Rabu, Julai 30, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

7/30/2014 0 Comments
Assalamualaikum

Hi, readers! Mesti korang tengah beraya sakan sehari dua ni dengan berkunjung ke rumah sanak-saudara & sahabat handai. kan? Huhh jeles sangat dengan korang yang dapat cuti panjang. Murni dah start kerja pagi tadi..huhu Btw selamat Hari Raya Aidilfitri untuk keluarga terchenta, sahabat handai dan pembaca setia blog ni; ada ketikanya mata ini silap memandang, telinga ini salah mendengar, lidah ini terlanjur berkata, fikiran ini khilaf mentafsir, dan hati ini silap menduga, maaf zahir dan mohon diampunkan ya salah silap diri ini :)



Jumaat, Julai 25, 2014

Latihan Industri di PDLD (Part1)

7/25/2014 0 Comments
Assalamualaikum

Hi, readers! sejak belakangan ini Murni kurang menghupdate belog, bila dah kurang sangat aisehh mulalah terasa rindu jari-jemari ni hendak menari-nari di atas keyboard. Untuk pengetahuan pembaca semua, sekarang ni Murni tengah menjalani Latihan Industri di Pejabat Daerah lahad Datu, Sabah (PDLD). Murni lapor diri start 14 Julai 2014 dan ditempatkan di Unit Akaun.  That's whyla kemalasan untuk update blog semakin menggunung tinggi. Alhamdulillah nasib baiklah ada jugak kawan sekolah yang buat praktikal di PDLD ni plus dengan member baru yang dikenal. Padahal kalau diikutkan dulu pernah sekelas time di Universiti. Nah! disinilah tempat kami mengeratkan lagi silaturrahim, tambah kenalan baru. Happy go lucky bila bekerja di sini. Stress pun ada jugak, bila seharian tiada kerja...haha.

Latihan Industri di PDLD (Part1)

Kami semua student praktikal di PDLD. Busy ambil gambar. Eh, Silap! sibuk kami menguruskan pendaftaran plus pemberian cek untuk penerima dividen. 


Latihan Industri di PDLD (Part1)

Di sinilah tempat kami berkumpul sebelum pulang. Then berbaris pulak di luar check out guna thumb print, padahal jam belum lagi jam 5:00 p.m...haha ini yang di suka ni. Tips dari pensyarah: Jangan pulang selagi bos anda belum pulang, itu menunjukkan komitmen anda untuk bekerja di dalam sesebuah organisasi. 



Selasa, Julai 15, 2014

Soal Jawab Agama: Hukum lelaki memuji kecantikan wanita

7/15/2014 0 Comments
Soal Jawab Agama: Hukum lelaki memuji kecantikan wanita | Assalamualaikum & salam sejahtera. Q: Apakah hukum apabila seseorang lelaki berasa kagum lalu memuji kecantikan seseorang gadis? Sedangkan dalam hatinya tiada niat slain daripada memuji dan mengagumi kebesaran ALLAH

A: Hukumnya adalah salah kerana dua sebab. yang pertama seseorang lelaki yg benar aqidahnya akan mngetahui semua yg ALLAH cipta adalah cantik, indah dan baik. Maka dia tidsk membeza-bezakan kadar kecantikan anatra orang-orang yg blainan. Yang kedua, seorang lelaki yg beriman akan terus merendahkan atau mengalihkan pandangannya jika terlihat seorang gadis yg cantik dan dia tidak akan memandang wajah gadis tersebut sehingga memujinya.

Soal jawab agama oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah (Juruterbang MAS)
Sumber: Majalah Dara.com

Take noted ya wahai jejaka-jejaka sekalian, jagalah pandangan mata anda & jadilah lelaki yg beriman :)

Isnin, Julai 07, 2014

Save the Date

7/07/2014 0 Comments
Assalamualaikum

Hi, readers! salam ramadhan utk korang semua :) Entry kali ni Murni just nak share saat-saat manis dengan dua orang sahabat Murni, Nisa & Najwa. Nak dijadikan cerita, sebelum nak menghabiskan study kat UUM, kitorang ada buat perancangan nak p keluar jenjalan berenam. Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Telan dengan pahit kenyataan tu. Bila mana Allah dah makbulkan doa dapat habiskan masa dengan sahabat terdekat, maka berbunga-bungalah rasa hati ni ditambah dgn rasa syukur yang teramat sangat. 

Sebelum Murni balik Sabah 3 Julai yang lepas, Murni singgah ke rumah tok Nisa kat Juru, Penang. Kiranya time ni Murni minta tolong dengan Nisa nak tumpang tidur sehari dua sebelum singgah ke rumah pacik Murni kat Puchong, Selangor. Kami bertolak dari UUM hari khamis, 27 Jun then singgah jap kat rumah ayah angkat Nisa. Sebelum nak p rumah tok Nisa sempat jugak jumpa dengan kak kesayangan kitorang, kak Mimi. Rasa sedih jugaklah entah bila lagi agaknya boleh jumpa dengan kak mimi. Kak mimi kita rindulah!. Kak Mimi terima kasih sebab belanja makan erk :)




Selesai makan, kitorang pun pergila membawa diri ke destinasi masing-masing. Hati sedih tapi tak mau tunjuk..huhhh! Memulakan perjalanan dengan memegang kucing yang comel & kalau boleh teringin jugak nak bela seekor. Sepanjang perjalanan kucing ni tak nak berhenti menangis. Eh, silap! kucing ni mengeluarkan bunyi "meow" macam budak meragam nak itu ini. Huh, kucing ni meragam sampaikan dia kencing atas riba Murni, tu pun nasib baik beralaskan tuala kalau tak confirm habis basah baju & kain yang Murni pakai. Nasib hang comel kalau idak hang duk dalam sangkar sorang-sorang...haha. Singgah RNR jap basuh baju yang terkena 'najis' tadi. Usai meletakkan kucing tadi dalam sangkar dia & basuh tangan Murni dengan Nisa pun menjamah burger yang tak sempat nak dimakan time jumpa kak Mimi tadi. Perut sebenarnya lapar nak makan nasi. hihi



Jatuh chenta pandang pertama time Nisa minta tolong jagakan kucing ni. Comelkan dia tidur?.
 Kesian kat kucing ni kecik-kecik dah terpisah dengan mak dia. Nisa jaga elok-elok tau kucing ni. 
Terindula plak kat si dia ni.


Sampai kat rumah tok Nisa kat Juru kalau tak silap dalam pukul 6:30 petang. Kesian kat Nisa drive sorang-sorang. Almaklumlah kalau Murni yang drive confirm kereta tu tak gerak ke mana-mana pun..hihi tak de lesen lagi arrr. hahaha Kebetulan pada hari yang sama kat tempat tok Nisa ni ada pasar malam, then usai solat maghrib, Nisa pun bawalah Murni g meronda-ronda kat pasar malam. Sebenarnya Murni teringin sangat nak makan durian. One of my feveret buah hihi. Thanks Nisa sebab dah beli buah durian tuk aku. RM 10 tuk 5 biji buah durian. Malam tu mang tak boleh nak perabiskan & keesokan harinya, pepagi lagi dah isi perut dengan durian. Hang ni mang hantu durian betullah Murni :P huhu tak boleh nak kata apa dah, feveret tu. Alhamdulillah dapat jugak merasa suasana kampung bila singgah kat rumah tok Nisa ni. Nak balik Indonesia, dah lama rasanya tak jejakkan kaki ke kampung halaman sendiri. Rasanya dah lebih 14 tahun since arwah bapa dah tak ada. In shaa Allah kalau ada rezeki lebih nak balik jugak.

27 June, Jumaat. Selepas Zohor, kami bertolak dari rumah tok Nisa ke Kuala Kangsar. Time ni mak Nisa balik sekali dengan kami. Singgah sebentar kat rumah saudara-mara Nisa, then bershopping plak kat Parit Buntar. hihi barang-barang kat sini memang murah tapi tak boleh nak boros sangat..hihi purse tak tebal pun. Beli apa yang perlu je. Tak jumpa pun apa yang nak dibeli sebenarnya. Tak apala jalan-jalan cuci mata pun dah dikira bolehlah..hahaha. Kaki dah penat melangkah, maka perjalanan pun diteruskan berkilometer jauhnya ke Kuala Kangsar. Sampai kat rumah Nisa dah lewat malam, boleh pulak Nisa terlajak terus. Kesian kat Nisa mesti dah letih sangat. Maaf tak dapat nak bantu Nisa drive. huhu. malam tu pulak menjamah char kuey teow plus durian, habis sepinggan. Boleh gemuk macam ni, asyik makan je. Pipi naik sekilo. hahaha. Pengalaman yang tak boleh nak dilupakan masuk ke perkampungan orang asli. Terima kasih sangat kat keluarga Nisa sebab sudi terima kehadiran Murni :) . Nisa nanti raya jangan lupa sampaikan salam aku kat tok, saudara, & family ko sekali erk. 

28 June, Sabtu. Sehari sebelum seluruh umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa, Nisa dah plan nak bawa Murni & Najwa g jalan-jalan kat Pulau Pangkor. Tak sangka sebenarnya kami bertiga boleh kumpul sama-sama lagi. Hari tu Najwa dah balik rumah seminggu awal dari Murni & Nisa sebabnya kitorang masih terikat dengan satu paper lagi. Murni & Nisa bertolak pagi dalam pukul 10 cam tu dari rumah then g amik Najwa kat rumah mak saudara dia. Alamak kita terlupa nama tempat mak saudara Najwa. hihi. Ambil masa dalam dua jam jugakla nak g amik Najwa. Dah sampai tu, kami dihidang pulak dengan durian sepinggan, buah manggis, buah naga, keropok lekor, plus air bandung. Penuh perut...aishhh tak habes-habes dengan durian..haha Sebelum nak bertolak tu, Najwa bawa bekal sebalang keropok lekor dengan satu plastik buah manggis. hihi makan lagi. Teringin nak minum air Nescafe ais bungkus ikat tepi, then singgah jap kat gerai tepi jalan. 

Decide g Pulau Pangkor dengan Teluk Batik dalam waktu yang singkat. Biarlah gambar yang berbicara dengan caption yang ringkas. okay!

PULAU PANGKOR




Panas terik yang tak mematahkan semangat kitorang nak g jalan-jalan.




ikan besar yang tak boleh nak dimakan..hihi




gaduh-gaduh manja, tak tahan nak tergelak sebenarnya.



buat muka tak tahu malu amik gambar kat tengah-tengah bulatan. 
Rangka tulang ikan apa entah dah tak ingat pulak.





Tak dapat nak naik bot time kat Pulau Pangkor, so kami just jenjalan je amik gambar kat atas darat ni. It's ok asalkan kami dapat simpan momen yang menggumbirakan hati didalam hengpong...hihi eh, silap! aku akan sentiasa merindui saat-saat bersama-sama kome berdua. Moga Allah sentiasa pelihara hubungan yang dah terbina selama tiga tahun kita bersama. Aamiin. 


TELUK BATIK

Kami teruskan perjalanan kami ke Teluk Batik pulak.
Hati manyak gumbira owh jenjalan tepi pantai.
Habis mukak jadi gelap sudah. haha







Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hajat nak naik bot melihat pemandangan kawasan sekitar Pulau Batik apabila disapa oleh salah sorang pekerja yang jaga bot masa tengah jenjalan. Kemain lagi seronok sangat nak naik bot, dapat naik kejap pun jadilah. Kalau nak naik kena bayar 4 ringgit untuk satu kepala. Kitorang je kut yang pakai jaket keselamatan ni, orang lain tak pakai pun. Tapi apa-apa pun kena berhati-hati jugak. Malang tak berbau. ok!

Dah puas bermain dengan ombak kecil, maka dengan itu berakhirlah part-part yang menggumbirakan hati. hihi. Mak Najwa jemput kitorang g rumah dia untuk makan malam. Sebelum nak g rumah Najwa, kat Teluk Intan kami singgah jap kat surau yang berhampiran tukar kain yang basah plus solat Asar. Makan malam yang agak menyelerakan..hehe. First time merasa ikan pekasam gitu. Sedap jugak. Huh telan liur sekarang ni. Sedap kut licin pinggan aku kerjakan. hahaha. Terima kasih macik sebab dah susah-susah sediakan makan malam untuk kami & untuk buah pelamnya sekali erk :) Usai makan, maka beransurlah Murni & Nisa balik ke Kuala Kangsar

Ok cerita dah habis. Maaflah ye panjang sangat ceritanya..hihi. Selamat bersahur :)

bersambung...