Rabu, April 05, 2017

Tudung Kanak-Kanak Dihiasi Aksesori Reben

tudung kanak-kanak

Tudung Kanak-Kanak Dihiasi Aksesori Reben | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri ni Murni sediakan khas untuk puan-puan yang masih mencari tudung kanak-kanak mudah, lembut dan selesa dipakai oleh anak-anak. Bagi memudahkahkan carian puan, Murni akan kongsikan beberapa design tudung kanak-kanak yang mempunyai hiasan aksesori riben yang dikenali sebagai Tudung Shopkins. In Sha Allah anak-anak puan pasti menyukainya.

Tudung Kanak-Kanak: Tudung Shopkins

Tudung Shopkins merupakan tudung kanak-kanak di bawah jenama The Els yang dijahit dengan menggunakan fabrik boleh regang dan lembut. Yang menariknya adalah tudung ini dihiasi dengan aksesori reben dan ianya dijahit terus pada tudung bagi mengelakkanya daripada tercabut. 

Tudung Shopkins didatangkan dengan warna-warna yang sangat menarik dan ianya akan membuatkan anak-anak puan nampak lebih comel apabila menggayakan tudung ini. Tudung ini direka khas untuk kanak-kanak kerana ianya mudah dipakai, lembut dan pastinya selesa. Tudung ini dihasilkan dengan saiz khas untuk kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 8 tahun.

Koleksi Tudung Shopkins

Murni sertakan sekali beberapa gambar Tudung Shopkins bagi memudahkan puan-puan membuat pilihan design Tudung Shopkins yang menjadi pilihan hati puan ataupun puan boleh mengajak anak-anak puan untuk melihat sendiri gambar-gambar di bawah ini dan memberi peluang kepada mereka untuk membuat pilihan tudung yang mereka suka.

tudung kana-kanak, tudung shopkins

tudung kanak-kanak-kanak, tudung shopkins

tudung kanak-kanak, tudung shopkins

tudung kanak-kanak, tudung shopkins

Testimoni Pelanggan

Salah seorang pelanggan yang telah membuat pembelian Tudung Shopkins telah memberikan ★★★★★ "Fast delivery and excellent services"

testimoni pelanggan tudung shopkins


Bagi puan-puan yang berminat untuk mendapatkan Tudung Shopkins ni dan ingin mengetahui harga, warna dan saiz yang masih available, puan-puan boleh rujuk di laman web [+] TudungSiComel.com (klik). Apa yang menariknya, apabila puan-puan membuat pembelian Tudung Shopkins, puan akan mendapat jaminan 180 hari sekiranya puan-puan tidak berpuas hati terhadap tudung tersebut

TudungSiComel.com merupakan antara Pembekal Utama Tudung Kanak-kanak di Malaysia dengan hasrat untuk memudahkan terutamanya rakyat Malaysia bagi mendapatkan tudung kanak-kanak yang berkualiti dengan nilai hebat, Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya.

3 ulasan:

  1. awww, kenapa comel sangat tudung kanak2 ni <3

    BalasPadam
  2. Bgs entry murni..
    azzaazyra.blogspot.com

    BalasPadam