Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Birthday Blogger Contest | Assalamualaikum & hi readers! Murni nak ajak Blogger Malaysia untuk sertai contest yang dianjurkan oleh pihak Lazada iaitu Lazada Birthday Blogger Contest.

Contest ini dianjurkan sempena dengan ulang tahun ke-5 penubuhan Lazada Malaysia. Untuk pengetahuan anda juga, Lazada Malaysia akan mengadakan Lazada Birthday Sale pada 22-24 Mac 2017 yang mana anda boleh dapat potongan harga sehingga 90%. 

Lazada Birthday Blogger Contest

1. Apakah Yang Anda Suka Mengenai Lazada Malaysia?

Secara jujurnya Murni paling suka bila mana Lazada Malaysia menawarkan diskaun yang berbaloi-baloi khas untuk pelanggannya. Seriously Murni jadi rambang mata dibuatnya sampaikan ambil masa yang lama untuk membuat pilihan. Sebelum ni Murni pernah beli set berus mekap 11Pcs Natural Bamboo Handles Super Soft Makeup Brush Set Pro Cosmetic Foundation Blending Tools dengan harga RM26.50, harga asal set berus mekap  RM120. Murni dapat diskaun sehingga 78%. Perghhh siapalah yang tak bahagia dapat diskaun sampai macam tu sekali 😂😂😂

2. Pilih 3 Produk Di Lazada Malaysia Yang Menjadi Pilihan Hati Anda 

Sekarang ni minat Murni lebih kepada tatarias wajah/ mekap. Sehubungan dengan itu, produk Lazada Malaysia yang menjadi pilihan hati Murni sudah semestinya ada kaitan dengan bab-bab mekap. Dengan ini Murni persembahkan khas untuk anda semua;


foldable mirror, cermin mekap

Bagi mereka yang sukakan mekap, tak lengkap rasanya kalau tak ada cermin khas siap ada lampu macam ni di bilik sendiri. Kalau ada benda alah ni depan mata, senanglah kerja Murni nak hasilkan mekap yang lawa lagi sweet 😂😂😂 Moga tertunai hajat di hati hendak memilikimu suatu hari nanti hihi Lagi syok kalau ada orang nak hadiahkan untuk Murni haha. 


eyeshadow morphe

Produk kedua yang Murni dah jatuh sayang ialah eyeshadow daripada Morphe. Terjebak pula sukakan eyeshadow daripada Morphe ni, mana taknya Murni selalu tengok video tutorial mekap MUA Bella guna eyeshadow ni. Serius warna-warna eyeshadow Morphe ni lawa sangat. Nampak tak dalam gambar di atas hanya tinggal 1 item ja yang tinggal, perghhh ramai juga peminat eyeshadow Morphe ni.


berus mekap

Tak lengkap pemakaian eyeshadow tanpa penggunaan berus mekap, oleh itu Murni pilih berus mekap ni sebab ianya diperbuat daripada soft synthetic hair. Nampak tak harga asal RM200, anda boleh jimat sehingga 61% tau. 

3. Pada Pendapat Anda Bagaimana Lazada Boleh Memperbaiki Perkhidmatannya?

Pertama, mohon pihak Lazada Malaysia untuk menambah pilihan pembayaran online banking melalui Bank Islam atau menyediakan pembayaran online FPX (Financial Process Exchange). Kalau ada kaedah pembayaran macam ni lagi senang dan mudah untuk Murni buat transaksi pembelian 😁😁😁

Almaklumlah Murni sejujurnya tidak memiliki mana-mana akaun bank seperti yang dinyatakan di laman web Lazada bagi kaedah pembayaran. Pembelian di Lazada sebelum ni Murni hanya minta bantuan daripada kakak Murni sahaja untuk proses pembayaran. 

Kedua, mohon pihak Lazada dapat memperbaiki tempoh penghantaran barang terutamanya bagi barang yang di pos dari luar negara. Murni pernah beli jubah di Lazada Malaysia yang memakan masa sampai 21 hari dan nasib baik jubah sempat sampai ke tangan Murni sebelum Murni bertolak ke Kedah bagi menghadiri majlis konvokesyen.

Akhir sekali Murni berharap agar pihak Lazada Malaysia sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatannya dari semasa ke semasa. Kepuasan pelanggan adalah yang paling utama 😁😁😁

4. Apakah Ucapan Ulang Tahun Anda Kepada Lazada Malaysia?

Lazada Birthday Blogger Contest

Selamat menyambut ulang tahun penubuhan Lazada Malaysia yang ke-5. Murni doakan semoga Lazada Malaysia terus sukses dan menjadi peneraju utama e-commerce yang terbaik dalam kalangan yang terbaik di Asia Tenggara.

Contest ini sebenarnya telah pun bermula pada 1 Mac yang lepas dan akan berakhir pada 23 Mac 2017. Bagi anda yang nak join boleh klik banner di atas untuk mengetahui terma dan syarat contest tersebut. 

7 ulasan:

  1. gud luck murni...
    aida lom start nak belek contest ni utk join :)

    BalasPadam
  2. good luck, makin ramai yang join makin up hadiah

    BalasPadam
  3. goodluck..jom follow my blog..blog rabiahtul adawiyah

    BalasPadam
  4. Oh... Rupanya Lazada sambut ulangtahun ke-5. Moga Lazada terus sukses.

    BalasPadam
  5. Terima kasih semua sebab sudi singgah ke blog Murni, jom meriahkan contest ni. Moga ada rezeki utk menang 😁😁

    BalasPadam