Selasa, April 15, 2014

Mydin, Seremban2

4/15/2014 1 Comments
Assalamualaikum

Hi readers! Murni kembali lagi untuk mengupdate belog yang berlatar belakang mawar (Love it so much).
Entry kali ni Murni nak kongsi cerita, cuti midsem break minggu lepas Murni tak balik kampung. almaklumlah kampung terpisah oleh Laut China Selatan..hari-hari sedih bila fikir tak dapat balik..huaaa nanges sorang-sorang dalam bilik. DPP pun sunyi sepi tanpa penghuni, nasib baik ada juga kucing-kucing yang comel jadi peneman. Asignment bukan main tinggi menggunung banyaknya, satu je yang dah submit yang lain haram nak dibuatnya...(Cik Mur, please buang tabiat malas tu jauh-jauh) time cuti Murni banyak fokus untuk buat thesis plus buat latihan Financial Management(FM).

Seminggu cuti memang bosan yang teramat sangatlah..duduk dalam bilik je memanjang. Kalau lapar baru keluar p jalan-jalan. Nasib baiklah ada jugak cafe yang bukak time cuti sek. (eh, cuti sek.?) Balik dari makan kat cafe, confirm Murni belikan makanan untuk kucing-kucing kat DPP. Murni bagi makan pun coz kesian sangat tengok kucing-kucing ni. Bila Murni keluar je dari bilik, kucing-kucing ni dah terpacak kat depan pintu siap dengan suar manjanya lagi..meowmeowmeow gitu, seolah-olah nak makan..Tuan punya kucing ni balik kampung, so Murni ambil alih jaga kucing-kucing ni. Kerja time cuti; tidur, makan, buat kerja sek., joging melihat bunga-bunga sakura yang cantik-cantik belaka, bagi makan kucing, tengok Running Man & drama Aku Isterinya, p melepak di Library. Beruntunglah mereka-mereka yang di luar sana tempat study dekat dengan rumah, so senang nak balik kalau cuti..nak minta mak masakkan lauk kegemaran pun tak jadi masalah..terasa sangat diri ini bila tak dapat nak merasa masakan mak.huhu




8 April lalu (masa ni masih cuti lagi), kawan Murni, Nisa ada ajak Murni p satu program Mydin Career Fair- Skills, Safety & Equality in Job & Life under CUIC (Centre for University-Industry Collaboration) UUM bertempat di Mydin Seremban2. Murni ambil peluang nak join program ni coz nak lari dari fikiran yang tengah serabut dengan thesis, kiranya macam nak p jalan-jalan di tambah pula Murni tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan, so p membawa diri je. Program ni berlangsung 12 April hari Sabtu & kami bertolak dari UUM pagi Jumaat. 

10 & 11 April: Member datang p DPP Murni, berkelah semalaman di bilik Murni.hihi kiranya nak memudahkan kitorang g CUIC keesokan harinya coz bas & kereta sapu pun tak ada..jalan kaki dari DPP EON ke CUIC..berpeluh-peluh jugaklah berjalan kaki..dapat mesej ktorang kena ada kat bangunan CUIC sebelum jam 8 pagi. Bukan main jalan punya cepat, sampai-sampai je depan CUIC..huhhh mengeluh jugaklah mana yang lain, takkan tak sampai lagi kut..janji Melayu, sabar jakla...Menunggu & terus menunggu bas sampaikan mata ni pun dah redup-redup nak tidur (seharian tak tidur coz mengadap thesis). Jam 9 lebih kalau Murni tak silap bas baru datang nak angkut kami. 

Perjalanan yang melibatkan lebih/kurang 100km, tak sah kalau tak singgah sebentar kat RNR. betul kan? mesti ada yang nak singgah untuk makan, rehat & melepaskan bahan beracun dari badan..hehe..Banyak perhentian confirm jugaklah akan lambat sampai ke destinasi yang ingin dituju..tak apa biar lambat asal selamat, hargai nyawa masing-masing dengan nyawa insan terchenta ;) . Perhentian pertama, singgah kat RNR Gurun sebentar. Teman member g toilet plus singgah sebentar beli hadiah untuk phone samsung; beli patung teddy bear teccik :D . Perhentian seterusnya dah tak ingat dah nama tempat..hihi yang pastinya untuk menunaikaikan solat.


Bear teccik :D

Kami sampai kat hotel dalam jam 6 lebih..check in ada problem sikit, tapi staff under CUIC dah uruskan semuanya. Kami menginap di Hotel S2 Sdn. Bhd. 1 bilik ada 2 orang, Murni dgn Nisa. Dah dapat kunci bilik, kaki ni pun melangkahla menuju ke lif.


kalau korang nak tahu lebih lanjut fasal hotel ni bolehlah layari website hotel ni KLIK SINI

Selepas menunaikan solat maghrib Murni dengan Nisa decide jalan-jalan kat Aeon, dekat je dengan hotel ni. Memandangkan time ni tak ada aktiviti untuk kami, so bolehla keluar makan angin. Sampai kat Aeon, perkara pertama yang berputar-putar kat minda ni, sudah semestinya nak mengisi perut yang tengah lapar. Makanan yang menjadi pilihan hati sudah semestinya KFC. Ingat nak makan nasi, tapi ayam goreng ni jugakla yang nak dimakan. hihi. lepas makan je, meronda satu Aeon cuci mata (window shopping)..then makan aiskrim







Dah puas jalan-jalan, maka dengan itu, kaki ni pun balik p hotel..huhu kepala terasa sakit tem ni plus badan pun penat asyik duduk berjam-jam kat dalam bas, so decide tido kejap, then bangun untuk solat isyak. Ingatkan boleh jugakla nak study sikit, tapi bila badan dah terasa penat, niat untuk study pun tinggal macam tu je.

12 April: Bertolak awal pagi ke Mydin Seremban2. Sebelum check out dari hotel sempat lagi bergaya depan kamera..hihi pantang jumpa kamera. Apa-apa pun kena sarapan dulu, tu pun hanya minum secawan Nescafe pahit >.<




 Sampai kat Mydin duduk kejap kat Medan Selera sebelum majlis pelancaran Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja. Masa ni juga terdapat temu duga terbuka bagi sesiapa sahaja yang berminat dan ingin menjadi warga Mydin.






Kakitangan Mydin juga turut menerima topi kaledar & jaket keselamatan daripada YB Timbalan Menteri Sumber Manusia.


      






Selesai je Majlis Pelancaran kempen ni, semua tetamu VIP, warga kerja Mydin, & wakil-wakil pelajar dijemput untuk menyaksikan demonstrasi perjalanan selamat ke tempat kerja. Menjelang tengah hari pula kami dijemput untuk makan tengah hari bersama-sama dengan VIP, warga kerja Mydin, PERKESO, & wakil-wakil pelajar dari institusi tempatan. Seronok tengok keakraban warga Mydin ni, kalau diikutkan Mydin ni banyak membantu golongan OKU terutamanya untuk mendapatkan pekerjaan di samping menjaga kebajikan mereka. Semoga golongan OKU  ni diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupan yang mendatang. Masa menikmati makan tengah hari tu, macik yang duduk sebelah Murni boleh pulak kata yang Murni  dengan Nisa ni kembar..kembar ke?


Kembar!  myb sebab dua-dua pakai spek mata kut.

Dah habis berprogram, kami balik dalam jam 5 ptg macam tu. Sepanjang perjalanan balik 3 jam pertama tu rasanya tidur je dalam bas, then tengok citer. Yang tak boleh nak tahan, tengok cerita hantu, dalam takut-takut pun, terlepas jugak gelak ketawa. Nama cerita dah tak ingat..hihi . Sampai DPP nak dekat jam 2 pagi, then Murni sambung study FM. Terpaksa tau kena study jugak coz Murni lupa sebenarnya yang Murni ni ada exam FM hari ahad tu. Murni juz study bab satu je, mata pun dah tersengguk-sengguk time ni. Jawab soalan baca Bismillah..hihi

Lama sungguh ko ni Murni mengupdate entry ni, start dari kelmarin lagi sampailah pagi ni baru siap menaip..hihi


Rabu, April 09, 2014

Anak No. 1/3/4/6

4/09/2014 0 Comments
Assalamualaikum

Hi readers & selamat menikmati petang anda dengan ceria :D
Cuaca di UUM sekarang ni tengah hujan siap bunyi guruh lagi, so Murni nak keluar p makan pun tak boleh coz payung tak ada & now perut kata nak makan (gigit jari je la) Awal sem hari tu mengada-ngada kata tak nak beli payung..erm bukan  tak nak beli kira macam membazir la plak kalau beli coz dah final year katakan (amboi cik kak berkira nampak!). Kurangkan rasa lapar dgn menghupdate belog okay cik Mur!..yeayyy hehe. Actually, Murni nak kongsi sesuatu ni, tengok pict. kat bawah ni 

 credit pict NizarazuDotCom

Bila Murni baca, ya Allah, banyaknya persamaan..hihi tapi ada jugak yang tak ada kaitan dengan diri ini. Contohnya yg no 1, kalau ikutkan Murni memang degil tapi tak adalah sampai nak mampus gitu. Then yg no 5 tu pulak pemarah macam singa totally 100% tak betul, Murni marah dalam hati je plus tunjuk muka masam tau tak de tunjuk muka cam singa pun. Yang tak tahannya nak tergelak pun ada ni dengan no 8, haha muka ni sweet je tau tak ada pun muka macam gangster. Lastly but not least, no 12 & 13 nak diingatkan bahawa Murni bukanlah seorang yang panas baran ok! budak baik ni (puji diri) dan bukan juga seorang yg kaki gaduh. minta dijauhkan jauh-jauh. Cuba teka Murni anak ke berapa?

Perkongsian ni sekadar suka-suki di petang hari :D



Jumaat, April 04, 2014

Musim bunga di UUM

4/04/2014 3 Comments
Assalamualaikum

Indah sangat ciptaan Allah SWT ni. Pagi tadi kiranya p jalan-jalan sekitar kawasan pusat sukan UUM dengan member, kiranya macam berjogingla..hehe tak larat nak berlari-lari anak gitu..hehe..sambil berjalan mata ni tertumpu dengan bunga yg ada kat atas pokok..macam berada dekat Korea/Jepun pulak..










Sedikit info tentang pokok ni:

Famili : BIGNONIACEAE
Nama Saintifik : Tabebuia rosea, Tabebuia pentaphylla
Nama Tempatan : Tabebuia
Nama Inggeris : Tecoma

Ciri-ciri
Pokok sederhana besar bersaiz 15 m – 20 m. bentuk silara bertingkat-tingkat semasa muda tetapi menjadi padat, hampir bujur apabila pokok matang dan tua. Daunnya luruh. Bunga berwarna putih dan ungu. Kerap berbunga terutama sekali selepas daunnya gugur. Buahnya bulat, panjang dan berjuntai pada hujung dahan. Bijinya berbentuk sayap yang lebar, nipis dan tersusun rapi di dalam kapsul.

Kadar Pertumbuhan : cepat
Asal / Habitat : ‪#‎Mexico‬ ke ‪#‎Venuzuela‬ dan ‪#‎Hindia‬ Barat
Kegunaan dan landskap
Popular ditanam sebagai pokok teduhan bagi menghiasi jalan dan lebuhraya. Sesuai ditanam di kawasan lapang dan taman.
Waktu Berbunga
Sepanjang masa – bergantung kepada keadaan cuaca yang panas (sekitar Mac – Jun)