Sweet Look makeupbymurnimy

Sweet Look makeupbymurnimy

Sweet Look makeupbymurnimy | Assalamualaikum & hi readers! Entri kedua berkaitan dengan hasil mekap yang Murni nak share dekat korang. Entri sebelum ni, korang boleh klik [+] Minat Ke Arah Tatarias Wajah . Mekap kali ni lebih kepada sweet look. Sesuka hati ja nak letak nama Sweet Look hihi tak pa yang penting manis dipandang  😂😂😂 


Sweet Look 

Before Murni terangkan lebih detail part by part untuk hasilkan mekap Sweet Look ni, ada baiknya Murni share sekali produk yang Murni gunakan. Korang boleh refer gambar di bawah ni. Mostly produk mekap ni semua mudah didapati di drugstore like Watson and Guardian. 

Sweet Look makeupbymurnimy

Senarai Produk Mekap
  1. Foundation Rosetyra HD Glow
  2. Radiance Powder RT
  3. Silky Girl 3D Brow & Nose Shadow
  4. Concealer
  5. Meet Matt (e) Trimony
  6. Silky Girl Perfect Stay 20 HR Eyeliner, code: 02 Dark Brown
  7. Essence rock 'n' doll Mascara
  8. Kiss Beauty Eyeliner 3 in 1, White Maniac!
  9. IN2IT Waterproof Twin Blush, Code: 04 Charisma
  10. Lipstick IN2IT, Code: Cardinal Red
  11. Glow Kit Anastasia
Sweet Look makeupbymurnimy

Step by Step Sweet Look makeupbymurnimy

1. Lukis Frame Kening

Murni gunakan 3D Brow & Nose Shadow dari Silky Girl. Lukis kening mudah ja sebenarnya kalau selalu praktis hihi. Dulu pun Murni selalu failed bab kening ni, tapi sekarang bolehlah lukis walaupun tak berapa nak perfect sangat. Nah tips untuk korang hasilkan kening yang lawa; 
  • Lukis frame atas dan bawah
  • Warnakan bahagian hujung kening, bahagian depan kening tak perlu warnakan
  • Bahagian depan kening korang boleh guna brush dan blend dengan lembut. Part ni penting supaya kening tak jadi macam Sin Chan
  • Murni akan gunakan concealer untuk menutup lebihan kening
***kening tak cukur, guna teknik concealer

2. Pembayang Mata / Eyeshadow

Sweet Look makeupbymurnimy

Untuk part eyeshadow ni, Murni gunakan eyeshadow Meet Matt (e) Trimony dari the Balm cosmetics. Kod warna yang jadi pilihan hati Matt Thomas sebagai base, then Murni blendkan dengan kod warna Matt Kumar. Last sekali Murni blendkan lagi sekali dengan Matt Rossi. Bahagian bawah mata Murni letakkan sedikit eyeshadow kod warna Matt Kumar.

3. Eyeliner

Eyeliner kali ni Murni buat macam biasa, tak perlu letakkan cat eyeliner. Bahagian atas Murni gunakan Eyeliner dari Silky Girl warna coklat, bahagian bawah mata Murni letakkan eyeliner warna putih dari Kiss Beauty

4. Mascara 

Sweet Look makeupbymurnimy

Mata Murni ni kalau diikutkan kecik ja sebenarnya, kalau senyum confirm jadi sepet. Bila guna mascara dari essence, mata yang kecik pun boleh nampak besar. Mascara essence rock 'n' doll ni cepat kering. Murni tak guna bulu mata palsu ya original spicy gitu haha

5. Foundation & Radiance Powder

Selesai part kening dan mata, barulah Murni guna foundation. Murni memang dah jatuh chenta dengan foundation dari rosetyra. Sapa tak suka kalau foundation tu full coverage boleh tutup bekas jerawat dan yang pastinya boleh cover alergi Murni, sangat ringan rasa macam tak pakai foundation langsung, tak berminyak lagi. Dah siap pakai foundation Murni guna pula Radiance Powder, RP dari Rosetyra. Pakai RP ni mekap tak bercabuk pun, nampak lagi sweet gitu.

6. Contouring Nose

Sweet Look makeupbymurnimy

Sedar diri hidung Murni tak adanya mancung, nak bagi mancung buatlah teknik contouring nose. Confirm nampak mancung 😂😂😂 . Murni selalu guna 3D Brow & Nose Shadow dari Silky Girl.

7. Highlight

Dah siap contouring tu, Murni highlight kan bahagian hidung dan pipi dengan menggunakan Glow Kit dari Anastasia.

8. Pemerah pipi / Blusher

Blusher feveret Murni tak lain tak bukan mestilah dari IN2IT. Murni apply yang warna pink

 9. Bibir

Memandangkan Murni tak dak lipstick jenis matte warna pink, Murni buat try and error, buat style ombre gitu. Murni guna lipstick IN2IT code Cardinal Red then apply sikit RP dari Rosetyra. Tak jadi juga style ombre yang diingini 😂😂😂 Biaq pi lah.

Sweet Look makeupbymurnimy


Ok itu ja yang Murni nak share, tunggu next look 😀😀😀 Any tips berkaitan mekap, korang boleh drop komen di bawah. Terima kasih sudi singgah ke blog Murni.


6 ulasan:

  1. nice looks ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/

    BalasPadam
  2. comel, pandai Murni main makeup ni 😉👌

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks NOUR ADIEB :D:D:D
      Masih dlm proses belajar bab mekap, ni pun main hentam ja

      Padam
  3. cantik!
    aida x reti make up, murni.
    and sebeno nyer x brape minat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih aida :)
      kena belaja juga aida yg simple pun dah kira ok.

      Padam