Jumaat, Mac 24, 2017

Maroon Smokey Eye makeupbymurnimy

Maroon Smokey Eye makeupbymurnimy

Maroon Smokey Eye makeupbymurnimy | Assalamualaikum & hi readers 😁 Kemain seronok Murni nak share hasil mekap terbaru dari air tangan Murni, eh! ayat tu sesuai untuk memasaklah 😂 Biaq pi lah. Makeup look kali ni, Murni bermain dengan 4 warna eyeshadow untuk hasilkan maroon smokey eye.

Maroon Smokey Eye

Maroon Smokey Eye makeupbymurnimy

Makeup look kali ni, Murni gunakan barangan mekap seperti dalam gambar di bawah. It depends on you kalau nak guna brand apa pun, ikut kemampuan memasing. Untuk makeup beginner, macam Murni sendirilah Murni beli barangan mekap dekat kedai² kecantikan, watson dan guardian, online dan yang terbaru Murni tengah tunggu parcel dari Shoppee Malaysia. Beli hat murah ja, almaklumlah tak mampu lagi nak beli brand yang terkenal semesta alam 😂😂😂 

Foundation Rosetyra HD Glow Radiance Powder RT Silky Girl 3D Brow & Nose Shadow Concealer Meet Matt (e) Trimony Silky Girl Perfect Stay 20 HR Eyeliner, code: 02 Dark Brown Essence rock 'n' doll Mascara Kiss Beauty Eyeliner 3 in 1, White Maniac! IN2IT Waterproof Twin Blush, Code: 04 Charisma Lipstick IN2IT, Code: Cardinal Red Glow Kit Anastasia huda beauty

Maroon Smokey Eye makeupbymurnimy

Untuk part kening tak berapa nak jadilah sebab Murni tak blendkan betul² guna berus. Tips nak lukis kening korang boleh klik [+] Sweet Look makeupbymurnimy . Lebihan kening, korang boleh cover guna concealer. Part mata pula, Murni gunakan 4 kod warna yang berbeza dan Murni gunakan eyeshadow dari the Balm cosmetics, Meet Matt (e) Trimony & Huda Beauty. Korang boleh rujuk gambar di bawah ni. 

Maroon Smokey Eye makeupbymurnimy

Untuk hasilkan maroon smokey eye; first Murni gunakan eyeshadow Huda Beauty kod Sandalwood (1), then apply kod Henna (2). Blendkan kedua-dua kod warna tersebut. Then apply eyeshadow Meet Matt (e) Trimony kod Matt Reed (3). korang just letakkan di bahagian hujung mata dan blendkan sehinggalah semua kod warna tadi sebati hihi. 

Pepandai koranglah nak imagine macam mana haha Rasa macam nak buat video tutorial mekap pula 😂😂😂 . Ok tak habis lagi tau, last sekali Murni apply kod Trust Fund yang no 4 . Dah siap semua tu Murni apply eyeliner atas dan bawah mata, siap buat cat eyeliner.

Next step pakailah foundation. Murni lebih suka buat part kening dan mata dulu sebelum apply foundation. Bukan apa takut ja lebihan eyeshadow tu mencomotkan bahagian bawah mata dan pipi. Nak kena bersihkan satu hal, nanti dengan foundation tu sekali tertanggal. Dah buh foundation Murni gunakan radiance powder dari Rosetyra. Then buatlah nose contouring and shading pipi sikit, boleh sorok pipi pau 😂😂😂 . 

Seterusnya, apply blusher. Korang boleh apply glow kit untuk bagi efek mekap korang jadi glowing. Buh lah sikit di bahagian hidung, pipi sikit, bahagian bawah kening sikit. Last sekali Murni apply lipstick M.A.C kod Fawn Brown.

Nah gambaq last 😁

Maroon Smokey Eye makeupbymurnimyMaroon Smokey Eye makeupbymurnimy

Tunggu tau makeup look yang akan datang. Terima kasih sudi singgah ke blog Murni ❤


6 ulasan:

  1. Comel je...bestnya pandai mekap..akak x pandai la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sis SA :) Murni minat mekap, tu yang blajar sendiri & selalu praktis

      Padam
  2. jatuh cinta dgn lipstick yg murni pakai tu 😍 pandai murni mekap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, Murni mang suka pilih lipstick colour mcm ni 😁

      Padam
  3. nak pakai sendiri, macam x yakin. tapi bila tengok org lain pakai, nmpk macam... wowww 😍

    BalasPadam
  4. pandainya mekap. saya tak reti langsung nak mekap ni huhuhu

    BalasPadam