Rabu, Mei 10, 2017

[Video] Makeup Tutorial Volume 1

[Video] Makeup Tutorial Volume 1

[Video] Makeup Tutorial Volume 1 | Assalamualaikum & hi readers 😁 Kalau diikutkan hati Murni nak update blog hari Isnin lepas lagi, apakan daya disebabkan terlalu penat balik dari Tawau dengan tak cukup tidurnya lagi terpaksalah Murni lupakan niat tu. So hari ni Murni gigihkan diri untuk update blog. Tak banyak pun nak taip, Murni just nak share video macam mana Murni mekap. Sebelum ni Murni banyak share gambar hasil [+] makeupbymurnimy

Seriously Murni tak tahu nak namakan makeup look kali ni, almaklumlah masih newbie lagi dan tak pernah join mana-mana kelas mekap pun 😂 Solusinya Murni just letakkan tajuk Makeup Tutorial Volume 1 . Next video makeup tutorial Murni just continue the number, kan senang tak payah susah² fikir nak namakan makeup look apa. Link video Murni just embed from instagram Murni @murnimohdyusof_mmy

Makeup Tutorial Volume 1

Murni rakam video ni hari ahad lepas, ada scene tertentu dalam video ni Murni akan pandang ke kanan. Actually, sesambil mekap Murni tengah layan cerita tamil di TV2 😂😂😂 Murni inform awal² supaya korang tak rasa pelik nanti. List barangan mekap yang Murni gunakan, korang boleh cek post Murni sebelum ni di bawah label makeupbymurnimy.

1. Bahagian Kening

Murni kalau mekap, mesti dahulukan kening dahulu, dah biasa sebab Murni selalu tengok video tutorial dari MUA Bella. 




2. Bahagian Mata (Pembayang Mata/ Eyeshadow)



3. Bahagian Muka (Apply Foundation)


Foundation kegemaran Murni sudah semestinya dari Rosetyara kod Rose. If korang guna foundation RT ni, better guna berus mekap jenis flat lagi senang nak blend dan ratakan foundation berbanding beauty blender. Dulu Murni suka blend foundation guna beauty blender, sekarang tak lagi sebabnya hasilnya nyata berbeza.

Dalam video ni nampak sangat foundation Murni tinggai setengah botol, Nampak sangat selalu praktis mekap nak improve skill mekap 😁 Tak pa nanti boleh beli kod baru Snowdrop pula, ke ada yang nak belanja Murni seketui foundation RT kod Snowdrop? 😘 

Foundation RT ni serius best sangat pakai dahlah full coverage, rasa ringan bila pakai, tahan lama pulak tu, sapalah tak jatuh sayang dengan dia. As you can see in the video, boleh nampak segala jerawat, parut jerawat, flek hitam dan alergi (bahagian dahi). I love RT so much 😘


4. Nose Contouring / Shading

Sapa nak mancungkan hidung dan kuruskan pipi pau, boleh cuba teknik yang Murni tunjukkan 😅


5. Highlight (Hidung, Pipi, Bawah Alis Mata) & Pemerah Pipi



6. Mascara & Gincu

Kalau berus mascara terkena mata, rasa macam nak nanges semahunya pun ada juga. Tisu mana tisu 😂 Sapa pernah rasa macam Murni, angkat tangan hihi



Sentuhan Mekap #makeupbymurnimy

Maaflah lighting tak berapa cantik, Murni cuba 😁

[Video] Makeup Tutorial Volume 1

[Video] Makeup Tutorial Volume 1



Ok itu sahaja yang Murni nak share dengan korang, terima kasih sudi tengok Video Tutorial Makeup Volume 1 makeupbymurnimy. Maaflah kalau ada yang terkurang almaklumlah Murni newbie dalam bab mekap dan hasilkan video yang baik. Next video stay tuned ya 😘

3 ulasan: