Smokey Orange makeupbymurnimy

Smokey Orange makeupbymurnimy

Smokey Orange makeupbymurnimy | Assalamualaikum & hi readers 😁 Anyone of you yang sukakan look smokey orange? 🙋🙋🙋 Murni suka sangat kalau mekap pi mana-mana guna colour orange terutamanya untuk part eyeshadow. Aura dia lain macam kut 😂 Murni hasilkan mekap smokey orange untuk makeup look kali ni inspirasi dari MUA Bella. 

Smokey Orange 

Smokey Orange makeupbymurnimy

Untuk hasilkan look Smokey Orange ni, Murni perlukan produk mekap dalam gambar di bawah. Kalau korang nak guna jenama yang lain pun boleh, tak dak masalah pun.

Foundation Rosetyra HD Glow Radiance Powder RT Silky Girl 3D Brow & Nose Shadow Concealer Meet Matt (e) Trimony Silky Girl Perfect Stay 20 HR Eyeliner, code: 02 Dark Brown Essence rock 'n' doll Mascara Kiss Beauty Eyeliner 3 in 1, White Maniac! IN2IT Waterproof Twin Blush, Code: 04 Charisma Lipstick IN2IT, Code: Cardinal Red Glow Kit Anastasia

Smokey Orange makeupbymurnimy

Pada kebiasaanya, Murni akan buat part kening dahulu kemudian mata, apply foundation dan seterusnya. Step by step macam mana Murni mekap, korang boleh rujuk entri Murni sebelum ni [+] Sweet Look makeupbymurnimy .

Nah Murni belanja gambaq untuk hampa semua, maaf na keluaq pulak loghat utagha  😂😂😂 Ni kes sebab rindu tempat mengaji.


Smokey Orange makeupbymurnimy

Part mata, Murni tak gunakan eyeliner Murni just apply eyeshadow dari the Balm cosmetics ja. Kod warna yang Murni gunakan ; Matt Lin, Matt Evans, & Matt Lopez. Murni blendkan sekali dengan Glow Kit Anastasia untuk bagi nampak shining sikit. No false eyelashes 😁

Part bibir untuk look kali ni, Murni gunakan IN2IT Colour Stix Moist Lipstick, code 03 Orange. Kalau ikutkan hati Murni lebih suka lipstick jenis matte. It's okay lagipun lipstick ni dapat memberi kelembapan untuk bibir. Next time Murni kena cari juga lipstick matte yang sesuai dengan bibir Murni.

Smokey Orange makeupbymurnimy

Gambar di atas ni, still look yang sama juga saja buang tebiat pi tukar shawl lain then ambil gambar. Lipstick tadi Murni dah kurangkan tone warnanya, alah just guna tisu ja.

Ok lah itu sahaja yang Murni nak share, tunggu tau next look makeupbymurnimy . Terima kasih sudi singgah ke blog Murni 😁😁😁

5 ulasan: