Rabu, Ogos 02, 2017

Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung Dhia Cotton | Assalamualaikum & hi readers!  Murni nak kongsikan keterujaan sebab dapat beli lagi sepasang Baju Kurung Dhia Cotton. Sebelum join dropship bulan 5 hari tu, Murni memang dah beli sepasang baju kurung Dhia Cotton. Boleh rujuk post sebelum ni [+] Baju Kurung English Cotton Murah. Alhamdulillah ada rezeki lebih, Murni tambah lagi sepasang baju kurung Dhia Cotton saja nak tambah koleksi baju kurung yang diperbuat daripada material english cotton. Boleh pakai time raya haji nanti 😁

Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung Dhia Cotton
Sumber: Dhia Cotton Boutique

Murni order baju kurung ni hari Jumaat lepas direct dari HQ Dhia Cotton yang beroperasi di Kedah. Memandangkan hari Jumaat pejabat pos tutup, pihak Dhia Cotton pos out parcel hari Sabtu. Postage ambil masa 4 hari untuk sampai ke Lahad Datu. Punyalah hati gumbira bila parcel dah sampai ke tangan sendiri petang semalam. Cuba pakai, tengok cermin, bermonolog dalam hati "hitam itu menawan" 😂😂😂 Nampak lawa lah pulak pakai baju kurung warna hitam, eh!

Sebelum ni Murni beli warna biru saiz M. Kali ni Murni pilih warna hitam dan  ambil satu saiz yang besar sikit iaitu saiz L. Memandangkan Murni suka pakai baju yang loose, Murni pilihlah saiz L. Baju saiz M sebelum ni tak berapa nak loose sangat but still boleh pakai, saiz L lebih, lebih, dan lebih selesa bila Murni pakai 😁 Lepas ni kalau terbeli lagi baju kurung Dhia Cotton confirm beli saiz L murah pun murah RM72 (Semenanjung) dan RM75 (Sabah & Sarawak) termasuk postage. Kalau beli kain english cotton then nak upah tailor mahunya makan 100++, baik beli baju yang ready made. Kan?

Info & Gambar Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung Dhia Cotton

Baju kurung modern potogan sangat cantik bukan jenis baju kurung modern ketat. Bila pakai cutting elok-elok dengan badan tak kecil dan tak besar. 

Baju Kurung Dhia CottonBaju Kurung Dhia Cotton

Kain jenis selisih depan, orang panggil kain pakai. Kain kurung flexible ikut saiz pinggang kita kerana dibuat daripada getah dan sangat selesa dipakai.

Baju Kurung Dhia Cotton

Bahagian dalam baju, ada span. Sapa yang tak suka pakai span macm Murni nanti bolehlah bukak sendiri. Murni dari dulu memang tak suka pakai baju kurung yang ada span, rasa tak selesa 😁 Dah nama pun baju kurung moden, tak lengkap rasanya kalau tak ada zip di bahagian belakang baju. 

Secara keseluruhannya Murni sangat puas hati dengan Baju Kurung Dhia Cotton ni, dah lah lawa dihiasi dengan bunga kegemaran Murni, dalam hati ada taman bunga eh! Tak menyesal pilih warna hitam 😁 Sesuai sangat dipadankan dengan shawl/tudung bawal warna plain (merah atau pink lembut) Kualiti jahitan pun alhamdulillah sangat sebab tiada masalah, kemas pun kemas.

Next personal review, Murni akan kongsikan barang mekap dari Shopee My. Stay tuned! 😉

1 ulasan: