Pemandangan Makkah & Madinah

April 22, 2015
Angkasawan Rusia Kagum dengan Pemandangan Makkah & Madinah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Angkasawan Rusia iaitu Anton Shkaplerov telah memuat naik dua gambar yang menunjukkan pemandangan Makkah dan Madinah pada waktu malam dalam laman twitter beliau bertarikh 26 January 2015 dan gambar tersebut telah diambil dari International Space Station (ISS) dengan caption "Amazing night view of #‎Mecca and #‎Medina from the #‎ISS‬".



Angkasawan Rusia Kagum dengan Pemandangan Makkah & Madinah

Angkasawan Rusia Kagum dengan Pemandangan Makkah & Madinah


credit photo: print screen from @AntonAstrey



Kelebihan Surah Al-Kahfi

April 17, 2015
Kelebihan Surah Al-Kahfi
Surah Al-Kahfi

Kelebihan Surah Al-Kahfi | Assalamualaikum wbt. Murni nak berkongsi ilmu dengan korang tentang kelebihan surah Al-Kahfi seperti yang tercatat di dalam buku Hikmah Surah Al-Kahfi yang berada dalam simpanan Murni sendiri. 

Surah yang disunatkan untuk dibaca pada malam ataupun hari Jumaat adalah surah Al-Kahfi yang mana kelebihan membaca surah Al-Kahfi ini ada disebutkan secara khusus dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w.

Hari Jumaat bermula apabila terbenamnya matahari pada hari khamis dan berakhir semasa terbenamnya matahari pada hari Jumaat.

Antara kelebihan surah Al-Kahfi:


1. Terpelihara daripada fitnah dajjal


Seorang sahabat Nabi, iaitu Abu Darda' melaporkan Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa


"Sesiapa yang memelihara iaitu memelihara bacaan dengan sentiasa membaca10 ayat pertama daripada surah Al-Kahfi, maka dia akan dilindungi daripada fitnah dajjal"

(Hadis ini direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, An-Nasaie, dan At-Tarmizi, kedudukan hadis ini adalah hasan sahih)


Ibnu Kathir turut merekodkan hadis ini dalam Tafsir Al-Quran Al-'Azim ketika menghuraikan kelebihan surah  Al-Kahfi.

Abu Darda' juga melaporkan bahawa terdapat satu hadis lain yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.:


"Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi, maka dia akan terpelihara daripada fitnah dajjal"

(Hadis ini direkodkan oleh Muslim dan An-Nasaie. Ibnu Kathir juga merekodkan hadis ini dalam Tafsir Al-Quran Al-'Azim)


Imam An-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim menjelaskan bahawa pada awal surah Al-Kahfi terkandung ayat-ayat yang menceritakan tentang keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Oleh itu, orang yang menghayati dan memhami maksudnya, pasti tidak akan tertipu dengan fitnah dajjal. Begitu juga pada ayat-ayat terakhir surah Al-Kahfi. Allah s.w.t menyatakan dalam surah Al-Kahfi ayat 102:

Kelebihan Surah Al-Kahfi
Al-Kahfi ayat 102

"Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka dapat mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?..."



2. Sumber Ketenangan (As-Sakinah)


Seorang sahabat Nabi, iaitu Al-Barra' melaporkan seorang lelaki membaca surah Al-Kahfi. Pada ketika itu, disisinya terdapat seekor kuda yang terikat dengan dua tali. Lelaki itu melihat ke atas dan mendapati awan kabus menaunginya. Awan kabus itu bergerak dekat dan semakin dekat sehingga membuatkan kudanya meronta-ronta ingin lari. Apabila waktu pagi, lelaki itu berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang dialaminya. Rasulullah s.a.w berkata " Itulah ketenangan (As-Sakinah) yang turun disebabkan Al-Quran."

Imam Ibnu Kathir menyatakan bahawa lelaki itu adalahUsaid bin Al-Hudhair.

(Hadis ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)


3. Keutamaan membaca surah Al-Kahfi

Seorang sahabat Nabi s.a.w., iaitu Abu Said Al-Khudri melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa


"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah s.w.t akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat"


(Hadis ini direkodkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan Al-Baihaqi. Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam Shahih Al-Jami' menyatakan hadis ini adalah sahih)

Hadis lain yang menyebut tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat adalah seperti berikut:


"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Baitul 'atiq"


(Hadis ini direkodkan oleh Darimi, An-Nasaie, dan Al-Hakim. Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, dalam Shahih Al-Targhib wa Al-Tarhib menyatakan hadis ini sahih)

Kelebihan Surah Al-Kahfi
kredit foto : www.indahislam.com


Peringatan mesra dari Murni jangan lupa baca surah Al-Kahfi yaaa...



[Product Review] BeautyOAT Collagen Plus+ Oat Meremajakan Kulit Anda

April 16, 2015
[Product Review] BeautyOAT Collagen Plus+ Oat Meremajakan Kulit Anda | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tak kenal, maka tak cinta. Murni saja je nak bagi perumpamaan macam tu sebabnya Murni dah diberi peluang untuk cuba sendiri produk BeautyOat ni & nampak keberkesanannya. Kalau sebelum ni, Murni hanya berkenalan dengan produk ni melalui blogger kak Namee & Kak Yuyu je, haaa sekali dapat peluang untuk test sendiri bukan main excited lagi Murni dibuatnya almaklumlah perempuan dengan kecantikan tu kan tak dapat dipisahkan.

BeautyOAT Collagen Plus+ Oat Meremajakan Kulit Anda


Ya, perempuan dengan kecantikan tu tak dapat dipisahkan, tapi kita sebagai kaum hawa ni kena berhati-hati jugak terutamanya dalam memilih produk kecantikan atau supplement. Almaklumlah sekarang ni kan produk2 macam tu dah berlambak dalam pasaran Malaysia ni, entah original ke atau palsu semata-mata. Korang jangan risau produk yang Murni nak share dengan korang ni 100% halal.

Cantik dalam, cantik luar, cantik dengar sini...eh! Jom kenali produk BeautyOat  dengan lebih lanjut, confirm anda akan jatuh chenta dibuatnya. Murni akan letakkan testimoni Murni sendiri... Tengoklah weyh pacakging dia ohsem gila, comel baq hang!


Remajakan Kulit Anda dengan BeautyOAT
Remajakan Kulit Anda dengan BeautyOAT


Apa itu BeautyOat?


BeautyOat merupakan produk kesihatan yang berasaskan Collagen Plus + Oat Drink dan ia diformulasikan dari Korea yang mengandungi Oat, Marin Kolagen, ekstrak sakura dan ekstrak delima yang terbukti dapat mencegah penuaan awal, mencegah radikal bebas pada tubuh badan, mengurangkan kolestrol, dan melegakan keradangan kulit.

Sumber nutrien dari bahan-bahan terbaik dan semula jadi yang terdapat pada Beauty Oat secara tidak langsung dapat mengekalkan badan yang sihat di samping dapat meremajakan kulit. 

Apa yang penting adalah produk BeautyOat ni diperbuat 100% daripada bahan-bahan semulajadi dan produk ini juga HALAL yang telah disahkan oleh pihak JAKIM.

Kandungan Istimewa BeautyOat


Oat - Mengandungi serat laut dikenali 'beta glucan' yang terbukti merendahkan tahap kolestrol
Marin Kolagen - sumber kolagen terbaik yang mana mampu menganjalkan kulit dan bertindak sebagai anti penuaan.
Sakura - Berkhasiat untuk menjadikan kulit lebih cerah dan mencegah radikal bebas.
Buah Delima - dianggap sebagai 'superfood' kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dalam badan dan melindungi diri daripada penyakit jantung


Kelebihan BeautyOat


  • Membantu memperbaiki ketegangan, keanjalan, & tona kulit
  • Membantu mengurangkan kolestrol, garis halus, pigmentasi & pori-pori
  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi, tekstur kulit, tisu kulit & tenaga
  • Membantu mencegah penyakit jantung & berat berlebihan



Cara Penyediaan



Penyediaan secawan BeautyOat sangatlah mudah, semudah ABC kata mak Jemah, eh! Haaa korang hanya perlukan 1 sachet BeautyOat, masukkan serbuk ke dalam cawan kemudian tuang 180 ml air suam, kacau sehingga rata...siap untuk di minum.


Remajakan Kulit Anda dengan BeautyOAT
Berpagi-pagian dengan secawan BeautyOat

* Peringatan mesra untuk korang, jangan gunakan air panas just guna air suam je, ok! Takut nanti kandungan nutrient BeautyOat tu hilang, payah kut korang nak cari balik...haha boleh pulak macam tu kan...

Cara yang paling baik untuk minum BeautyOat ni adalah pada waktu pagi dan sebelum korang masuk tidur.

Testimoni Murni


BeautyOAT Collagen Plus+ Oat Meremajakan Kulit Anda
Say good bye kepada kulit berminyak & eh warna kulit muka pun nampak dah berubah...

Ini adalah pengakuan dari Murni sendiri since dari awal hinggalah habis 18 sachet BeautyOat ni diamalkan pagi dan sebelum tidur. 

Jerawat cepat kecut. Sehari sebelum Murni amalkan BeautyOat ni, di bahagian hidung Murni ni rasa sakit je bila disentuh & sah2 jerawat besor nak muncul dah. Kebiasaanya bila nak datang period, confirm akan timbul jerawat batu sebijik menepek di muka ni. Then Murni start consume BeautyOat pada waktu malam keesokan harinya memandangkan produk tu baru sampai ke rumah pada waktu petang. Apa yang mengejutkan Murni, eh! boleh pulak sampai terkejut bagai..haaa baru sekali je minum, keesokannya tu jerawat Murni dah jadi kecut kut & dah tak de rasa sakit pun... daebakkk! haha fefiling macam orang Korea pulak

Berikan tenaga. Kalau nak diikutkan Murni ni kalau bab2 nak jalan jauh, misalnya dari Butterworth ke Kuala Lumpur or Butterworth ke UUM dengan menaiki bas confirm Murni akan rasa cepat sangat letih sebab duduk lama sangat dan selalunya akan menguap beberapa kali di dalam bas & lastly akan teridur. Beberapa hari lepas Murni ada bertandang ke Majlis Kenduri Kahwin di Sandakan & masa perjalanan dari Lahad datu ke Sandakan mengambil masa dalam 3 jam macam tu depends pada kelajuan jugaklah. Sebelum nak bertolak tu Murni consume secawan BeautyOat & suprisingly eh boleh pulak mata Murni segar tiada pun rasa mengantuk nak terlelap bagai, siap boleh tengok keindahan alam lagi. Serius weyh BeautyOat ni dah rasa macam berikan tenaga semula jadi pulak.

Muka kurang berminyak. Bila dah minum BeautyOat ni selama seminggu,  apa yang Murni perasan sangat bila bangun dari tidur muka dah kurang berminyak tak macam sebelum ni...huhhh kalau dulu bangun2 je dari tidur confirm muka Murni ni berminyak terutamanya kawasan T zone.

Pori-pori kian mengecil, bintik-bintik hitam pun semakin pudar.

Mengenyangkan. Sebabnya Murni ni jenis orang yang selalu skip makan tengah hari maybe ni semua pembawakan time Murni belajar di U dulu...haha kalau dah rasa lapar sangat barulah ada selera nak makan tengah hari. Bagi Murni, dengan minum BeautyOat pada waktu pagi ia memang mengenyangkan dan perut pun rasa selesa, so tak ada masalah bagi Murni kalau skip makan tengah hari tu.


Harga Produk BeautyOat

RM79.00 (WM)
RM89.00 (EM)
Satu kotak mengandungi 18 sachets x 30gm

Cara Pembelian Produk BeautyOat




Instagram : https://instagram.com/babeskin365official/

Address : 12-C, Jalan BS 9, Taman Bukit Segar, 43200, Cheras, Selangor. Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : +6012 244 4014 atau +6012 244 4041


Jom Remajakan Kulit Anda dengan BeautyOAT Collagen Plus+ Oat!!!



Coretan Seorang Suami kepada Isteri Tercinta

April 09, 2015
Coretan Seorang Suami kepada Isteri Tercinta | Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak share sebuah coretan daripada seorang suami kepada isterinya. Coretan ni merupakan kisah benar yang berlaku kepada saudara Mohd Makhzani Abdul Rahim yang telah kehilangan isteri tercinta pada 8 April 2015 yang lepas akibat kemalangan. Mohon kepada anda yang beragama Islam untuk sedekahkan surah al- fatihah buat isteri kepada Mohd Makhzani Abdul Rahim iaitu Nadhratan Naim Abdul Sani.


Coretan Seorang Suami kepada Isteri Tercinta



Coretan Seorang Suami kepada Isteri Tercinta: Kalau dah Jodoh

[Kredit]
9/8/2014 sabtu ayah jumpa Nadhratan Naim Abdul Sani ngan Mama(my mother in law) dkt tahfiz di bagan serai

12/8/2014 selasa mak bgtau aku ayah da bknn dkt sesorng nk jodohkan ngan aku


13/8/2014 rabu stalk menyetalk di fb (tgk gmbr)

15/8/2014 mak ckp dpa suh p rmh isnin 18/8/2014

18/8/2014 22syawal1435 hari isnin p rmh tgk Nadratan Naim

25/8/2014 29syawal1435 isnin dia,mama,kak dibah & cikman mai rumah

Selasa 2/9/2014 dia tgur di whatsapp

Rabu 3/9/2014 dia add fb

11/9/2014 khamis, mak ayah p bincang nk p meminang n amik cincin.
Dia terima aku walaupun beza umur kami 7thn 95 & 88

Isnin 15/9/2014 20zulqaedah1435 bertunang n tentu belanja (10k).. 

Isnin 22/9/2014 27zulqaedah1435 p pjbt agama butterworth ambik borang nikah

25/9/2014 p buat hiv test

29/12/2014 akad nikah alhamdulillah

10 hr tggal brsama, 10/12/2014 aku fly ke mesir tinggalkan dia untuk 6bln sbb masih blum habis stdy..
Tiap hr berhubung, wassap,wechat,skype,sms,call, vidcall,fb,twitter, instagram yg trbaru..

6/4 dia bg password fb dia..
Rpa2nya dia dh nk pergi jauh

7/4/2015 dia excident moto vs moto..dia x sedarkan diri sbb kecederaan dalaman di kepala.. Esoknya 

8/4/2015 di awal pg dia menghembuskan nafas yg terakhir..

Tiap hr dia ucap kata2 syg, tiap hr dia ucap kata2 rndu..
Cantik orgnya..merdu suaranya kalau menyanyi,baca Quran n lancar bacaannya..kalau x uzur dia selalu bngun mlm brqiam,maksurat jd amalan..
Selalu memohon kemaafan walaupun tiada kesilapan..
Dia isteri yg terbaik, anak yg trbaik, menantu yg terbaik adik yg trbaik n aku yakin sahabat yg trbaik jugak..
Sungguh aku sgt merinduimu wahai bidadari syurga..
Walaupun hnya sementara dipinjamkan, aku redha & brsyukur atas smuanya..
Syukran ya ALLAH pinjamkan dia kepadaku..
Terima kasih jgk pada mama Zahratan Nor Adam sbb lahirkan bidadari ni..
Al-Fatehah
Moga damailah dikau di sana bidadariku..

Dari suaminya : Mohd Makhzani Abdul Rahim
"Ajal, maut jodoh, pertemuan di tangan Tuhan. "


Hey there! 8Share rewards me cash and points for sharing cool stuff with my friends. It's that easy! Join me now and you will get RM1.00 free when you sign up. Click HERE for sign up.

Contest petua dan herba Kongsibersamanora

April 09, 2015

Contest petua dan herba Kongsibersamanora | Assalamualaikum & salam sejahtera. Dek kerana Murni tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh blogger Kak Nora, maka dengan itu sekali lagi diri ini terjebak untuk turut serta memeriahkan contest tersebut.

petua dan herba Kongsibersamanora
Contest petua dan herba Kongsibersamanora


Contest yang Murni maksudkan ialah Contest petua dan herba Kongsibersamanora yang telahpun berlangsung sejak 1 Febuari 2015 yang lepas dan tarikh tamat contest telahpun dilanjutkan pada 31 Mac 2015 10 April 2015. Tak rugi sebenarnya kalau korang join contest ni, sambil join contest at least ada juga ilmu tentang herba dan petua yang boleh diperolehi.


Apa itu petua dan herba?


Kalau hendak bercerita tentang petua-petua ni, sudah semestinya orang-orang dulu yang mempunyai pengalaman seperti nenek moyang kita lebih arif apabila memberi nasihat mahupun panduan kepada orang muda. Petua amalan turun-temurun ni sebenarnya ada macam-macam jenis termasuklah petua kecantikan, petua berkaitan kesihatan, petua nak bagi masakan tu jadi sedap dan lain-lain.

Herbalist mentakrifkan bahawa,


"Herba ialah tumbuhan yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubatan dan bahan aroma. Ini bermaksud, tidak hanya tumbuhan renek, bahkan pokok yang berkayu juga boleh ditakrifkan sebagai herba jika ada potensi bagi mana-mana tiga kegunaan tersebut."


Takrifan di atas jelas menunjukkan bahawa walaupun hanya tumbuhan herba, ia mampu memberikan manfaat kepada manusia terutamanya dari aspek bahan makanan, perubatan, dan juga sebagai penambah aroma, penyedap masakan.


Petua dan herba Kongsibersamanora: Halia

Untuk pengetahuan anda, halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale merupakan salah satu tumbuhan herba yang ada disebut di dalam Al-Quran dengan sebutan Zanjabil.

Allah S.W.T berfirman;

"Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil"
                                                                                                 [Surah Al- Insan:17]


Salah satu tumbuhan herba yang sememangnya Murni suka makan sudah semestinya halia. Almaklumlah, kalau bab makanan ni serius tak tipu, penggunaan herba sememangnya akan menyedapkan lagi rasa makanan sehinggakan aroma yang terhasil daripadanya boleh membuatkan anda rasa tak sabar nak merasa makanan yang masih berada di dalam kuali ataupun periuk panas. Murni pernah rasa, ok. Tambah-tambah kalau mak Murni tengah masakkan lauk kegemaran, Ikan Masak Halia. Sedap tau sampaikan licin pinggan hanya tinggal tulang ikan je...hihi petua dan herba Kongsibersamanora


petua dan herba Kongsibersamanora
Ikan Masak Halia


Kalau dulu time Murni masih belajar di U, asal balik je ke kampung confirm minta mak buatkan Ikan Masak Halia. Siap bagitau dekat mak halia, bawang putih, dan cabai kena letak banyak2. Time duk di kampung jelah dapat merasa makanan ni, almaklumlah Murni hanya dapat balik ke kampung untuk setahun sekali je time belajar di UUM untuk tempoh tiga tahun dulu. Dapat merasa sendiri masakan air tangan mak memang nikmat tak terkata. Sekarang ni lagilah terasa nikmat sedap masakan mak bila dah dapat duk sebumbung hewhew :D

Kandungan & Fungsi Halia


petua dan herba Kongsibersamanora
Halia

Selain menggunakan halia di dalam masakan, ia juga banyak digunakan untuk tujuan perubatan. Misalnya, masyarakat Melayu sering menggunakan halia untuk membuang angin dalam badan yang mendorong kepada ketidakselesaan tubuh.

Murni selitkan di bawah ini sedikit info berkaitan dengan kandungan dan fungsi halia yang Murni perolehi hasil daripada pembacaan di beberapa buah website. Antara kandungan dan fungsi halia adalah seperti berikut:-


  • Halia mengandungi magnesium, kalsium, dan fosforus yang mana akan bekerja bersama-sama dalam pembentukan tulang, meregangkan otot dan transmisi saraf.
  • Halia juga mengandungi mineral yang tinggi dan ia bermanfaat untuk masalah kejang otot, stres, tekanan darah tinggi, mual, serta gangguan pencernaan.
  • Kadar kalium yang tinggi dalam halia boleh memberi manfaat terutamanya menjaga tubuh daripada masalah tulang reput, lumpuh otot lemah, bingung, kerosakan ginjal dan jantung.
  • Mengandungi minyak volatil yang mana ianya bersifat meruap masuk udara apabila dipanaskan.  Halia biasanya digunakan sebagai ubat herba yang direbus atau dibancuh seperti teh dan minyak urut tradisional. Ianya baik untuk sistem penghadaman, mengatasi selesma, dan sakit-sakit sengal pada sendi atau otot.

Petua untuk anda cuba sendiri

1. Mencegah demam dan selesma
  • Rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang ke dalam air panas. 
  • Hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Minum teh halia panas-panas dan tambahkan secubit serbuk kayu manis bagi menambah khasiat.


2. Mengubati mual, mabuk, sakit tekak
  • Ambil halia sebesar ibu jari kemudian tumbuk dengan lesung batu.
  • Masukkan halia yang telah ditumbuk ke dalam air yang akan dipanaskan.
  • Selepas beberapa minit, tuangkan ke dalam cawan dan tambahkan dengan 2 sudu madu kemudian kacau. petua dan herba Kongsibersamanora


3. Mengurangkan sakit sendi dan otot 
  •  Minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok pada bahagian sendi atau otot yang sakit


4. Mengurangkan masalah mulut berbau
  • Tumbuk lumat sepotong halia dan sesudu garam kasar, kemudian tambahkan air dan bancuh sehingga sebati.
  • Setiap kali selepas menggosok gigi, kumur dengan air bancuhan tadi dan amalkan setiap hari.
  • Petua ini bukan sahaja boleh memberikan nafas segar malah boleh memutihkan dan menguatkan gigi.

        

3 Entri Menarik untuk dibaca




"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"


Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja :