Selasa, Oktober 29, 2013

Hadis berkaitan Amalan Peribadi Rasulullah

Oktober 29, 2013 0 Comments
Hadis berkaitan Amalan Peribadi Rasulullah| Assalamualaikum & salam sejahtera. Walaupun kita tidak hidup pada zaman Rasulullah, namun kita masih dapat mengenali keperibadian Rasulullah dengan lebih dekat berlandaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh para sahabat baginda. Bahkan keperibadian baginda sendiri menjadi ikutan dan sunnah bagi umat islam sejagat.

Amalan yang berkaitan dengan hadis Rasulullah:

Cara Rasulullah merapikan rambut

Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah selalu mengenakan minyak yang banyak di rambutnya, merapikan janggutnya dan memakai kain penutup kepala sehingga penutup baginda kelihatan seperti penjual minyak. (Diriwayatkan oleh Al-Tirmidzi)

Cara Rasulullah memakai cincin

Daripada Hammad bin Salamah berkata: "Aku melihat Ibnu Abi Rafi' memakai cincin di tangan kanannya." Beliau menjawab, " Aku melihat Abdullah bin Ja'far memakai cincin ditangan kanannya. Menurut Abdullah bin Ja'far pula, Rasulullah s.a.w memakai cincin di jari tangan kanan baginda." (Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dan An-Nassaie)

Cara berjalan Rasulullah 

Daripada Abu Hurairah, katanya: Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah s.a.w., seolah-olah beredar pada wajah baginda. Aku juga tidak pernah melihat orang lain berjalan lebih cepat daripada Rasulullah, bumi ini seolah-olah dilipat untuk baginda. Kami selalu berusaha sedaya upaya (melakukan hal yang sama) dan baginda tidak pun perlu bersusah payah untuk itu. (Diriwayatkan oleh al-Tarmidzi)

Doa Rasulullah sebelum & selepas makan

Daripadda Saidatina Aisyah, katanya: Rasulullah s.a.w. berpesan, " Apabila kamu terlupa menyebut nama Allah sebelum makan, hendaklah kamu membaca Bismillahi awwaluhu wa aakhiruhu (Dengan nama Allah pada awal dan akhir). ( Diriwayatkan oleh Al-Tirmidzi dan Abu Dawud)

Cara duduk Rasulullah

Daripada Qailah bin Makhramah, katanya: Beliau melihat Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Rasulullah sedang duduk dengan merapatkan kedua-dua paha ke perut baginda. Lalu Qailah berkata. " Apabila aku melihat Rasulullah duduk dengan begitu khusyuk, aku jadi gementar." (Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi & Abu Dawud)

Buah-buahan yang dimakan Rasulullah

Daripada Saidatina Aisyah, katanya: Rasulullah s.a.w pernah memakan buah tembikai dengan kurma yang baru masak. (Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dan Abu Dawud)

Tempat bersandar Rasulullah

Nafi' bin al-Harits berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mahukah kalian mendengar aku memberitahu perihal dosa-dosa paling besar?" para sahabat menjawab, " sudah tentu, wahai Rasulullah." Baginda pun berkata " Menyekutukan Allah dan derhaka kepada kedua orang tua." Lalu, baginda duduk sambil bersandar dan menyambung kata-katanya."Memberi kesaksian palsu dan kata-kata dusta." Baginda terus mengulanginya sehingga kami berkata dalam hati, "Mudah-mudahan baginda berhenti bercakap." (diriwayatkan oleh al-Tarmidzi, Bukhari dan Muslim)

Sumber: Majalah dara.com Nov 2013 Hadis berkaitan Amalan Peribadi Rasulullah

Isnin, Oktober 14, 2013

KAWAN

Oktober 14, 2013 0 Comments
Assalamualaikum


Ketika waktu senang, jangan lupa diri dan berkata sesuatu yang melukakan hati mereka yang bersama kita ketika waktu susah.

Jangan kerana ingin mengejar kawan baru dan menyedapkan hati rakan baru ketika waktu senang sehingga terlupa dan menyisihkan perasaan kawan dan rakan seperjuangan yang bersama kita ketika waktu susah kerana percaya selama ini kita di landasan yang betul.

Bagi mereka yang mengejar kawan dan rakan baharu sehingga terlajak menyinggung perasaan kawan dan rakan seperjuangan ketika waktu susah... usah salahkan mereka sekiranya mereka meninggalkan kita kerana terasa kita sudah terlupa mengapa mereka sanggup bersama kita ketika waktu susah. 

Akhirnya burung di semak tidak dapat, burung di dalam tangan keterbangan.

Sesungguhnya hanya kawan dan rakan seperjuangan sebenar sahaja akan tinggal di sisi kita ketika waktu susah untuk mengharungi bersama, yang lain hanya datang ketika waktu kita senang.

Sebagai peringatan untuk diri sendiri. Senyum.


Ahad, Oktober 13, 2013

Rindu Kian Terasa

Oktober 13, 2013 0 Comments
Assalamualaikum

video

menitis air mata bila tengok video ni :'(
#teringat mak di kampung
#teringat arwah bapa (rindu sangat2)

Hanya sekeping gambar jd pengubat rindu since belajar di UUM


#arwah bapa
#nenek (Indok)

Doa buat insan yg Murni sayang

"Ya ALLAH yg tuhanku yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku. Engkau tempatkanlah bapaku dlm kalangan orang yang beriman & lapangkanlah kubur bapaku. Aku mohon kpdmu ya ALLAH berikanlah kesihatan yg baik buat mak & indokku, panjangkanlah umur mereka & engkau bukakanlah pintu rezeki buat keluarga kami..amin"

p/s: hargailah mereka selagi mereka masih hidup, jangan pernah sia-siakan mereka & jangan pernah lupa untuk mendoakan seandainya mereka telah pergi menyahut seruan Ilahi.