Terima Kasih Daun Keladi, InShaAllah Ada rezeki Menang Lagi

September 16, 2013
Assalamualaikum

erm rasanya dah agak lama jugakla Murni dah mention kat FB nk buat entry tentang hadiah yg Murni dpt dr GA yg Murni join beberapa bulan lepas, tp x berkesempatan coz Murni busy sikit coz nak settlekan add drop subjek plus 1st program GCB yg Murni join. GCB stand for Graduate Characters Building tuk bebudak semester 1..dah masuk semester baru kat UUM ni, In sha Allah t rajinlah mengupdate blog :D



Crochet Phone Casing
Gift ni Murni dpt b4 hari raya hari 2
kalau nak tau Murni dpt Gift ni dr GA yg mana 1 bleh KLIK SINI :D



Peplum ni lambat sgt Murni terima...hehe 
coz parcel ni dpos guna alamat hostel Murni kat UUM, 
kbetulan tem2 mang dah cuti semester & Murni balik Sabah..
pa2 pun thanks kat penganjur coz inform kat Murni hadiah dah dpos :)
klu nk tahu Contest yg Murni join KLIK SINI :D

[Alhamdulillah masih dberi kesempatan tuk update]

Keserasian dalam Tugasan Kumpulan

September 10, 2013
Assalamualaikum

Perkongsian tips bagi mereka yg bergelar mahasiswa & mahasiswi diluar sana.

Kadang kala kita perlu membuat pertimbangan yg sewajarnya terutamanya dalam memilih ahli kumpulan. Hal ni kalau nak diikutkan rasa hati memanglah sangat penting bg mengelak drp mendapat ahli kumpulan yg hanya ingin menjadi "parasit" dlm kumpulan atau dgn kata lain nak duduk goyang kaki tanpa buat kerja ataupun buat kerja sikit berbanding ahli kumpulan yg lain...amboi nak markah "free" nampak!!! Ini tak ADIL.      Tips yg Murni nk kongsi adalah menerusi bahan bacaan majalah dara.com & penambahan sikit berdasarkan pengalaman yg dilalui sepanjang bergelar mahasiswi.

KESERASIAN: Katakanlah kalau pensyarah beri peluang utk pilih ahli kumpulan, carilah ahli kumpulan yg betul-betul boleh buat kerja, rajin dan sanggup bagi komitmen utk bekerjasama menyiapkan tugasan dlm tempoh yg telah ditetapkan oleh pensyarah. Bila dah cukup semua "ramuan" td ia merupakan satu bonus untuk kumpulan anda mendapat markah yg tinggi dlm tugasan. Setiap ahli dlm kumplan juga perlu berikan yg terbaik dlm setiap tindakan yg dilakukan.

TERUS-TERANG: Tak dpt dinafikan lg memang terdpt segelintir ahli kumpulan yg susah nak berterus-terang dlm kumpulan . Sebabnya berdasarkan pengalaman Murni sendiri & kawan-kawan Murni yg pernah melalui situasi ni. Ada kalanya kita ni nak jaga hati ahli kumpulan lain tp hati sendiri tak terjaga dek kerana sikap mereka yg suka lepas tangan dalam tugasan yang telah diagihkan sama rata oleh ketua kumpulan. Oleh itu, ada kalanya kita juga perlu cerewet dan tegas untuk memastikan konflik yg timbul boleh diselesaikan secara bersama dgn cara berterus-terang dan menerima setiap teguran secara positif. Tak lupa jga keberanian utk bersuara juga perlu bg menegakkan keadilan.

ADIL & SAKSAMA: Penyerahan tugasan perlulah dilakukan dgn adil & sama-rata & peranan ni perlu dimainkan oleh ketua kumpulan. Jangan pula berat sebelah beri tugasan dengan memberikan beban kerja yang terlalu banyak kpd seorang ahli kumpulan. Sikap pentingkan diri kalau boleh elakkanlah, mereka yang teraniaya ni pun ada komitmen lain juga dlm subjek/kursus yg lain bukan tertumpu hanya kpd 1 subjek erk banyak tau. Bertimbang rasalah sikit! Seelok-eloknya elakkanlah mengambil kesempatan di atas kelemahan & kelembutan sseorg ahli kumpulan anda. Bila nak agihkan tugas, anda mungkin boleh menyusun strategi dgn menyerahkan tugasan mengikut kepakaran yg sememangnya dimiliki oleh setiap ahli kumpulan. Kesannya mesti kumpulan anda boleh meraih markah yg tinggi hasil titik peluh yg dicurahkan sepanjang tempoh nak siapkan tugasan.

PENGANGKUTAN: Penting sgt terutamanya apabila tugasan yg memerlukan kita perlu membuat kajian di  dlm ataupun dluar kawasan universti. Utk sempurnakan tugasan kumpulan adakalanya masalah timbul apabila terdpt ahli kumpulan yg memberikan alasan tiada kenderaan semata-mata untuk mengelak dr membuat perjumpaan. Kalau keadaan seperti ni berterusan tanpa kawalan sudah pasti akan menjejaskan tugasan yg hendak dijalankan. Pengagihan tugasan dan sumbangan idea juga tidak seperti yg diimpikan oleh ketua. Kesannya tugasan yg bakal dihasilkan mungkin kurang dr segi kualitinya, bahkan mungkin akan menjejaskan pemarkahan ahli kumpulan yg lain. Sekiranya sseorg ahli dlm kumpulan tersebut sememangnya sukar utk mendapatkan pengangkutan awam, seeloknya cubalah mencari inisiatif lain dgn selalu merujuk kepada ketua berkenaan dgn bahagian tugasan yg perlu dlaksanakannya. 

PASANGAN BERCINTA: Kalau boleh elakkanlah ya. Mengelak itu lebih baik bg mengelakkan hati mana-mana pasangan tergores. Keadaan ni mungkin boleh menyebabkan tugasan kumpulan tidak mampu disempurnakan dgn baik terlalu asyik bercinta sehingga mengabaikan hal-hal yg berkaitan dgn tugasan.  Mungkin tak semua, tp "confirm" mesti ada kan? Fikir-fikirkanlah setiap gerak-geri kita diperhatikan oleh org yg ada d sekeliling kita.

Minta maaf kalau ada terkasar bahasa :)